Sebuah rumah sebuah rumah kampung yang memadukan elemen Melayu klasik dan moden, suasana malam membuatkan Qaira terasa nyaman dan damai. Lampu-lampu yang dipasang dengan seni menerangi halaman yang dihiasi dengan pokok bunga rimbun di sekelilingnya, menambah keindahan serta keharuman yang menyegarkan dalam suasana yang tenang. Qaira merasakan tenang saja berada di rumah tersebut. Seolah olah dia pernah berada di situ sebelum ini . Qaira memperlahankan langkah memerhati pokok pokok bunga yang tersusun indah memancarkan warna warna pudar dalam kegelapan.
" Tu semua Ummi yang tanam sendiri . Boleh dikatakan hobi ummi laa menanam pokok bunga ni . Masuklah Qaira , rumah kami rumah kampung je . Harapnya Qaira selesa duduk sini " satu suara menyapa Qaira dari arah dalam rumah membuatkan Qaira tersenyum kearah suara itu
" Cantik betul rumah makcik . Qaira suka ! Pandai pulak tu makcik tanam pokok bunga , semua hidup segar je Qaira tengok. Nanti bolehlah ajar Qaira tips nak menanam pokok ni" Qaira membalas sambil mengatur langkah merebahkan punggung di kerusi sebelah wanita tersebut
" Panggil je ummi , orang kampung sini dah biasa panggil ummi . Insyallah , kalau Qaira minat nak belajar boleh je ummi ajarkan . Ouh ya , Qaira pergi la mandi dulu yer , kesian ummi tengok Qaira macam letih je. Nanti siap mandi kita makan sama sama yer" wanita tersebut membalas
Qaira tersentuh dengan layanan yang diberikan oleh pasangan suami isteri tersebut . Mereka melayan dirinya seperti ahli keluarga sendiri. Ingatannya kembali teringat kepada keluarganya di KL.
Qaira mengangguk lalu bingkas bangun menapak kedalam rumah . Selang tiga tapak melangkah , cahaya sebuah kereta memancar ke arah dirinya membuatkan dia terpaksa mengecilkan kelopak matanya mencuba untuk melihat. Kelibat seorang laki turun dari kereta tersebut di sambut laju oleh Ummi .
"Assalamualaikum Ummi " sosok tubuh lelaki tersebut bersuara
" Waalaikumusalam , haa Qaira , inilah satu satunya anak tunggal ummi . Kenalkan Sufi " Ummi menyambut salam yang diberi sambil memegang bahu anaknya
Qaira mengerutkan dahinya sambil memekup mulutnya ketika memandang ke arah Dr Sufi
" Ya Allah , keciknya dunia . Dr Sufi ke ? Maaf Dr , saya tak tahu ni rumah Dr " Qaira bersuara setelah ekspresi terkejutnya tamat
Dr Sufi hanya tergelak kecil sambil memandang ke arah Qaira .
" Takpa Qaira , mungkin ni takdir yang tertulis awak datang jugak rumah saya . " Dr Sufi membalas
"La kamu berdua kenal ke ? " giliran ummi pula bersuara setelah dia ditinggalkan dalam keadaan terpinga pinga
" Qaira ni patient Fi dekat hospital . Kitorang dah kenal sebab Fi yang handle treatment untuk Qaira" - Dr Sufi menjelaskam kepada umminya
" Ouh macam tu ke . Ya Allah keciknya dunia ni kan ? Takpaa laa Sufi , Qaira jum masuk nanti boleh makan sama sama , sambil tu boleh laa kita borak panjang lagi yer . Ni abah kamu belum tahu lagi ni , kalau dia tau mesti terkejut jugak dia " ummi berkata lagi sambil di sulami tawa kecil
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...