BAB 35

4.1K 191 17
                                    

Damien memasuki sebuah restoran.Terlihat kelibat seorang rakannya yang ralit bermain telefon.

"Betul ke apa yang kau nak buat ni Damien?"Gumamnya.Mata di katup lalu menghela nafas berat.

Mata terbuka lalu membuka langkah mendekati rakannya di sebuah meja yang sedikit berjauhan.

"Hayden."Tegur Damien.

Hayden mengangkat kepala.Tersenyum kecil Hayden.Huluran rakannya di sambut dan menjemput rakannya untuk duduk berhadapan dengannya.

"Kenapa kau nak jumpa aku ni?"Soal Hayden.

Damien menghela nafas.Lalu membuka mulut.Memberitahu niat sebenarnya untuk bertemu rakannya.

"Macam kita tetapkan.Pelan kita."Ujar Damien ragu-ragu.

"Ouh.."Hayden tersenyum suka.Gadis yang dia cintai tidak lama lagi akan menjadi miliknya.

"Bila kau pergi?"Soal Hayden dengan nada sedikit gembira.Lain pula dengan Damien.Wajahnya biasa saja.

Tidakkah dia gembira dapat di satukan dengan bekas tunangnya nanti?

Tidak mungkin Damien telah menyukai gadis itu?Ya...benar.Dia sudah terjatuh cinta akan gadis itu.Mudah sekali gadis itu mendapatkan cintanya.

Kau perlu ikhlaskan dia untuk Hayden,Damien.Aku tak nak hilang kawan macam kau,Hayden.Tapi....

"Maafkan aku,Hayden.Aku tak boleh!"Ujar Damien terus bangun dari kedudukan.Dia tidak boleh melepaskan gadis itu semudah itu saja.Gadis itu telah menambat hatinya.

"Damien!"Hayden berkerut dahi.Tidak faham maksud rakannya.Apa yang lelaki itu tidak boleh?

Hayden terus bangkit dari kedudukam dan mengejar langkah rakannya.

"Damien!"Hayden terjerit-jerit memanggil rakannya.Tetapi sedikit pun tidak lelaki itu mengalihkan pandangan.

"Damien!"Hayden menangkap jari jemari rakannya.

"Damien!"Seorang lelaki tiba-tiba muncul di hadapan Damien.Memberhentikan Hayden dan Damien.

"Luth?"

Satu sampul surat yang penuh dengan bukti-bukti yang sudah lama mereka cari.

Damien membuka isi yang berada di dalam sampul surat yang berwarna coklat itu.

Terkedu dirinya.Wajah yang terpampar jelas di dalam gambar itu membuatkan lidahnya terkelu.

Arainna...

"Mana kau dapat ni?"Soal Damien dingin.Hayden mengambil gambar yang berada di tangan rakannya.

Terkejut dirinya.Gadis yang di cintainya...

"Dari...P.A Dato' Leo."Beritahu Luth.

"Dah berapa lama dia simpan scandel dengan orang tua ni?"Soal Damien.

"Info yang aku dapat tak sepenuhnya.Aku dapat korek sikit-sikit je.Tapi apa yang aku fahamlah.Hubungan dia orang dah 5 tahun."Terang Luth.

Hayden terdiam.Selama ini gadis itu....Selama dirinya setia akan gadis itu selama 3 tahun.Dirinya telah di duakan dari dulu lagi?Selama 5 tahun gadis itu bersama dengan lelaki tua itu?Desis otak Hayden.

'Sedarlah Hayden.Kau nampakkan yang dia tak nak pun kau!Sampai dia sanggup gunakan kau!'Desis akal Hayden.Air mata mula bertakung.

"Dia masih ada hubungan dengan lelaki tua tu lagi ke?"Soal Damien ingin tahu lebih lanjut lagi.Walaupun dia tahu dia tidak kuat mendengar semuanya.

"Itu aku tak tahu lagi.Aku masih cari info pasal tu.Itu je yang aku boleh bantu setakat ni.Kalau ada apa-apa lagi,aku roger kau,bro."Ujar Luth lalu bangun dari kedudukan.

Damien menganggukkan kepalanya.Tiada kata-kata yang terucap di bibirnya.Hatinya terlalu sakit mengingat tentang gambar tadi.

Hayden masih terkaku.Gambar di tangannya tidak lekang dia memandang.Rasa kecewa datang menghempap dirinya.

Hampir 4 tahun hubungan mereka.Dia setia dengan gadis itu.Tapi....

Pang!

Nana tersentak.Dia terus bangun dari pembaringan.Kepalanya terus berpaling ke arah pintu rumah.Terlihat sosok suaminya.

Terkejut dirinya apabila pintu rumahnya terbuka begitu kasar sekali.Tapi dia abaikan saja.Mungkin sang suami tertekan akan masalah di tempat kerja.

Nana terus bangun dari kedudukan.Lalu membuka langkah mendekati suaminya.

"Abang...kenapa ni?"Soal Nana prihatin.

Damien memandang isterinya tajam.Dingin wajahnya.Gigi di ketap menahan segala rasa yang menghempap dirinya.

Tanpa amaran, tangan sang isteri terus di tarik kasar sehingga menghasilkan jeritan nyaring sang isteri dek kesakitan yang di rasai.

"Abang...sakit.."Air mata bertakung.

Damien menarik isterinya ke dalam bilik.Terus dia menutup kasar pintu biliknya.Di tolak kasar badan isterinya sehingga terdorong ke belakang dan jatuh ke atas katil.

"Abang...kenapa ni?"Nana tersentak akan layanan suaminya.Air mata sudah mengalir membasahi pipi gebunya.

Damien terus menolak badan isterinya untuk berbaring.Di hempap badannya ke badan isterinya.

"Abang....tolonglah...kenapa ni?Tolong jangan buat Nana macam ni.*sk*...."Rayu Nana.

"Diam!"Tengking Damien.

Setan di kepalanya berbisik-bisik menyuruhnya menyiksa batin sang isteri.

"Kalau dia dapat lebih dari kau!Kenapa aku tak?"Ujar Damien penuh dengan kebencian.

"Lepaskan saya,Damien....Tolong jangan buat saya macam ni!"Jerit Nana.

"Assalamualaikum..."Beri salam Mia.Tapi pelik tiada langsung yang nenjawab.Pintu terbuka tapi tiada suara yang menyahut.Mustahil tiada orang.

"Tolong!"Jeritan seseorang di dalam rumah.Samar-samar saja bunyinya membuatkan Mia terus membuka langkah memasuki rumah itu tanpa izin.

"Nana?"Mia terus membuka langkah mendekati bilik tidur yang terkatup.

"Diam!Ini yang kau nakkan!Eh sundal!Selama ni aku percayakan kau tahu tak setan!"Tengking Damien sehingga menghasilkan tangisan isterinya yang semakin kuat.

"DAMIEN!"

Damien memalingkan wajahnya.Damien terus bangun dari menghempap isterinya.

"Apa kau buat ni?"Soal Mia.

"Siapa benarkan kau masuk?"Soal dingin Damien.

Mia mengabaikan soalan lelaki itu.Wajah rakan gosipnya di pandang.Gadis itu terlihat lemah.

"Nana..."

- THE LAST LOVE FOR US -

Sediakan air mata untuk chapter seterusnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sediakan air mata untuk chapter seterusnya...nantikan..

Kalau korang rasa best cerita ni...cuba komen...best!

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now