Bab 16

185 8 0
                                    

Hembusan asap rokok yang keluar dari bibir merah itu dihembus dengan perlahan . Matanya dipejam seketika. Kamilia kemudian mencapai beg tangan mahalnya dan menapak keluar dari perut kereta. Putung rokok yang dipegangnya dibaling ke bawah lalu dipijak dengan menggunakan kasut tinggi miliknya. Dia membetulkan sedikit rambut yang baru didandanya di hadapan kereta. Kamilia memandang tepat ke arah bagunan syarikat milik Berjaya Megah Holdings. Satu senyuman sinis dihasilkan .

Langkah sombong diatur masuk ke dalam bagunan mewah tersebut. Otaknya ligat memikirkan rencana dan hatinya juga tidak sabar mahu memandang wajah Izmer.

" I nak jumpa Izmer! " laju saja mulutnya menutur kata kepada seorang gadis apabila sampai di kaunter hadapan.

" Maaf cik, tapi Encik Izmer tengah bercuti sekarang jadi dia tidak ada dekat sini. Cik ada urusan apa ye? " gadis itu bersuara lembut kepada Kamilia sambil tersenyum.

" What. Dia pergi mana?" Kamilia melemparkan soalan dengan nada yang kasar kepada gadis itu.

" Maaf cik, yang itu saya tak tahu." balas gadis itu dengan nada tersekat sekat.

" Eh U ni pekerja apa erk? Bos U pergi mana U tak tahu? " kali ini Kamilia bersuara menengking.

Situasi tegang ini menarik perhatian beberapa pasang anak mata. Masing-masing berbisik sesama sendiri.

" Ada apa ni? Apa yang kecoh sangat? " Haikal yang lalu berdekatan turut terganggu dengan situasi tersebut.

" Tak Encik Haikal ni cik ni dia cari Encik Izmer. " gadis itu bersuara ketakutan.

Anak mata Haikal beralih pada.Kamilia yang berada dihadapanya. Kalau hendak diikutkan hati hendak saja heret Si kamilia ni keluar. Mengada - ngada betul! Entah macam mana la dulu Iz boleh berkenan dekat perempuan macam ni. Tak sesuai langsung nak dibuat kekasih apatah lagi isteri. Memang taklah!

" Kamilia U kenapa? Inikan pejabat. Lagipun Iz tak de dekat sini. Dia pergi bercuti dengan isteri dia. Lagipun dekat sini hanyalah urusan pejabat saja. Kalau peribadi, seeloknya tidak dibawa kesini. " Haikal cuba bersikap profesional terhadap Kamilia.

Kamilia akhirnya akur dan beredar dari ruang pejabat tersebut. Sempat dia menghempap beberapa fail dihadapan kauntet tersebut. Haikal menggeleng kepalanya. Menyampah dengan perangai Kamilia

********************************

Kakiku leka menguis beberapa daun yang gugur dihadapanku. Aku memandang jauh memerhati pemandangan sekeliling. Cantik dan tenang. Betul la kata orang suasana di kampung lebih menjanjikan ketenangan berbanding suasana di bandar. Aku menarik nafas sepuasnya sambil memejamkan mataku. Nyaman sangat!

" Qaira awat duk tang ni ja? " satu suara muncul memaksa aku membuka mata semula. Kelihatan tok wan berjalan mendekati aku sambil diikuti oleh Iz dari belakang. Tok wan.seperti biasa menghadiah senyuman buat aku. Mamat tu? Tak payah cakap la muka berlagak nak mampus. Nak je aku humban muka kacak dia tu dalam sawah tu! Baru padan muka. Tapi pakaian dia harini lain je aku tengok. Dia hanya memakai t shirt hitam , seluar track dan selipar jepun. Biar betul!

" Sayang, kenapa pandang abang macam tu? Kenapa ada yang tak kena ke dekat abang? " Izmer bersuara setelah dia duduk di tepi aku

Naik loya anak tekak aku dengar panggilan dia. Bab berlakon memang tip top! Eh, dia perasan laa tengok dia tadi! Aduh menyesal tengok.

Aku hanya tersenyum kelat kearahnya. Malas hendak melayan. Bukan apa kalau aku layan nanti lakonan aku lagi hebat dari artis. Cewah kerek la aku ni.

" Ni Yad hang bawak laa Qaira pi jalan-jalan dekat kampung ni. " Tok wan memberi cadangan kepada Izmer.

Mataku berlalih kearah Izmer. Nak ke dia bawak aku? Memang tak laa kan?

Izmer bingkas bangun dan menarik tanganku. Aku tergamam seketika memandang wajahnya untuk cuba mencari jawapan.

" Nak ikut ke tak nak?" dia mengaju soalan. Aku hanya mengangguk. Entah kenapa aku mudah benar mengikutnya. Mungkin aku hanya ingin pergi meronda kampung saja.

" Kami pergi dulu tok wan!" Izmer bersuara dari kejauhan sambil menuntun basikal keluar. Basikal? Yup basikal. Haish dah la aku tak pandai nak naik basikal.

" Bukan nak suruh kau bawa pun. Naik je laa. Aku bawak! Kau naik je lah!

Eh mamat ni! Dia dengar ke aku cakap dalam hati? Ke dia ni jenis membela agaknya? Tanpa berfikir panjang aku terus melabuhkan pungungku di tempat belakang basikal. Pada mulanya memang perasaan takut menyelubungi diri, tapi lama kelamaan rasa seronok pulak dapat naik basikal walaupun sekadar menjadi pembonceng saja. Nak harap aku bawa? Memang tak lah! Kang jatuh masuk sawah pulak.

Sedang aku leka memerhati sekeliling Izmer memberhentikan basikal secara tiba-tiba. Dah kenapa mamat ni?

" Kenapa awak berhenti dekat sini?" aku bertanya kebingungan.

"Saja, aku nak singgah dekat situ. " Izmer bersuara sambil menunding jarinya ke sebuah pondok yang terletak di tengah-tengah sawah.

"Okay awak pergilah, saya tunggu dekat sini. " aku berkata sambil memandang ke arah Iz.

" Aku nak turun macam mana kalau kau asyik pegang aku je." Izmer berkata selamba yang membuatkan aku menarik kembali tanganku yang sejak dari tadi merangkul pinggangnya. Aduh! Bila kenapalah aku boleh tak perasan yang aku asyik pegang dia? Ni mesti takut jatuh basikal punya pasal.

Izmer memandang aku setelah turun dari basikal . Aku apa lagi, buat-buat tak nampak lah. Tak nak bertentang mata dengan dia!

Bagai terkena elektrik, tanganku ditarik pantas oleh Izmer.

" Dah alang-alang sampai tu ikut la.sekali. Bukan senang nak sampai sini." Izmer memberi penjelasan setelah melihat aku kebingungan.

Apa? Dia nak aku jalan atas sawah tu? Haish parah ni! Dah la aku jenis penakut dengan makhluk yang tak dak tulang tu. Nanti kalau dia hisap darah aku, habis aku ! Sumpah geli!

" Kau takut ke? " Izmer secara tiba-tiba.menyoal aku. Dia ni memang la ada bela agaknya! Sampai apa yang terlintas dekat kepala otak aku pun dia tahu!

" Eh, baik sikit laa! Aku tak takut pun. Setakat nak merentas sawah ni tak dak hal okay! " aku menutur laju. Pergh boleh tahan jugak la aku bangga diri. Kejap lagi kau tahu la nasib kau Qaira!

Mr vs Mrs AmnesiaWhere stories live. Discover now