BAB 37

3.6K 171 13
                                    

Airaini membuka langkah ke arah bilik ayahnya.Pinggan dan cawan di letakkan di atas meja sisi katil ayahnya.

Terlihat ayahnya terlena.Dengan tangannya memeluk gambar Arainna.

"Abah....bangun."Lembut Airaini memgejut ayahnya.

Arrafah terjaga dari mimpi.Dia terus mengusap matanya.Senyuman tadi terlakar kini kian memudar.

Fikirnya adalah Arainna yang mengejut dirinya.Tapi tidak.Dia terlalu rindu akan gadis itu.

"Abah...jom makan?"Ajakkan Airaini.

"Angah...Abah nak call Adik boleh?Abah rindulah dia."Ujar Encik Arrafah dengan air mata mula bertakung.

Airaini terdiam.Dia kasihan akan ayahnya.Tapi dia sudah di beri amaran oleh Abang sulongnya.

'Tapi dia masih keluarga kita along!'

'Keluarga?Buat apa kita nak anggap dia keluarga kalau dia sendiri pun tak nak mengaku kita ni keluarga dia!

Angah sedar tak?Dia tak pernahlah kesah pasal kita!Lagipun dia dah hidup senang dah sekarang!Abah mati pun belum tentu dia nak jenguk kitalah angah!'

'Dia memang tak boleh nak terima qada' dan qadar.Sebab tu perangai dia teruk!'Geram Airian.

'Ya allah...along.Takkan sampai macam tu kita nak berdendam.'Ujar lemah Airaini.

'Sudahlah angah.Sekarang ni anak abah ialah along,angah dengan adik je!Dek Na dah mati dalam hidup kita!'Ujar Airian penuh dengan kebencian.

'Along!Kalau abah nak call dengan Dek Na macam mana?'Soal Araini.

'Pandai-pandailah angah cover!'

"Angah....Dengar tak apa abah cakap tadi?"Soal Encik Arrafah menyentak lamunan anak keduanya.

"Errr....angah bukan tak nak call Dek Na.Tapi telefon angah rosaklah abah."Tipu Airaini.

Encik Arrafah tertunduk.Dirinya lemah mendengarnya.Rindu semakin dalam.Gambar anak ketiganya di usap.

Perlahan-lahan di kucup.Dan di peluk erat dalam genggaman.Airaini mahu saja mengalirkan air mata.Serba salah dek menipu ayahnya.

'Maafkan Airaini abah.Angah terpaksa.'Desis hati kecil Airaini.

"Abah...jomlah makan."Pujuk Airaini.

Encik Arrafah hanya balas dengan anggukkan saja.Perlahan-lahan dia membantu abahnya.

Di betulkan bantal abahnya untuk lelaki tua itu bersandar.Perlahan-lahan di suapkan nasi berlauk telur itu kedalam mulut ayahnya.

"Sedap anak abah masak."Imaginasi Encik Arrafah.

Bayangan anak ketiganya terlihat sedang tersenyum ke arahnya dan menyuapkan makanan untuknya.Air mata mula mengalir dek rindu yang mendalam.

"Abah...janganlah nangis."Airaini mengusap lembut pipi ayahnya.

Abahnya sudah tertunduk.Terhenjut-henjut bahu orang tua itu.Air mata tidak berhenti mengalir.

"Abah rindu Dek Na.Abah nak jumpa Dek Na."Adu Encik Arrafah.

Airaini tertunduk.Dia tidak kuat mendengar rayuan itu.Airian yang curi-curi dengan juga sebak.

Dia memasuki bilik ayahnya.Pinggan di tangan adiknya di ambil.

"Abah....buka mulut."Arah keras Airian.Dia tidak suka lelaki itu sebuk fikirkan pasal gadis yang baginya tidak pernah wujud di dalam rumah mereka.

"Abah nak jumpa Dek Na."Tangis lelaki tua itu.

"Sudahlah Abah!Sampai bila Abah nak cakap pasal dia je?Dia dah matilah abah!"Bentak Airian.

"Apa kamu cakap ni Airian.Adik masih hidup.Abah nak jumpa dia!"Encik Arrafah masih berdegil.

"Sudahlah Abah!Dia tak pernah kesahlah pasal Abah!Dia dah tak nak ambil tahu dah lelaki tua yang dia anggap pembunuh ni!Perempuan tu memang tak kenang budi!Perempuan tu memang susah nak terima qada' dan qadar!"Ujar Airian penuh dengan kebencian.

Encik Arrafah terdiam.Airaini hanya mampu mengalirkan air mata saja.

"Dia masih keluarga kita Along."Tangis lelaki tua itu.

"Sudahlah Abah!Abah fikirlah dia sampai nyawa abah di jemput.Tapi percayalah!Perempuan tu!Abah mati pun belum tentu dia nak datanglah!"Ujar Airian lalu meletakkan pinggan di atas meja sisi katil.Dia membuka langkah keluar dari bilik abahnya.Di hempas kuat pintunya.

Dia tidak mahu terus meninggikan suara pada ayahnya.Dia cuma tidak suka nama perempua yang tidak kenang jasa itu di sebut di dala. rumah itu lagi.

Bagi dirinya gadis itu telah mati.Atau lebih tepat lagi.Perempuan itu tak pernah wujud dalam hidup keluarganya.

"Abah....kita makan eh?"Pujuk Airaini.Air matanya di serka.

"Angah...*sk* kenapa along bencikan Dek Na?"Soal Encik Arrafah.

"Adik tak salah Angah.Abah yang salah.Abah yang seksa dia.Abah tak pernah ada untuk dia dulu.Dia jadi macam tu sebab abah,Angah.Sebab abah."Tangis lelaki tua itu.Gambar yang di pegangnya dari tadi itu terus di kucup.

Airian membuka langkah memasuki bilik ayahnya kembali.Gambar di pegang ayahnya di ambil dan di leparkan ke atas lantai.

"Perempuan ni tak layak untuk ada dalam keluarga kita!"Muktamad Airian.Dia terus keluar dari bilik itu.

"Adik...."Tangis Encik Arrafah.Gambar itu pecah dek di lempar dengan kasar.

"Angah...tolong ambil.Abah nak!Sakit Adik nanti."Rayu Encik Arrafah.

Airaini ikutkan saja.Gambar di ambil penuh dengan berhati-hati.Dia ingin membersihkan serpihan kaca-kaca itu.

"Adik!"Encik Arrafah terus mencapai gambar itu.Di kucup lembut.

"Adik sakit ke?Abah minta maaf.Along tak sengaja tu."Ujar Encik Arrafah.Dia takut dirinya terus di benci oleh anak ketiganya.Sedangkan itu hanya gambar saja.

"Adik jangan benci Abah lagi eh.Abah minta maaf.Along marah sekejap je tu."Ujar lemah Encik Arrafah.

Airaini sudah tidak tahan melihat dan mendengarnya.Dia terus membuka langkah keluar dari bilik.Dia tersandar ke dinding.

'Bila Adik nak balik?Adik tak kesian ke dekat abah?Abah rindu sangat dengan adik.'Rayu hati Airaini bersuara.

-  THE LAST LOVE FOR US -

-  THE LAST LOVE FOR US -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nantikan chapter 38!

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now