BAB 20

4.5K 191 12
                                    

Meja makan di dekati.Wajah isteri di pandang.Muncung mulutnya.Merajuk lagilah itu.

Waktu solat subuh.Wajahnya tetap masam.Tidak tahu bagaimana lagi ingin meminta maaf.Egonya tinggi sungguh.Lain benar gadis itu dengan kekasihnya yang sentiasa mengalah.

Kelibat Elly di cari.Berkerut dahinya tidak menemui gadis itu di meja makan.Panjang lehernya mencari kelibat.

"Kamu cari siapa Damien?"Soal Puan Dannira pelik.Panjang leher anaknya.

"Err...Elly mana Umi?"Soal Damien.

Satu keluhan berat meniti di bibir sang isteri.Seperti tiada soalan lain ingin di tanyakan.Sebuk tangan gadis itu.Bicara hati Nana.Cemburu.

"Ouh...dia dah balik.Tak tahulah.Pagi-pagi tadi tergocoh-gocoh dia nak balik.Umi pun tak tahu kenapa?"Terang Puan Dannira kepada anaknya.

Damien sudah melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sisi sang isteri.Kepala tertunduk.Dia berasa bersalah akan gadis itu.Dia tahu pasti gadis itu kecewa.Bagaimana dia ingin menceritakan semuanya?Dia perlu bertemu gadis itu.Bicara akalnya.

Nana yang melihat suaminya yang baru saja duduk di sebelahnya.Terus dia mengangkat pinggan dan mengangkat punggung untuk beredar dari situ.

"Nak pergi mana?"Soal Damien mengangkat kepala memandang isterinya.Kening di jongket sebelah.

Nana memalingkan wajah memandang suaminya.Muncung mulutnya.

"Saya nak makan kat luar.Yelah....orang tu ada selera ke nak makan kalau ada saya dekat sini."Sinis Nana.Lalu membuka langkah ke arah luar rumah.

Damien hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.Hmm mulalah merajuknya.Tidak tahu rajuk sampai bila.

"Abang gaduh dengan Nana ke?"Soal Dania pelik.Qhayden hanya diam saja.Wajah abang iparnya di pandang.

"Err...mana ada.Dia tu cepat sangat terasa.Abang marah sikit aje."Ujar Damien tidak mahu kalah.

"Haish...Abang,abang.Perempuan memang macam tu,kita orang ni memang hati lembut.Sebab tu kita orang perlukan seorang lelaki yang memahami kita orang."Dania menggelengkan kepelanya.Pening dengan perangai abangnya ini.

"Kamu tak mahu pujuk ke?"Soal Puan Dannira memandang anak sulongnya.Qhayden memandang pelik ke arah ibu mertuanya.

"Tak payahlah.Biar dia merajuk.Nak merajuk sangatkan!Malas Damien."Ujar Damien bersahaja.Dania mencerlung tajam ke arah abangnya.

Semua hanya diam saja akan jawapan yang di berikan.Tangan mencapai-capai lauk yang terhidang.

Suapan demi suapan.Mulut terkumat kamit memaki hamun suaminya.

"Aku tengah merajuk.Kau sikit pun tak pujukkan!Tak guna punya jantan!Tak matang langsung!Harap je tua!Agak-agaknya kalau awek kesayangan dia tu merajuk dia pujuk tak?

Apa soalan kau ni Nana?Mestilah dia pujuk!Kalau tak makin mengada-ngadalah minah tu!Semak pula aku fikir pasal dia orang!Semua tak guna!Seorang pun tak mahu halang aku pergi tadi!Nampak sangat aku ni menyemak saja di rumah dia orang!"Kutuk habis gadis itu.

"Ish!Tak sukanya!"Jerit kecil Nana.Kaki yang berada di dalam air kolam di hayun-hayun.Habis basah seluarnya.

"Tak nak aku layan kau!"Ujar Nana geram.Makanan masih tersuap.Mulut masih berbicara.

Telefon berdering seketika.Terhenti suapan Damien.Tangan mencapai telefonnya di dalam kocek.Di lihat namanya.

Airian...

Abang iparnya.Mungkin abang ipar hanya untuk seketika saja kot!Ujar akalnya.

Tombol hijau di geselkan ke atas lalu melekapkan telefonnya di telinga.

"Assalamualaikum..."Salam Damien.

"Waalaikumussalam....Damien?Adik aku ada tak?"Soal Airian gelisah.

"Err...ada je?Kenapa?"Soal Damien pelik.

Airian menarik nafas lega.Takut apa-apa jadi kepada adiknya.Sudahlah lelaki itu bukannya ikhlas mahu menerima gadis itu.Boleh percayakah?

"Err...tak ada apalah.Aku cuma nak pastikan adik aku okay aje.Sebab aku call dia tak jawab.Tu yang aku risau."Ujar Airian lega.

"Ouh....ada aje.Dekat luar.Tengah makan.And....tengah merajuk."Ujar Damien bersahaja.

"Ouh...sorrylah.Kalau dia dah merajuk memang susah nak pujuk.Lama jugalah dia merajuk.Kalau dulu sampai sebulan dia tak mahu bercakap.

Kau suami diakan?Pandai-pandailah kau pujuk dia.Dia tu memang keras kepala sikit."Terang Airian perlahan.Dia tahu pasti adiknya akan buat perangai.

"Huh?!Seriuslah?Sebulan?"Terkejut Damien.Mahu tersembur sekua nasi Dania mendengar jeritan itu.

"Hmm...aku tak tahulah hal apa yang korang gaduh.Tapi bincang baik-baiklah ye."Pesan Airian.

"Okaylah....aku tutup dulu.Bos aku dah panggil.Apa-apa kau call aku pasal adik aku.Jaga adik aku elok-elok eh?"Pinta Airian.

Jaga elok-elok?Damien hanya diam saja.Dia tidak mahu berjanji.Dia tidak mahu!Itu kata-kata hatinya.Hatinya tetap memilih untuk menjaga kekasihnya Elly.Bukannya gadis yang bergelar isterinya sekarang.Desis akal Damien.

Airian tidak membuang masa.Tanpa mendengar sebarang balasan dan jawapan terus dia menutup panggilan.

"Siapa tu abang?"Soal Dania.

"Airian.Abang Nana."Beritahu Damien.

"Ouh...kenapa?"

"Dia tanya pasal adik dia aje.Dia kata dia call adik dia.Tapi tak jawab-jawab.Phone dia kat ataslah tu."Ujar Damien.

"Kenapa dia call adik dia?Ada apa-apa ke?"Soal Qhayden pelik.Pasti ada benda yang telah dirancang oleh mereka berdua.

"Entahlah...risau agaknya."Damien masih menyedapkan hatinya.

"Abang....ni banyak tanya pula!"Marah Dania kepada suaminya.

"Sudahlah makanlah.Lepas ni nak pergi rumah Mummy Qhayden pulakkan?"Soal Puan Dannira.

"Ha'ah Umi."Ujar Dania mengangguk.Comel.Perlahan-lahan kepala sang isteri di usap lembut.

Nana yang baru masuk dan ingin berlalu ke dapur.Tersentak melihat layanan Qhayden iaitu bekas majikannya dengan isterinya.Bahagia sangat.Bilakah dia dan Damien akan begitu?Atau memang tidak akan pernah berlaku?Desis Akalnya.

Kaki di bawa melangkah ke arah dapur.Damien hanya memandang isterinya yang berlalu pergi saja.Di dapur isterinya rajin pula membasuh pinggan.

"Buat-buat rajinlah tu!"Gumam Damien bermuncung mulutnya.Perlilah itu.

"Huh?"Puan Dannira seperti mendengar sesuatu.Tapi tidak jelas.

"Err...tak ada apalah."Tersentak Damien.

Mata kembali memandang isterinya.Gayanya seperti orang menangis saja.Dek terlihat tangannya yang tak berhenti-henti mengelap wajahnya.Peluh atau....

'Nangis ke?'desis Damien.

- THE LAST LOVE FOR US -

Bagi korang,cerita author membosankan ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagi korang,cerita author membosankan ke?

Jawablah ye.Boleh author betulkan mana yang silap.

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now