Beberapa helai dress yang dikeluarkan dari perut almari di letakkan di atas katil. Qaira meneliti satu per satu dress yang pelbagai warna dan design tersebut. Ada di antaranya belum sempat di pakai oleh lagi. Beginilah fitrah wanita , keinginan membeli melebihi keinginan untuk memakai. Dia meneliti sejenak beberapa helai dress yang telah di shortlist dihadapannya. Satu dress panjang berwarna cream menarik perhatiaanya. Pada ingatannya , dia tidak pernah membeli dress tersebut. Terdapat beberapa manik putih di selang dengan sulaman bunga rose dibahagian bawah dress tersebut .Warnanya based cream dicampurkan dengan tone sedikit coklat tersebut menambah seri si pemakai yang berkulit cerah seperti Qaira. Perfect !
"Cantik jugak dress ni. Boleh la aku pakai malam ni" Qaira berkata sendirian di hadapan cermin sambil meletakkan baju tersebut di badannya .
"Eh kejap , kenapa aku kena beria sangat ni nak keluar dengan Si Izmer tu ? Pakai je la kan apa apa pun . Lagipun dia bukan kesah pun pasal aku , nak nak dengan pakaian aku. Memang tak la dia nak pandang aku. Dia kan Izmer , mana pernah nak kesah! " Qaira berkata sendirian di hadapan cerminnya sambil membuat beberapa memek muka menyampah.
"Argh lantaklah , aku cantik untuk diri aku kan ?Bukan untuk mamat tu ! Huh ! " Qaira bermonolog lagi . Dia segera mencapai dress tersebut lalu menuju ke bilik mandi sambil berjalan catwalk . Lagaknya tak ubah seperti primadona yang baru saja menerima anugerah ikon wanita .
**********************************************************************************************
"PONNNNNNNN !" Bunyi hon dari kereta belakang mengejutkan lamunan Qaira . Dia memandang kehadapan warna lampu isyarat hijau menerpa ke arah mukanya . Dia menggeleng kepalanya berkali kali lalu menekan pedal minyak Yaris spek G miliknya. Mukanya ditepuk berkali kali untuk mendapatkan fokus pemanduaanya. Dia memerhati skrin phonenya yang memaparkan aplikasi Google Maps . Dia segera membelok ke kiri mamasuki perkarangan sebuah restaurant . Kelihatan tertulis di signboard situ "Chinese Muslim Dimsum House" membuatkan kenyakinan Qaira bertambah tinggi bahawa dia telah sampai ke destinasi yang di maksudkan oleh Izmer melalui chatnya tadi .
Usai memasuki restaurant tersebut , mata Qaira meliar kiri dan kanan mencari susuk tubuh Izmer, namun tiada . Hanya perkataan "Reserved Mr Izmer" terletak di atas meja. Qaira laju mengatur langkahnya menuju ke arah meja dengan segera melabuhkan punggung di atas kerusi. Beberapa pasang anak mata memerhati kearahnya dengan segera Qaira mencapai handphonenya melihat chat di Whatsapp. Kosong. Tiada notifikasi baru dari Izmer.
" Saya dah sampai Izmer, awk kat mana?". Sent . Qaira melihat jam di skrin phone miliknya. Tepat . Tiada awal seminit . Tapi kelibat Izmer belum muncul di hadapannya. Dia menghembuskan nafas kecil mengeluh. Mungkin Iz sangkut jammed rasanya. Dia membuat sangkaan tenang lalu mencapai menu yang berada di hadapannya.
Sejam berlalu . Tiada kelibat dan khabar dari Izmer . Qaira cuba menghubunginya beberapa kali tapi tiada bersambung. Qaira tekad , dia perlu balik. Segera dia melangkah keluar dengan perasaan berkecamuk.
"Asal aku pergi percaya sangat cakap dia! Aku dah agak mesti dia nak game aku je ni. Kenapalah aku pergi percaya dia ! Qaira membentak sendirian.
***********************************************************************************************
Izmer membuka matanya perlahan memandang sekeliling. Kepalanya terasa berat seolah olah dihempap batu besar. Dia masih di office. Dia mencapai phone di sebelahnya . Tertera di situ Saturday 9.30 am. Dia mencuba bangun namun sakit di kepalanya menghalang. Dia kembali terbaring di sofa empuk tersebut mendail satu nama. Haikal.
30 minit berlalu.
" Kau kenapa Iz ? Kenapa kau kerja hari sabtu ? Ke kau overnight kat office ? Perform sangat kau ! Project client mana pulak kau nak dapatkan ni ?" Haikal bersuara laju menembusi kesunyiaan di office tersebut . Terdengar sedikit bunyi mengejek di situ
Izmer hanya mampu menggeleng lemah. Dia tidak mampu mengingat apa apa yang berlaku kepada dirinya.
"Aku tak ingat Kal. Aku betul betul tak ingat . Yang aku tahu , kepala aku sakit sangat aku tak boleh nak bangun . Sebab tu aku call kau. Kau tolong hantar aku balik boleh tak ? Aku tak sihat sangat ni . " Izmer bersuara lemah. Tiada tenaga dia untuk melawan kata kawan baiknya.
"Haish laa kau ni Iz, macam macam . Kerja kuat sangat sampai kesihatan pun kau tak jaga. Dah laa jum aku hantar kau balik, rehat kat rumah. Dah macam manyat hidup dah kau ni. " balas Haikal simpati
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...