- PENGENALAN -

22.1K 481 14
                                    

Edit :

Aku menyedari aku tidak berhak untuk memaksa dirimu mencintaiku. - Araina Asheera.

__________________________________

__________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


THE LAST LOVE FOR US.
QARIZH DAMIEN × ARAINNA ASHEERA.

Cerita ini telah di ambil dari kisah nyata seseorang yang pernah menjalani kisah pahit dan manis bersama pasangannya.

Cerita ini mengisahkan pahitnya percintaan dan termasuklah kekeluargaan. Di mana satu kisah silam yang membuatkan seorang gadis yang tidak mahu percaya akan wujudnya cinta.

Bagi dirinya cinta itu hanya satu gurauan saja. Tiada sesiapa yang ikhlas di dunia ini dan tiada sesiapa yang berada di dunia ini yang mampu menerima kekurangan pasangannya. Itu yang selalu gadis itu anggap.

   Arainna Asheera.Mungkin lebih di kenali sebagai Nana.

     Hidupnya, telah rosak dari sejak kecil lagi. Di sebabkan satu kejadian gelap itu membuatkan dirinya tidak berfikir secara waras dan terus melakukan perkara terkutuk itu sehinggalah dia bertemu seorang jejaka.

  Qarizh Damien. Mereka selalu bergaduh. Bagaikan anjing dan kucing. Jumpa sana aum! Jumpa sini aum! Memang tak boleh nak bertembung langsung. Ada saja ingin berlawan mulut dan kata - kata siapa yang paling pedas.

Tetapi mulut saja mengatakan benci kepada jejaka tersebut. Tapi hatinya?  Siapa sangka lelaki itu telah berjaya menambat hati seorang gadis yang sukar membuka pintu hatinya untuk mempercayai kaum adam.

Tetapi semuanya terhenti pabila gadis itu mendapat berita tentang akan jejaka idamannya yang tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga bersama gadis lain.

Satu kejadia yang tidak di ingini telah menimpa mereka berdua.

" Kau sendiri yang main dengan api, Nana." Keras suara Damien.

Kata-kata yang penuh dengan dendam.

Sudahlah hidupnya memang durjana. Kenal dengan lelaki itu lagi membuatkan nasib hidupnya tidak ubah seperti kucing kurap.

Bak kata pepatah...

' Sudah jatuh, di timpa tangga pula.'

" Buatlah apa yang awak nak buat Damien. Saya tetap akan kejar awak sehingga nafas yang terakhir." Janji gadis itu.

Janji, janji, janji! Semua orang boleh janji! Tapi Allah yang menentukan segalanya.

Siapa sangka di sebabkan satu kesalahan gadis itu dan terbongkar semua rahsia hitam gadis itu. Membuatkan dirinya di hina dan di buang oleh suaminya sendiri.

Di sebabkan cinta yang terlalu dalam. Gadis itu hampir meragut nyawa seseorang yang paling berharga dalam hidup suaminya.

' Nur Haellyzar binti Makriz.'

First Story - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]Where stories live. Discover now