Bab 25

8 1 0
                                    

Bagasi berwarna hitam bersize sederhana kecil dilemparkan ke atas katil. Beberapa helai baju dan peralatan mandi dimasukkan dalam perut bagasi tersebut . Mata berkaca Qaira meliar memerhati setiap sudut dalam bilik tersebut dan segera mencapai beg tangan dan kunci kereta miliknya di tepi meja kecil bersebelahan dengan katil . Qaira tekad untuk beredar sebelum Izmer mendahulu untuk menghalangnya, Segera dia menolak rakus dan laju bagasi tersebut sambil mengelap air mata yang membasahi pipi.

Qaira memecut laju sebaik saja tiba di keretanya . Dia sendiri tidak tahu ke mana arah yang hendak dia tuju sekarang . Ke rumah mummy dan daddy ? Tak mungkin ! Pulang ke rumah papa dan mamanya ? Tidak , Izmer pasti akan ke sana . Dia sendiri tidak mahu satu pun ahli keluarganya tahu akan keadaan dia dan Izmer sekarang . Telefon di sebelah berdering kuat mintak dia angkat juga tidak dihiraukan oleh Qaira . Nama Izmer bertubi tubi muncul di skrin phonenya tidak dihiraukan . Hatinya tak kuat untuk berhadapan dan berbincang apa pun dengan Izmer. Baginya , cukuplah sekarang Izmer tahu tentang perasaannya dan tidak perlu peduli tentang kewujudan dirinya. Dia akan menghilang dari kehidupan Izmer . Dia sedar bukan dia yang Izmer inginkan.Air matanya jatuh buat kesekian kalinya sambil memandang jauh dan kosong di hadapan.

" Cukuplah Izmer , awak cari la kebahagian awak sendiri. Saya penat Izmer ! " teriak Qaira sendirian di dalam kereta .

***************************************************

Izmer menekan punat loceng beberapa kali . Dia mundar mandir kegelisahan memerhati ke arah dalam rumah mencari sosok kelibat manusia . Namun tiada berjawab . Sekali lagi usahanya cuba untuk menekan loceng

"Assalamualaikum , Mira ! Mira ! " Izmer berteriak memanggil ke arah dalam rumah

Mira keluar dengan keadaan muka berkerut cuba mencari jawapan ke arah Izmer . Dia cemas melihat Izmer mundar mandir kegelisahan seperti tidak tentu arah . Muncul suaminya , Nazif dari arah belakang juga turut meneliti keadaan yang berlaku .

" Itu bukan ke Izmer ? " Nazif bersuara ke arah isterinya

" Iya awak , saya takut nak keluar rumah tengok keadaan Izmer macam tu . Risau laa pulak saya . Datang macam nak serang orang je " Mira membalas

" Ish awak ni , jum saya ikut awak . Kita pergi tanya dia dulu " Nazif bersuara cuba menenangkan isterinya lalu menapak kearah pintu rumahnya

" Iz , kau kenapa ni ? "Mira bersuara sambil memandang kiri kanan memikirkan keadaan jiran sekelilingnya

" Mira , kau tahu tak Qaira kat mana ? " Izmer bertanya cemas

Mira mengeluh panjang sambil memandang muka suaminya . Dia sendiri serba salah untuk bagitahu keberadaan Qaira kerana , dia telah berjanji untuk tidak memaklumkan apa apa tentang Qaira buat masa sekarnag.

Nazif mengangguk perlahan memandang isterinya.

"Erkk , Qaira ada bagitau aku yang dia pergi Port Dickson haritu . Dia nak rehat . Dia taknak kau ganggu dia Iz . " Mira bersuara dengan keadaan bersalah

"Lepas tu dia pergi mana lagi ? " Izmer menyoal tanpa rasa terkejut. Jawapan yang diberikan oleh Mira tidak membantu apa apa baginya

"Itu je yang dia bagitau aku Iz " Mira membalas

" Aku dah pergi PD , aku dah jumpa dia . Lepas dia tahu aku kat situ, dia terus hilangkan diri entah kemana . Puas aku cari dia . Aku tak tahu dia kemana " Izmer berkata menjelaskan situasi

" Eh kau biar betul Iz ? Habis tu Qaira kemana ? Kau ada tak ke rumah family dia ? " Mira bertanya , kalini kerisauan bertukar kearah Mira pula.

" Aku ada text mama dia , katanya dia takde balik pun. Takpe laa Mira Nazif aku gerak cari dia kat tempat lain dulu . Nanti kalau ada apa apa kau bagitau aku" Izmer membalas meninggalkan Mira dalam keadaan cemas

Mr vs Mrs AmnesiaWhere stories live. Discover now