Bab 23

12 1 0
                                    

Langit yang luas memaparkan warna biru indah seawal 7 pagi ditemani dengan air laut yang kelihatan tiada penghunjung . Deruan beberapa ombak kecil mulai menyentuh lembut pasir pantai halus lalu memuntahkan beberapa sebahagian kecil
sis laut seperti cengkerang dan siput kecil. Sang burung juga mulai beraksi menyusun rentak berterbangan persis sebuah lukisan menambahkan lagi keindahan ciptaan Tuhan. Begitu juga dengan manusia , kelihatan mereka sudah mulai menjamah kaki mereka di tepian pantai. Ada juga antara mereka yang tidak melepaskan peluang merakam detik dan suasana indah sinar terbit matahari di kawasan itu.

Qaira menarik dalam nafasnya menikmati udara yang segar lalu tersenyum puas . Kedamaian yang bagaimana lagi manusia cari sedangkan ciptaan Tuhan sudah sebegini indah tiada tandingannya. Qaira menguis lembut daun kering di kakinya. Tiba tiba seekor kucing muncul entah dari mana dia sendiri tidak perasan mulai meraih perhatiannya

"Hello cik Meow , awak lapar ?" Qaira mengaju soalan sambil tersenyum manja ke arah kucing tersebut , walhal hakikatnya dia sedar bahawa soalan tersebut tidak mungkin berbalas . Dia membelai lembut bulu kucing tersebut lalu mengeluarkan wetfood yang berpaket kecil dia dalam begnya lalu diberikan kepada kucing tersebut .

"Nasib saya bawak tau harini , rezeki awak laa meow" omel Qaira sendirian. Begitulah tabiat si Qaira pencinta kucing , kemana saja dia pergi wajib ada makanan kucing loose pack dalam begnya.

"Cik Qaira ?" satu suara garau bersuara mencelah omelan Qaira terhadap kucing tersebut. Qaira mendongak memerhati raut wajah yang berdiri dihadapanya . Doktor Sufi !

" Eh ! Dr Sufi , kan? Dr buat apa dekat sini?" Qaira mengaju soalan pendek . Terlihat di padangannya Dr Sufi memakai seluar track dan jacket jenis windbreaker style sambil dilengkapi kasut sukan bertutup .

"Saya memang selalu datang sini untuk jogging. Dekat belakang sana ada track jogging . Lepas tu dah habis jogging memang saya akan lepak dekat sini untuk rehat rehat sekejap" terang Dr Sufi

"Jogging ? Dekat sini? Memang selalu Dr akan travel semata mata nak jogging ke? Jauhnya " Qaira bersuara sedikit terkejut sambil mengerut kan dahi licinnya.

Dr Sufi ketawa kecil sambil menggeleng kepalanya . Manis senyumannya terserlah lesung pipit kecil di pipi kanan milik jejaka tinggi lampai berkumis nipis tersebut

" Takde laa Qaira . Sebenarnya rumah umi dan abah saya dekat sini. So bila saya balik kampung saya akan selalu datang sini untuk jogging . Lagi satu , pakcik saya ada resort dekat area sini. Jadi memang kerap laa saya ke sini" Dr Sufi membuat penerangan lagi sambil menunding jarinya ke arah belakang Qaira

"Ouh i see . Kiranya Dr orang Port Dickson la ni? " Qaira menjawab pendek sambil mengangguk faham dan tersenyum .

"Haah , saya asal sini. Btw Qaira kesini dengan siapa? Sorang ?" Dr sufi bersuar menukar topik

"Haah , sorang je tenangkan fikiran sambil tengok laut" Qaira membalas

Dr sufi hanya membalas dengan senyuman. Mereka berdua terdiam sejenak sambil memandang ke
arah laut
"Ouh ya Qaira nanti kalau rajin datang laa rumah saya boleh sembang dengan abah umi saya. Nanti saya send location" balas Dr Sufi teruja

"Eh ! Takpe susah susah je Dr sekeluarga je" Qaira membalas

" Takde susahnya Qaira , umi dengan abah suka lagi laa terima tetamu . Tambah kalau diorang tahu Qaira yang nak datang , lagi diorang suka " Dr Sufi membalas

"Ha suka kalau saya datang? Macam mana parents Dr boleh kenal saya ?" Qaira bertanya hairan

"Qaira , saya nak sambung jogging lagi ni . Nanti jangan lupa datang yer saya send location ! Dr Sufi menjawab laju cuba berdalih lalu menyusun langkahnya berlalu . Sempat dia melemparkan senyuman manis ke arah Qaira meninggalkan Qaira yang masih terpinga menanti jawapan yang sepatutnya .

Tiba tiba nada dering dari phone milik Qaira berbunyi menghentikan lamunan dan beberapa soalan di dalam pikirannya. Tertera di skrin phone nya panggilan masuk 'Mamat Poyo ' . Dengan laju Qaira menyentuh skrin phone decline disitu. Rasa sakitnya masih terasa . Entah perasaan yang bagaimana harus di terangkan lagi ,dia sendiri tidak pasti . Dia tidak tahu adakah pantas berperasaan sebegitu .

Qaira bingkas bangun mengatur langkahnya menuju ke chalet yang terletak lebih kurang 200m dari tempat duduk dia tadi .

Usai sampai di bilik dia mengeluarkan
acess card untuk masuk kedalam biliknya. Setelah berjaya pintu dibuka masuk , dia segera menutup pintu tersebut. Namun ketika pintu hendak ditutup dengan tiba tiba ada satu tekanan kuat yang menghalangnya dari menutup pintu. Kelihatan satu susuk manusia dan bau yang tidak asing bagi Qaira sedang berdiri menolak pintu tersebut daripada di tutup . Qaira memandang susuk tersebut dan ternyata Izmer sedang menghalang pintu tersebut daripada ditutup. Qaira dengan segera menambahkan daya dan kudrat yang dia ada untuk menutup pintu tersebut .

" Auch ! Jari aku terkepit ! " jerit Izmer kuat

Qaira melompongkan matanya memandang jari tersebut lalu daya dan kudrat yang di pentaskan sebentar tadi segera beransur mundur . Dengan laju Izmer menapak masuk kedalam bilik tersebut lalu menutup laju pintu tersebut sambil tersenyum seperti kerang busuk kepada Qaira . Qaira tersedar bahawa dia telah termakan dengan taktik Izmer !

Qaira menjeling benci terhadap Izmer . Perasaan bencinya semakin membuak buak .

" Awak dah kenapa nak masuk bilik saya ? Saya boleh report awak tau tak macam ni " Qaira bersuara tegas

Izmer menghemburkam tawanya sambil duduk di atas bucu katil

"Report laa , mau nya diorang gelak besar ! Kau tu isteri aku . Takkan laa diorang nak tangkap aku sebab masuk bilik isteri sendiri " Izmer menyambung lagi
ketawa jahatnya

Qaira menggetap bibirnya geram . Hatinya meletup panas menahan telinga dengan tawa puas Izmer

" Ha , takpun nanti diorang datang , aku yang buat aduan kata ada seorang isteri ni dia keluar rumah tak mintak izin suami dia . Kan ? Kau rasa rasa sapa yang lagi bersalah antara kita ? " Izmer menyambung kata katanya sambil tersenyum sinis puas

Qaira bingkas bangun menyampah mencapai tuala dan berlalu ke bilik air . Malas dia hendak melayan manusia macam Izmer yang sejak azali menyakitkan hati . Tak kuasa !

" Nak pergi mana tu? " Izmer bersuara dengan tawa yang masih bersisa .

"Nak mandi ! kenapa kena mintak izin jugak ke ? Kalini giliran Qaira pula memerli . Puas hatinya menjeling lalu segera masuk ke dalam bilik air .

Mr vs Mrs AmnesiaWhere stories live. Discover now