Usai makan malam,aku memilih untuk duduk di dalam bilik.Bukan apa, aku nak memberi ruang kepada mama dan papa untuk berehat.Tentu diorang penat.Sambil aku boleh memikirkan tentang apa yang mama dan papa cakap tadi.Kadang-kadang aku terfikir jugak kenapa la mamat tu tiba-tiba ja nak cepatkan perkahwinaan.Tak da angin tak da ribut tiba - tiba je.Apa yang patut aku buat ye?Arghh serabut kepala aku fikir benda ni.
Telefon di atas meja pantas aku capai.Tanganku bermain-main di skrin telefon tu.Aku menekan buton kenalan disitu.Mencari satu nama.
Hmm.. jumpa pon.Nak call ke tak erk?Lantas dengan laju aku menekan buton call tu.Entah dari mana aku dapat kekuatan nak call mamat tu malam-malam macam ni.
"Hello", satu garau disitu bersuara
Aku diam disitu.
"Siapa ye ni?"suara itu bersuara lagi.
Aku menarik nafas panjang disitu sebelum bersuara.
"Ni aku Qaira."
"Oh kau,ada apa hal call aku malam-malam ni?Takkan rindu aku kot?"dia pula berkata sambil ketawa kecil disitu.
Eh lain macam pulak mamat ni.Pehal tiba-tiba buat ayat macam ni pulak kat aku.Erm malas aku nak melayan dia.
"Tak. Aku nak tanya sikit kau.Betul ke kau yang percepatkan tarikh kahwin tu?"aku bertanya serius.
"Yup memang aku yang percepatkan.Kenapa kau ada masalah ke?"soalan lagi kepadaku.
"Kenapa kau tak bincang dengan aku dulu?aku membidas kembali membutkan tawanya terhenti.
"Dah kau nak kahwin dengan aku kan?Aku anggap kau tak da masalah la kalau aku percepatkan perkahwinan ni pon.Kenapa sekarang kau nak ubah fikiran ke?"dia berkata dengan angkuhnya tanpa rasa sedkit pon perbuatannya tu salah.
Aku terasa agak tercabar disitu.Tak guna punya mamat.
"Ok fine.Memang aku tak kesah pun.Tapi at least bincang la dulu dengan aku.Aku ni bukannya budak-budak yang sesuka hati ja orang nak buat apa tanpa bincang dulu dengan aku."aku membidas kembali.Sengaja nada aku ditinggikan sedikit disitu.
Aku terus mematikan talian tanpa menunggu kata selanjutnya dari mamat tu.
Fuh mencabar jugak kalau tiap-tiap hari nak kena menghadap mamat ni.Sakit hati.Sakit kepala dan sakit otak aku dibuatnya.
Tit tit..
Aku mencapai phone aku.Ada message disitu.Tertera nama Mamat Poyo dekat depan skrin tu.
-mamat poyo-
Besok jumpa aku kat location ni.Nak tempah baju kahwin
What ?cepat gila mamat ni plan.Siap send location lagi.Kalau aku melawan tak nak pergi nanti tak pasal-pasal dia ungkit pulak.
-me-
Ok.
-mamat poyo-
Ok bagus.Macam tu baru la bakal isteri solehah
Menyakitkan hati la!Bajet ja lebih mamat ni.Kalau dia ada dekat depan aku ni dah lama aku bagi penumbuk.Bagi dia tahu rasa.
Aku meletakkan phone aku ditepi meja.Lantas aku mematikan lampu bilikku.Aku perlu tidur awal untuk simpan tenaga nak tumbuk mamat tu besok.Cakap besar kan aku ni.Nanti aku pulak yang kecut perut.Haish Qaira kau berangan je lebih
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...