BAB 7

5K 244 3
                                    

Manusia tidak akan terlepas dari menerima ujian selagi dirinya masih bernafas. - Kak Cinta.

_______________________________

_______________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Nana terduduk.Bagaikan tidak percaya apa yang di beritahu oleh seorang pekerja yang berpendidikan tinggi.Benarkah apa yang dia dengar tadi?

"Mama...."Hanya suara bisikan saja yang terkeluar.Air mata merembes keluar dari tubir mata.Mengalir membasihi pipinya.

"Nana...sabar ye,Allah sayang arwah Mama, Nana.Sebab itu dia ambil Cik Nita lebih awal."Pujukkan Kak Cinta cuba untuk memujuk gadis itu.

"Kenapa....?Nana tak kuat."Tersedu sedan gadis itu.Terhenjut-henjut bahunya dek tangisan yang di lepaskan.

"Mama janji...Mama janji nak makan sama-sama petang ni.Mama teringin nak makan tom yam Nana.Tapi kenapa Mama tinggalkan adik?Mama dah janji...Mama dah janji tak nak tinggal adik!"Tangis gadis itu.Dia tertunduk lemah.

"Maafkan kami.Kami tidak boleh berbuat apa lagi.Segala usahan telah kami lakukan.Tapi sang pemilik nyawa tak mengizinkan.Maafkan kami."Ujar doktor lelaki itu lemah.

"Tak guna!Apa guna kau belajar tinggi-tinggi!Tapi nak rawat orang pun tak reti!Alasan!Bila tak dapat selamat bagi alasan semuanya ketentuan allah!Senang kau cakap!Pembunuh!"Tengking Nana.Hatinya remuk.

Sudah memang allah yang tentukan.Kenapa masih mahu lagi menyoalkan?Atau tidak menerima qada dan qadar?Kita rawat itu hanya sekadar ikhtiar tapi kalau tuhan sudah membuat jalan ceritanya begitu.?Mahu menyalahkan siapa?Tuhankah?Bisik akal Nana.

"Ya allah Nana.Kenapa cakap macam tu?Sabar Nana."Ujar Kak Cinta cuba untuk menenangkan gadis itu.

"Tolonglah doktor,hidupkan Mama balik!"Rayu Nana memeluk erat kaki doktor lelaki itu.

Terdiam mereka seketika.Dalam hati sudah mengucap.Amzar sudah menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia bukan tuhan dapat hidup atau mematikan makhluk allah.Sedangkan dia juga manusia.Memang 'sudah terang lagi bersuluh' dia hanya manusia biasa.Desis otaknya.

"Cik,Sudahlah tu.Maafkan saya.Saya memang tak boleh nak buat apa-apa."Beritahunya lemah.Di tolak perlahan tubuh gadis itu menjauh.

"Nana nak Mama..."Pelukan kaki di lepaskan.Pinggang milik Cinta pula di peluk.Inginkan kekuatan.

"Kenapa Allah bencikan Nana?Allah bagi Nana, ayah yang tak guna!Allah bagi ayah yang tak bertanggungjawab!Kenapa?Benci sangat ke Allah dekat Nana?Kejamnya!Allah amik Mama!"Jerit Nana meluahkan semuanya.

"Ya allah....Nana.Tak baik cakap macam itu.Ini semua ujian sayang.Bawa mengucap."Pujuk Cinta mengusap tubuh belakang gadis itu dengan penuh lembut.

"Nana dah tak ada sesiapa lagi Akak.Kenapa hidup Nana macam ini?"Soal Nana.Air mata tidak berhenti mengalir.Mata Amzar sudah berkolam.Kasihan dia melihat gadis ini.Beratnya ujiannya.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now