BAB 16

3.6K 143 4
                                    


Bahagialah dengan pilihan hatimu,aku akan tetap bahagia walaupun melihat dari kejauhan. - Arainna Asheera.

________________________________

Pang!

Satu tamparan hebat di wajah Damien.Terteleng kepalanya.

"Kau memang tak guna!"Jerit Airian.

Damien hanya diam saja.Dia tertunduk.Dia buntu.Ini bukan salahnya.Dia tidak tahu bagaimana gadis itu boleh berada di biliknya.

"Damien minta maaf.Damien tak akan kahwin dengan Nana."Ujar Damien.

"What?!Kau dah kenapa Damien?!"Jerit Nana membantah.

"Aku tak sentuh kaulah!Kenapa pula aku kena kahwin dengan kau!"Jerit Damien tidak mahu kalah.

"Betul ke Nana?"Soal Airian memandang tajam ke arah adiknya.

Dia sebenarnya tidak tahu apa-apa.Tiba-tiba saja Hayden menelefonnya.Dan mengatakan adiknya telah di tangkap khalwat.

Petang esok baru adiknya akan sampai di KL.Tanpa tunggu masa banyak.Airian terus datang ke rumah Hayden yang berada di KL.Ingin tahu cerita sebenar.Tapi sayang rakannya pun tidak tahu.

"Ye...dia tak sentuh Nana."Ujar Nana perlahan dan tertunduk.Damien mengeluh kecil.Lega dirinya.

"Tapi dia dah tengok badan Nana!Tak akan Nana nak lepaskan lelaki tu macam tu aje!"Tengking Nana tidak mahu kalah.

Damien terus mengangkat kepala.Pandangannya tajam ke arah gadis itu.

"Ya allah..."Lemah Puan Dannira.Dia terduduk.

"Aku....Aku..."Damien terus terdiam.Dia mahu berlawan tapi tidak tahu ingin mengatakan apa.Ye...jelas dia melihat badan gadis itu.Tapi...

"Adik nak dia bertanggungjawab!"Muktamad Nana.

"Umi pun rasa begitu."Ujar Puan Dannira memandang sayu anaknya.

"Umi..."Lemah suara gadis itu.Tidak percaya bakal mak mertuanya sanggup mengahwinkan tunangnya dengan gadis lain.

Air mata gadis itu mengalir deras.Dania yang setia di sisi bakal akak iparnya.Di usap lembut badan belakang gadis itu.Damien tidak tahu mengata apa lagi.Dia tak salah.Kenapa dia perlu lalui ini.

"Macam mana korang boleh ada dalam bilik yang sama?"Soal Qhayden inginkan jawapan.

"Aku tak tahu!Aku keluar je bilik air!Dia dah ada!"Nafi Damien.Dia tahu dia tidak salah.

"Umi harap kamu akan jadi lelaki yang bertanggungjawab Damien."Ujar wanita tua itu.Lalu bangun dari kedudukan dan membuka langkah ke arah tangga.

Dari itu semua tidak lagi bersuara.Airian memandang adiknya tajam.Gadis itu hanya tertunduk saja.Tapi mata masih memandang tajam ke arah Elly.

Di dalam perjalanan.Airian dan Nana hanya diam.Hayden tidak tahu mahu mulakan dari mana?

"Sebenarnya apa niat kau,Nana?"Soal Airian tiba-tiba.Nana mengangkat kepala memandang abangnya yang berada di seat penumpang hadapan.

"Niat apa abang ni?Dia dah tengok badan Nana!Takkan Nana nak biarkan!"Jawab Nana geram.Kenapa masih mahu mempersoalkan?

"Sayang...Saya tak kesah.Saya boleh terima,Nana.Saya akan halalkan awak."Ujar Hayden.Dia tidak rela tunang yang di cintainya di kahwinkan dengan lelaki lain.

"Apa masalah awak ni Hayden!Dia dah tengok badan saya!Ba.dan.Saya!Awak pekak ke?Buat-buat pekak!"Tengking Nana.

"Tapi saya tak kesah sayang.Lagi pun Damien tak salah.Awak pun tahukan macam mana dia sayangkan Elly tu?"Ujar Hayden dengan nada suara yang sedikit menaik.

"Awak kalau bukan seorang perempuan!Lebih baik diam!"Jerit Nana.

"Adik-"

"Sudahlah along!Adik tetap nak dia bertanggungjawab!Adik malulah along!Sampai mati mungkin adik tak mahu bertembung muka dengan dia!Kalau dia tak halalkan adik!"Potong Nana.Usai Nana menghabiskan kata-katanya.Tiada langsung suara yang ingin membantah.

"Damien tak nak!"Jerit Damien dalam tangisan.Pipinya sudah di basahi air mata.

"Umi tahu Damien.Lagi pun Umi tahu mesti perempuan tu ada niat jahat dengan kamu."Ujar Puan Dannira.Sudah dia lihat bagaimana riak wajah gadis tadi ketika dia menyuruh anaknya untuk berkahwin.

"Yes!Umi tahu!Tapi kenapa Umi nak Damien kahwin dengan dia?!Dia tu mata duitan!Hayden juga cerita pada Damien!Damien tahu niat dia!"Ujar Damien.Wajah gadis yabg sangat di cintai dia pandang.Gadis itu hanya diam saja.

"Aku tak sangka Nana sanggup buat macam tu."Ujar Qhayden pelik.Gadis itu sudah lama bekerja dengannya.Tidak pula gadis itu memperlihatkan perilaku buruknya?

"Yes....sebab perempuan tu bermuka-mukalah Qhayden!"Ujar Damien pantas.

"Ya allah...takutnya kalau perempuan tu masuk dalam keluarga kita."Ujar Dania perlahan.Qhayden dengan pantas membelai rambut sang isteri.

"Sayang....bawa anak ni pergi tidur.Lepastu sayang tidurlah dulu.Tak perlu tunggu abang.Kesian sayang.Penat."Ujar Qhayden lembut.Dania ikutkan saja.Lalu bangun dari kedudukan.

Qhayden melabuhkan satu ciuman hangat di dahi sang isteri.Ucapan salam dan selamat malam di beri dan di balas.

Damien hanya mengetap gigi saja.Menahan rasa geram.Hilang saja bayang adiknya.Qhayden mula bersuara.

"Kita tak ada bukti Damien.Apa-apa pun kita bincang esok sajalah dengan Hayden."Ujar Qhayden.

"Kau nak buat apa?"Soal Damien.

"Kita akan set up satu plan dengan seseorang.Kita akan bongkar permainan dia satu persatu."Ujar Qhayden tegas.

Elly dan Damien saling berpandangan.Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah gadis itu.Air mata tidak mahu berhenti.Dia tahu pasti gadis itu kecewa.

"Awak percaya sayakan Elly?"Soal Damien.Gadis itu perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.Damien tersenyum kecil.

"Saya janji.Kita akan di satukan juga.Dan perempuan tu akan dapat balasan yang setimpal."Ujar Damien dengan dendam yang kuat.

"Buatlah apa yang korang nak buat.Umi akan sokong."Ujar Puan Dannira.

- THE LAST LOVE FOR US -

- THE LAST LOVE FOR US -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now