Bab 8

144 7 0
                                    

Izmer memandang jauh merenung kelewatan malam yang dihiasi bintang gemerlapan. Hurm cantik malam ni. Desus hati kecilnya. Kekadang dia suka bersendirian menikmati keindahan alam yang dia sendiri tidak perasan.

" Amboi termenung jauh nampak anak mummy yang sorang ni. Teringatkan tunang ke bila merenung ke bintang dekat langit tu? " Puan Seri Fauziah menyapa anaknya yang sedang leka dibuai malam.
"Eh mummy ,ada apa masuk bilik along? . Ada apa-apa yang mummy nak along buat ke?." Izmer membalas pertanyaan dengan pertanyaan.
" Eh takkan nak masuk bilik anak sendiri pun mummy kena mintak izin?"sekali lagi pertanyaan juga yang muncul.
Izmer hanya tersenyum memandang ke arah mummynya.
" tak de la. Mummy kan jarang masuk bilik along ni. Ni kalau masuk mesti ada something ni. "Izmer pula berkata seraya mengangkat sebelah keningnya yang lebat.

"Mummy jarang masuk bilik along sebab bilik along ni bersepah. Sebab tu mummy tak suka masuk. Kan mummy kan?" Dania , adik kepada Iz pula menyampuk.

"Eleh, macam bilik dia tak bersepah. Siap ada sarang tikus lagi dalam bilik dia tu."giliran Izmer pula menyakat adiknya.

"ish kamu berdua ni pantang berjumpa asyik nak bergaduh ja" Puan Sri Fauziah meyampuk untuk meleraikan perang anaknya. Dia sudah masak benar dengan sikap kedua- dua orang anaknya. Masing- masing tidak mahu mengalah. Kadang- kadang pening kepala dibuatnya. Tapi hendak buat apa lagi, dah nama pun anak, kenalah banyak bersabar.

" Along kenapa tak keluar pulak malam ni? Selalunya time- time macam ni jarang melekat di rumah." Puan sri Fauziah bertanya.
" saja along nak teman mummy. Asyik Dania je teman mummy. Sekali sekala along nak manja jugak dengan mummy". Izmer membalas. Sengaja ditekan sedikit perkataan bermanja tersebut sambil menjeling ke arah adiknya.
Dania menjelirkan lidah ke arah alongnya tanda protes.
" hurm elok lah tu. Macam mana pagi tadi?" puan sri fauziah berkata mengubah topik perbualan.
"kenapa dengan pagi tadi? Along buat apa? Sihat ja along pagi tadi." Izmer berkata.
"ish budak ni! Boleh pulak dia lupa. Kan along ada bawak Qaira pergi butik pengantin tadi. Okay ke tak? Dia setuju ke dengan pilihan baju dekat butik tu?" puan seri fauziah bertanya.
" entah, okay lah kut."Izmer menjawab ringkas. Malas dia hendak berbahas mengenai gadis tersebut.
" okay je?"
"ye la mummy dia tak cakap apa- apa tu maksudnya okay la kan?" Izmer berkata lagi
" along ni. Kena prihatin dengan Qaira tu. Dia kan tunang kamu. Tak elok tahu kamu buad dia macam tuh. Lagi pun korang kan nak kahwin bulan depan. Kenalah saling mengenali. Jangan salitkan hati dia dan buat dia rasa terpinggir. Qaira kan bakal jadi isteri kamu jugak."puan seri fauziah berkata panjang.

Izmer hanya mengganguk sahaja. Dia tidak mahu mummynya berleter panjang lebar lagi kalau dibantah.
" yela long. Adik setuju dengan mummy. Lagi pun adik tengok kak Qaira tuh baik orangnya. Untuk pengetahuan along, kak Qaira la yang tolong hantar along balik rumah masa along demam kat office dulu." Dania menambah lagi. Wah! Mummy ada penyokong tambahan nampaknya!
" yeke? Along tak tahu pun."Izmer berkata inginkan kepastian.
" macam mana along nak ingat dah along tuh kan amnesia. Mana ingat apa- apa pon." Dania berkata lagi.

" yela . " Izmer menjawab ringkas.

" ada apa- apa lagi ke yang along nak mummy settlekan? Besok mummy dengan daddy nak ke rumah Qaira. Nak bincang dengan parents Qaira tentang persiapan kahwin korang nanti.

Entah, rasanya takde kot mummy . Mummy buat la apa yang patut. Nanti kalau mummy perlukan apa apa bagitahu je kat along. Nanti along tolong." Izmer membalas
••••••••••••••••••••••••••••••
Setelah selesai berbincang mengenai mamat poyo tu dekat mama dengan papa aku terus mengambil keputusan untuk berada dalam bilik aku. Tempat fav aku . Aku lebih suka berada di bilik ni. Nyaman sangat.

Aku mencapai phone di tepi meja. Aku mendail nombor Mira. Entah tidur ke belum minah ni.
"Assamualaikum. Mira"aku memberi salam apabila talian dingkat.
"waalaikumiussalam. Eh , Qaira, kenapa kau call aku ni? Ada apa- apa ke? "Mira bertanya cemas.
"Erk , sorry la kacau kau malam- malam macam ni. Aku juz nak bagitahu kau yang aku nal kahwin bulan depan. Aku hope kau datang ye sebab kau orang yang first aku jemput tau."aku berkata.

" eh mestilah aku datang. Kau kan bff aku. Mesti aku datang punya. Tapi kau kahwin dengan siapa eh? Dengan Iz ke?

" Hmm. Dengan dia." aku menjawab ringkas.

" wah! Tahniah erk. Kahwin jugak korang. Alhamdullillah aku tumpang bahagia untuk kau Qaira. Insyallah nanti aku datang wedding kau.

Mr vs Mrs AmnesiaWhere stories live. Discover now