BAB 53

4.9K 267 25
                                    

Melopong Arainna apabila melihat sosok yang membebaskan dirinya.Dia benar...lelaki itu adalah Hayden.Dan tidak sangka Uminya turut ada.

"Nana..."Puan Dannira menegur menantunya.Perlahan-lahan mendekati gadis itu dan memeluk erat tubuh gadis itu.

Air mata wanita tua itu mengalir membasahi pipinya.

"Umi tahu...Damien dah cerita semuanya pada Nanakan?"Soal Puan Dannira memandang menantunya sayu.

Rasa serba salah terhadap menantunya.Dia hanya ikutkan saja kehendak anaknya walaupun hatinya tidak sanggup membuat gadis itu seperti itu.

"Tak apalah Umi...Nana okey je."Ujar Nana tersenyum pahit.Air mata mula bertakung di tubir mata.

"Nana masih nak duduk dengan Umi ke?"Soal Puan Dannira sayu.

Nana membalas dengan senyuman pahit saja.Dia tidak mahu.Dia mahu pulang ke pengkuan keluarga.Dia ingin bertemu dengan keluarganya.

"Umi...Nana minta maaf.Nana nak jumpa Family Nana.Nana rindu dorang sangat-sangat."Ujar Nana dengan air mata mula mengalir.

"Baiklah...Umi faham.Tapi kalau Nana perlukan bantuan.Cari je Umi ye sayang."Ujar Puan Dannira rasa serba salah.

"Baik Umi..."Ujar Nana lembut.

Nana terus membuka langkah mendekati Hayden.Lelaki itu tersenyum manis ke arahnya.

"Saya dah agak...awak yang akan bebaskan saya..."Ujar Nana gembira.

"Mestilah...takkan saya nak biarkan perempuan cantik dan diva macam awak duduk dekat tempat macam ni."Ujar Hayden dengan gelak tawaan kecil.Suka dia melihat gadis itu bermuncung.Comel.

Dulu dirinya takut juga apabila Damien mengatakan gadis itu telah tahu akan pelan yang di rancang.Tapi kemarin mereka bertemu membuatkan hatinya sedikit resah apabila gadis itu hanya melayani seperti rakan biasa saja.Tidak pula menunjuk perasaan benci.Cukup membuat dirinya lega.

Nana mencebik bibir.Ada saja lelaki itu mahu kenakan dirinya.Berani ye sekarang si Hayden berkata begitu di depan Nana...kalau dulu fuh!

"Saya gurau jelah...tak perlulah bermuncung macam tu...kalau kita halal...dah lama saya cium awak!"Nakal Hayden.

"Hayden...Umilah!"Nana gelak kecil.Ada-ada saja lelaki itu.

"Hayden...hantar Umi balik boleh?Umi nak bagi ayam Umi makan.Lupa pula Umi..."Ujar Puan Dannira.

"Boleh Umi...jom."Ajakkan Hayden.

"By the way...cik putri?Cik putri nak pergi mana?"Soal Hayden.Dia tahu pasti gadis itu tak akan pulang ke pangkuan suaminya kembali.

"Hantar saya ke rumah family saya boleh ke?Saya rindu nak jumpa dorang."Ujar Nana tersenyum pahit.

"Boleh...mesti abah rindukan anak 'kesayangan' dia ni..."Ujar Hayden lembut.


Seusai menghantar Puan Dannira.Hayden terus memecut laju keluar dari kawasan rumah itu.Takut dirinya apabila Damien tiba-tiba saja pulang.

"Saya rasa...mesti abah peluk awak tak lepaskan?"Soal Hayden mesra.

Nana tersenyum pahit.Mahukah lelaki tua itu memeluk anak derhaka sepertinya.

"Kandungan awak dah 4 bulankan?"Soal Hayden.

"Hmm..."Gumam Nana meng'iya'kan.

"Saya harap anak awak di lahirkan dengan sihat.Saya tahu Nana...saya tahu awak kuat.Walaupun tanpa seorang suami di sisi...awak kuat."Ujar Hayden lembut cuba untuk memberi sedikit semangat untuk gadis itu.

Nana tersenyum pahit.Tangan dibawa ke perutnya membulat itu.Di usap lembut.Air mata bertakung di tubir mata.

"Macam mana anak ni lahir nanti?Mesti dia malu tak ada bapakkan?"Soal Nana termenung keluar tingkap.

Hayden terdiam.Sayu hatinya apabila mendengar kata-kata gadis itu.Teringat akan zaman kecilnya.Hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.

"Siapa kata?Family awakkan ada?"Ujar Hayden mencari semangat gadis itu semula.

"Kalau Family saya buang saya macam mana?Mana tempat untuk saya berteduh?"Soal Nana dengan air mata mula mengalir.Dia takut kalau dia pulang ahli keluarganya menghalau dirinya.

Sudah 7 bulan berlalu...tidak langsung dia berkunjung ke rumah keluarganya.Mahu lagikah mereka melihat dirinya?Desis akal Nana.

"Sayakan?Saya boleh jadi Papa pada anak tu.Papa Hayden!"Ujar Hayden mesra.

Nana memandang ke arah Hayden.Dia tersenyum kecil.

"Thanks Hayden...awak banyak tolong saya."Ujar Nana lemah tertunduk.

"Bila pula saya banyak tolong awak?Tak adalah...saya buat apa yang perlu je sebagai seorang...."Hayden memikir sejenak.

"Kawan."Ujar Hayden perlahan.

Nana mendengar perkataan itu sedikit serak.Perkataan kawan itu terdengar sebak saja.

Kalaulah dulu dirinya memilih lelaki di sebelahnya ini untuk menjadi raja di dalam hatinya.Pasti dirinya tidak akan sesakit sekarang.

Kalau?Tiada istilah kalau!Semuanya sudah berlaku.Tidak dapat lagi untuk mengulang waktu.Desis Akal Nana.

"Saya rasa jauh lagi ni...kalau awak nak tidur dulu.Tidurlah.Saya tahu awak mesti penatkan?"Soal Hayden prihatin.

"Tak apalah...saya teman awak drive."Ujar Nana lembut.Hayden tersenyum kecil.

Hayden ralit memandu.Manakala Nana sebuk mengelamun.Lagi-lagi hatinya sedang syok melayan lagu-lagu yang di mainkan oleh sidang radio sekarang.

Air mata mula bertakung kembali...

Dahulu...
Kau buatku terus terpaku...
Tapi kini kau tak seperti itu...
Yang nenjaga hatiku...

Air mata mula mengalir.Teringat akan kenangan lamanya bersama suaminya di kampung lama,Kedah.

Lelaki itu tidak pernah berhenti mengungkapkan kata-kata cinta dan panggilan manja...Dan sekarang?

Kurang apa lagi...
Yang harusku beri...
Jika memang cinta
tak bisa...
memberi erti...

Mana ada hati...
yang ingin trus tersakiti...
Untuk apa aku?

Kau miliki lagi?

Di serka lemah wajahnya.Hayden perasan akan itu hanya diam saja.

Dia tahu pasti gadis itu sedih akan kisahnya.Lemah hatinya apabila melihat air mata gadis itu mengalir.

Penat dia menceriakan hari gadis itu tadi.Tapi dengan mudahnya radio merosakkan harinya.Haish!Dengki betul!Desis hati Hayden geram.

Tiba-tiba mata Hayden tertangkap akan sesuatu...

Kereta di pangkin...

"Eh?Awak nak buat apa kat sini?"Soak Nana pelik.Panjang lehernya melihat ke depan.

Hayden tersenyum dan diam saja.Dia terus keluar dari perut kereta tanpa sebarang suara.Hanya senyuman saja.

- THE LAST LOVE FOR US -

- THE LAST LOVE FOR US -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Huhu...Hayden nak ceriakan hari Nana?Hayden bawa Nana kat mana tu?

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now