PROLOG

11K 292 2
                                    

EVERY HUMAN BEING HAS A LIMIT OF PATIENCE - Arainna Asheera.

_________________________________

Baju yang masih tersarung di badan di buka dan dilorotkan dari badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju yang masih tersarung di badan di buka dan dilorotkan dari badan.  Kain tuala yang telah di sediakan oleh pihak hotel di capai dan dililit pada badan berisinya.

Perlahan-lahan badannya direbahkan di atas katil. Mata terkatup. Posingnya memang seksi! Siapa yang lihat, memang telan liur sajalah.

Tiba-tiba baru saja ingin melelapkan mata. Kedengaran pintu tandas di buka dari dalam, dengan pantas mata yang terkatup terbuka. 

Terbuntang matanya apabila melihat sosok seorang lelaki yang hanya mengenakan tuala aras pinggang saja.

"Damien!"

Terkejut gadis itu pabila melihat rakan sekerja yang keluar dari bilik air hotel mewah tersebut. Suara seakan - akan menyeru dalam nada yang sedikit berteriak.

Lelaki itu seakan - akan patung yang hanya tercelik dan memandang tepat ke arah gadis itu. Berdiri kaku dan tidak langsung bergerak.

Dengan pantas Nana menarik selimut untuk menutup bahagian badannya yang terdedah.

Damien bagaikan baru saja tersedar dari lamunan dan terus menggelengkan kepalannya. Wajah gadis itu di renung. Bagaikan tidak percaya. Mengapa gadis itu boleh sebilik dengannya?

"Apa kau buat dekat bilik aku?" Soal Damien dengan kening yang bertaut rapat.

"Sepatutnya aku yang kena tanya kau!Apa yang kau buat dekat bilik aku? Kau nak rogol aku ke? "Soal Nana takut sambil mencengkam selimutnya.

"Eh sorry sikit! Kau fikir aku ni tak ada maruah ke?" Jawab pantas Damien pabila dirinya di tuduh seperti itu.

"Eh, keluarlah perogol!" Jerit Nana. Bergema satu bilik dengan jeritan gadis itu.

"Eh, kau jaga sikit mulut kau tu eh! Kau ingat taste aku macam kau ke?"Ujar selamba Damien. Dia buntu tidak tahu mahu membuat apa.

"Sekarang ni! Kau pakai baju kau! Keluar!" Arah tegas Damien.

"Ni bilik aku! Kau keluar!" Jerit Nana pula tidak mahu mengalah.

"Eh ni bilik akulah sial! Ni, tengok kunci aku!" Damien mencapai kunci biliknya yang berada di atas meja.

"Eh sorry sikit! Ni hah, kunci aku!"

Nana juga menunjuk kunci yang sama.

Bertaut rapat kening mereka berdua pabila melihat nombor yang berada di kunci mereka adalah sama.

"Ma... Macam mana boleh sama?" Soal Damien sedikit terkedu. Penyakit gagapnya tiba-tiba datang pula.

Nana memandang ke arah pintu.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Siapa pula ni!" Rungut Damien.

Damien mendekati daun pintu.
Dengan selamba dia memulas tombol pintu itu. Terbuntang matanya pabila terlihat tiga orang lelaki berjubah putih dan berkopiah elok di atas kepala.

Lagi membuatkan jantungnya berdegup kencang adalah pabila melihat kamera - kamera yang berada di belakang pemuda - pemuda yang berkopiah itu.

"Astaughfirullah!" Beristighfar mereka semua pabila melihat seorang gadis yang berada di atas katil.

Badannya yang di tutupi selimut tebal hotel, lagi kuat fitnahnya. Sudahlah berduaan di dalam bilik yang sama tanpa ikatan yang sah.

"Err... Encik saya... Saya boleh jelaskan. Tolong... Bagi saya jelaskan." Ujar Damien.

Tangan Damien digawaikan ke atas bagi menenangkan semua yang berada di hadapannya sekarang. Sebelah tangannya lagi menutup wajahnya dari terus di rakam dan diambil gambar.

Cahaya kamera yang dari tadi tidak berhenti berkelip membuatkan matanya sedikit silau.

'Mampus aku!' Bisik hati Damien mula risau.

Sudahlah dia tidak lama lagi ingin mendirikan rumah tangga bersama tunang tercinta.

"Maafkan kami Encik. Tapi duduk berduaan macam ni. Boleh mencetuskan fitnah. Lagi- lagi dengan pintu yang tertutup rapat dan pakaian encik membuatkan kami tak yakin." Ujar Pemuda itu dengan lembut.

"Tapi saya tak buat apa - apa pun dengan dia." Ujar Damien tidak mahu kalah.

Memang benar! Dia langsung tidak menyentuh gadis itu, dan kemungkinan ini adalah satu perangkap.

"Tipu! You dah ragut dara I, Damien!" Jerit Nana.

Pantas Damien berkalih dan memandang tepat ke arah wajah gadis itu. Bertaut rapat keningnya pabila mendengar tuduhan gadis itu.

"Astaughfirullahal azim..." Terkejut mereka semua.

"Encik dengar dulu. Dia tipu! Saya-"

"Maafkan kami, encik... Mari ikut kami." Potong lelaki berkopiah itu.

Mereka memberikan laluan untuk kaum hawa yang di bawa bersama untuk membawa Arainna keluar dari bilik tersebut.

"Encik dengar dulu cakap saya. Saya boleh jelaskan!" Ujar Damien masih tidak mahu berputus asa untuk menerangkan semuanya.

"Maafkan kami. Tapi tolong pakai baju sekarang, encik. Kita selesaikan semuanya di satu tempat. Jangan buang masa kami!" Tegas pemuda itu.

" Kalau encik mudahkan kerja kami. Kami akan mudahkan kerja cik berdua." Tegas lelaki berkopiah itu lagi.

Damien memandang tajam ke arah gadis itu. Di pandang dengan penuh jijik. Nana tertunduk pabila melihat renungan tajam lelaki tersebut.

_________

Apa yang telah di rancang oleh gadis itu atau mereka telah jatuh ke dalam perangkap musuh yang tersorok?

Semuanya telah di bongkarkan di dalam...

- THE LAST LOVE FOR US -

The last love for us
mula membuka tirai...

Author pub sbb author kesian dengan readers author

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author pub sbb author kesian dengan readers author... Huhu 🤧🤧

Jangan lupa vote pula.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now