BAB 5

5.3K 236 5
                                    

Tinggalkan aku,bahagiakan dia - Arainna Asheera.

__________________________________

Kaki terkulai lemah menutun basikal.Air mata mengalir deras.Bibir di ketap menahan rasa.Tiba-tiba jeritan seseorang membuatkan Nana mengangkat kepala.

"Eh apa yang susah sangat kau nak faham bodoh!Aku cintakan dia!Aku nak kahwin dengan dia!Kau sedar tak kau tu dah cacat!"Tengking suara garau itu.

"Abang....saya masih hidup lagi.Sampai hati abang buat saya macam ni.Saya tahu saya tak ada daya lagi untuk layan abang.Saya tahu abang jikjik dengan saya.Tapi tolonglah,saya ada perasaan abang."Rayu Puan Nita dengan air mata yang berjurai.

"Eh pergi mampuslah kau punya perasaan!Yang aku nak tahu sekarang!Kau izinkan aku kahwin dengan Piah!Kalau tak aku bila-bila masa je boleh lafazkan talaq!"Tengking Encik Arrafah.

"Ya allah abang,mengucap abang.Tolong jangan buat saya macam ni."Rayu Puan Nita.

"Sudahlah aku mahu keluar!Malas aku layan perempuan cacat macam kau!"Tengking Encik Arrafah tanpa rasa belas kasihan di hatinya.

"Abah!"Jerit Nana.

"Abah jangan nak hina-hina mak macam tu boleh tak!Abah tu sedarlah sikit!Abah tu dah tua!Betina tu nak duit abah jelah!"Tengking Nana.

"Kurang ajar!"Rambut anaknya di tarik kasar.

"Ya allah abang!Anak tu abang!Istighfar abang!"Jerit lemah wanita tua itu cuba menenangkan suaminya.

"Eh anak macam dia ni!Aku patut ajar!Dasar anak tak ada adab!"Tengking Encik Arrafah mencengkam lebih kuat lagi rambut anaknya.

Menjerit gadis itu kerana terasa pedih di bahagian kulit kepala dan juga di bahagian kemaluannya.Dek kelakuan kejam gurunya...

"Sakit Abah!"Adu Nana kesakitan.

"Sakit!Kau belum fikir aku ni sakit hati dengan kau!Yang tak habis-habis kurang ajar!"Badan anaknya di tolak kasar ke dinding.Meraung hebat anaknya di buatnya.

Tali pinggang yang masih terlilit di seluarnya di buka di lipat.Tanpa sebarang kata dia melibas hebat badan anaknya tanpa segelumit pun rasa kasihan ada di hatinya.

"Abang!Ya allah!Abang ingat tuhan Abang!"Jerit Puan Nita.

"Eh kau diamlah!"Jerit Encik Arrafah.

"Kau orang anak beranak sama saja!Suka naikkan darah aku!Tak guna!"Libasan bertalu-talu di kenakan di badan gadis itu.

"Sakit abah!Abah sakit!"Raung Nana.Dengan pantas Nana melarikan diri ke arah biliknya.

"Oi buka pintu ni setan!"Jerit Encik Arrafah yang masih tidak berpuas hati.

"Abang!Sudahlah tu!Abang nak kahwin!Kahwinlah!Pergilah!Kalau itu yang abang nak!Pergilah abang!Jangan buat kami macam ini lagi!"Jerit Puan Nita pasrah.Air mata mengalir tidak berhenti-henti.

Tersenyum sinis Encik Arrafah.Ini yang dia mahukan.Apa susah!Kalau dari tadi izinkan tak adanya dia akan segila ini.Desis akalnya.

"Eh Nana!Kau dengar sini!Aku belum habis lagi dengan kau!Tahu tak!"Tengking Encik Arrafah masih tidak berpuas hati.Dia terus berlalu pergi.Tidak langsung menghiraukan isterinya.

Nana yang masih tersandar di belakang pintu.Menangis teresak-esak...Mengenang nasibnya.Kenapa dia perlu melalui ini semua.

Apa salahnya?Kenapa allah membencinya?Kenapa allah berikan bertalu-talu dugaan kepadanya.

Kenapa dia membenci aku?Abah!Abah benci aku!Kalau dia benci aku!Aku pun benci dia!Bisik hatinya.

Tangan di bawa ke dada menahan perit.Tidak tahu mengapa begitu sakit hatinya.Badannya yang penuh dengan lebam dan luka.Pedih.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now