" Jauh termenung tu Fi , silap silap boleh tembus sampai kampung sebelah sana nu" satu suara wanita lingkungan umur 60-an bersuara menyedarkan lamunan panjang Sufi .
" Eh umi , umi tak tidur lagi ? " Sufi bersuara membalas sambil tersenyum ke arah umi nya .Iras wajah Sufi saling tak tumpah seperti umi nya .
"Belum Fi , umi tengah tunggu abah kamu . Katanya ada mesyuarat agihan tugas kenduri dengan orang kampung pasal anak Haji Salleh nak berkahwin hujung minggu ni " wanita tersebut bersuara
"Ouh patutlah Fi tak nampak abah dari tadi " Sufi membalas .
Kedua anak beranak tersebut mulai berdiam , memberi laluan kepada bunyi cengkerik sahaja yang memecah kesunyiaan sambil di selami angin sejuk lembut kampung
"Fi ? Kalau umi nak tanya sikit boleh ke? " wanita tersebut bersuara dengan nada yang lembut
" Tanya apa tu umi ? " Sufi bersuara
" Fi ni bila nak cari peneman hidup ? Bukan apa umur Fi tu bukannya makin muda. Nanti siapa la yang nak jaga Fi bila umi dengan abah dah takde ? Lagipun umi tengok ramai kawan kawan sebaya Fi dah berkahwin " umi bersuara
Sufi mengeluh perlahan cuba mencari ketenangan untuk menuturkan kata kata
" Entah la umi , belum sampai jodoh lagi agaknya" akhirnya Sufi membalas sambil tersenyum . Dia memandang jauh ke halaman rumahnya . Air kopi yang sudah mulai dingin dihirup perlahan .
" Kamu pun kena ada usaha juga untuk mencari . Jodoh memang di tangan Allah , tapi kita sebagai hambaNya kena lah berusaha Fi. Allah tak suka hambaNya yang suka berputus asa . Atau kamu masih mengharapkan Qaira ?" umi bersuara sambil menatap wajah anak tunggalnya
Sufi hanya tersenyum ,lalu mengenggam lembut tangan umi nya.
"Insyallah umi , nanti adalah la tu jodoh buat Fi " Sufi membalas tenang. Dia tidak mahu soal jodohnya menjadi kerisauan buat orang tuanya sendiri. Dia sedar hatinya sendiri tidak mampu memadamkan satu nama yang telah lama terpahat dihatinya. Mungkin takdir tidak menyatukan dia namun jauh di sudut hatinya dia masih berharap agar ada sinar buat dia mengejar cinta pertamanya.
*********************************************
Qaira mengatur langkah laju selaju yang mungkin . Lagaknya kini tak ubah seperti seorang askar yang sedang dalam latihan perang. Dia sendiri berasa rimas dengan keadaan sekarang . Niatnya untuk bercuti dengan tenang telah tergendala disebabkan seekor nyamuk yang bergelar suami sendiri telah mengekori dirinya. Qaira menambah kelajuan berjalannya apabila suara derapan kaki mulai kedengaran hampir dengan dirinya . Nafasnya juga mulai tercungap cungap keletihan disebabkah langkah makhluk yang mengekorinya terlampau laju kalau dibandingkan dengan langkah kakinya yang pendek mennyebabkan langkah kakinya sedikit terbatas.
"Sampai bila yer awak nak ikut saya Izmer ? Awak tahu tak saya rimas ! Awak sepatutnya balik KL sekarnag . Tak perlu ganggu ketenangan saya dekat sini " Qaira bersuara tegas setelah kepenatan melarikan diri dari Izmer . Dia sudah habis kata kata terhadap Izmer . Semua perkara yang dirancang hancur begitu saja. Dia sendiri tak mahu berhadapan dengan Izmer buat masa sekarang . Dia tidak dapat menerima apa yang telah Izmer lakukan .
" Bila masa aku ikut kau . Aku memang nak lalu sini . Aku pun nak pergi makan jugak . Aku lapar " Izmer menjawab dengan nada selamba sambil mengaru garu kepalanya yang tidak gatal tanpa memandang wajah Qaira . Dia cuba berselindung menyembunyikan niat sebenar .
Tiada jawapan daripada Qaira . Hanya pandangan serius saja diberikan oleh Qaira . Bagi Qaira dia tak mahu lagi membuang masanya, Izmer perlu pulang ke KL malam ni juga.
" Okay ye laa . Aku mengaku , aku ikut kau datang sini . Aku yang paksa Mak Jah bagitau kau pergi mana. Semua orang risaukan kau . Termasuk aku " Izmer bersuara mengalah
" Risau ? Sejak bila saya ni jadi kerisauan dalam hidup awak Izmer ? Bukan ke selama ni awak tak kisah langsung pasal saya? " Qaira kembali membalas
" Okay aku tahu aku salah sebab tak datang malam dinner yang aku dah janji dengan kau . Aku dah mungkir janji padahal aku yang beria.Tapi takkan disebabkan salah kecik aku, kau sampai nak marah merajuk sampai bawa diri ke sini " Izmer bersuara tenang ada sedikit nada membela dirinya disitu . Dia sendiri hairan kenapa Qaira begitu marah terhadapnya sehingga sanggup datang ke sini sendirian semata mata tidak mahu bersemuka dengan dirinya .
" Mudahnya awak cakap kesalahan kecik ? Kejap . Ini ke awak maksudkan kesalahan kecik Izmer ? " Qaira bersuara kembali tegas . Sengaja dia tekankan perkataan 'kecik' disitu sambil mengeluarkan phone miliknya dan menunjukkan gambar yang terpampang di skrin handphonenya
Izmer membeliakan matanya memandang apa yang ditunjukkan oleh Qaira . Gambar tersebut jelas menunjukkan dirinya sendiri berada di atas katil bersama Kamilia ! Ya Kamilia ! Dia tergamam melihat gambar yang baru saja ditunjuk oleh Qaira . Dia memerhati anak mata Qaira cuba mencari jawapan
" Wait ! Apa semua ni ? Sapaa yang bagi kau gambar ni semua ? Aku sumpah tak tahu apapun pasal.." belum sempat Izmer menghabiskan ayatnya Qaira mencelah disitu. Izmer bersuara dengan nada terkejut bercampur sedikit marah .
"Dah laa Izmer . Saya dah penat dengan semua drama ni. Saya tak tahu mana arah yang terbaik untuk awak dan saya. Saya tahu saya tak berhak marah sebab saya bukan siapa siapa dalam hati awak. Saya cuma isteri yang awak terpaksa nikahi . Tapi saya tak sangka awak sanggup buat benda terkutuk macam ni. Awak tak hormat saya langsung ! Awak tak hormat mummy daddy , family kita. Kalau betul awak nak hidup dengan Kamilia , awak boleh bagitau family awak berkenaan dengan penceraian kita. Awak boleh hidup dengan Kamilia . Tak perlu rasa terikat dengan saya dah Izmer ! " Qaira berkata sambil memandang tepat ke muka Izmer . Mata nya sudah mulai berkaca menutur satu demi satu perkataan tadi.
Izmer terkejut dengan apa yang diluahkan oleh Qaira . Dia sendiri tidak tahu kenapa Qaira bersikap dingin sedemikian rupa. Dia tidak pernah melihat keadaan Qaira begitu .
Qaira mengatur langkahnya kembali . Tiada kata yang mampu dia ungkapkan kepada Izmer lagi . Habis sudah kata kata yang hendak disampaikan . Baginya biarlah Izmer mencari kebahagiaannya sendiri.
Tiba tiba tangan terasa ditarik dengan kuat menyebabkan langkah lemahnya terhenti. Izmer mencapai tangan .
" Kenapa kau marah sangat dekat aku Qaira ? Kenapa kau pedulikan apa yang aku buat ? Kenapa Qaira ? " apa yang kau nak ? " Izmer membentak kuat. Dia sendiri benci dengan dirinya sendiri kerana menyakiti Qaira dengan keadaan begitu
" Awak nak tahu kenapa Izmer ? Awak nak tahu kenapa saya marah sangat dekat awak? Sebab saya memang cintakan awak Izmer ! Yes ! Saya dah jatuh hati dekat awak . Saya tak tahu bila and macam mana semua ni boleh berlaku"Qaira bersuara lantang menjawab seribu kebingungan terhadap Izmer dan dirinya
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Roman pour Adolescents"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...