Bab 11

143 8 0
                                    

Telefon yang berdering di dalam beg menyebabkan aku segera menerkam kearah kearah meja. Nama yang tertera di skrin telefon menyebabkan aku ingin melompat setinggi bangunan klcc. Papa. Yup! Papa menelefon aku. Jari jemari aku dengan lajunya menyapu skrin telefon tersebut.

"Hello papa. Kenapa papa call Qaira? Mesti papa rindu Qaira kan? Mama macam mana mama? Sihat?"aku bertanya laju.

" Eh, kot ya pun bagi la salam dulu. Haishh bertuah punya budak. Hmm. Nasib baik papa tak dak penyakit jantung. Kalau tak." papa bersuara.

"erk sorry yer pa. Qaira excited sangat bila pa call Qaira tadi. Papa tak rindu Qaira ke? "aku bersuara separuh merajuk.

" Eh Qaira ni. Dah jadi wife orang pun still perangai macam budak- budak je. Mestilah papa rindu. Qaira kan satu- satunya anak papa."papa berkata. Nadanya seperti memujuk.

Aku terdiam disitu. Hendak menangis rasanya.

". Qaira macam mana tinggal di rumah Iz? Okay tak? "papa akhirnya bersuara.

"okay je. Mummy baik sangat. "aku menjawab.

"Alhamdullilah. Papa happy sangat kalau Qaira dah suka. Ouh ya, Qaira kelmarin doktor Sufi ada call papa. Dia cakap Qaira ada appiontment dengan dia besok. Qaira pergi ye nak? "papa bertanya disitu.
Aduh rawatan lagi. Aku dah malas dengan semua rawatan ni. Psikologi sangat.

" tapi pa, Qaira nak pergi dengan apa? Kereta Qaira kan ada dekat rumah papa. Macam Qaira nak pergi buat treatment tu?"aku cuba memberi alasan.

"eh, dah kamu tu bersuami. Suruh la suami kamu pergi hantar sekejap." papa memberi idea yang membuatkan aku mengeluh panjang. Izmer lagi. Semak dunia. Gelap gelita.

"hmm ye la pa. Nanti Qaira mintak dia tolong hantar. "aku mengikut saja arahan papa. Tidak mahu melawan kehendaknya. Sebab apa? Sebab dialah satu- satunya papa aku dunia dan akhirat.

Aku bingkas bangun dari tempat dudukku. Mencari satu susuk tubuh yang menjengkelkan. Hmm mana pergi pulak mamat ni? Aku meninjau si sekitar kawasan ruang tamu yang sebeasar amat itu. Tiada kosong. Pencariaanku beralih pula pada laman yang terdapat di tepi kolam. Cantik tempat ni. Boleh la jadi port untuk aku melepak sambil baca novel lepas ni. Tak payah la aku nak menghadap je muka mamat tuh dalam bilik.

"kau nak apa? Terhendap- hendap macam pencuri ni. "satu suara menegur aku dari arah belakang. Mesti mamat poyo tu. Bukannya tahu bagi salam ke, hai ke. Ni tak main serbu je.

Aku berpaling menghadapnya. Gulp! Aku dengan sepantas kilat membelakanginya semula. Manakan tidak mamat ni tak pakai baju. Hanya berseluar pendek paras lutut saja. Memang tak guna. Menyesal aku datang ke sini.

"dah aku dah tutup dah. Buat teruk lebih la kau ni. "dia berkata kepadaku.

Aku berpaling semula kearahnya. Dia sudah menutup badannya yang gemuk tuh dengan kain tuala. Gemuk ke? Entah, macam sado la orang kata.

" yang kau tak pakai baju tu kenapa?"aku berkata kepadanya. Nak tunjuk badan la tu. Mentang- mentang la orang gym. Bajet sado!

"kenapa?kau pernah tengok orang mandi kolam sambil pakai serban dengan jubah?"dia membidas kata- kataku. Amboi. Seronok dapat perli aku?

Aku hanya diam dan menjeling ke arahnya. Dia tersenyum sinis kerana berjaya membuat aku terdiam .

"kenapa kau cari aku?"dia bertanya.

"mana kau tahu aku cari kau?"aku mejawab soalan dengan soalan.

"dah tinggal kita dua je dalam rumah ni. Tentu la kau cari aku kan? Takkan la kau nak cakap dengan buchipul si kucing tu pulak?
"dia membalas. Kasar dan sinis.

"aku nak mintak tolong kau hantar aku dekat hospital besok. Aku ada appoinment dengan doktor. "aku akhirnya bersuara.

Dia diam tidak membalas. Aku memandang tepat kearahnya. Mahukan jawapan. Dia bersikap tidak endah dan sibuk melayan si kucing.

"kau dengar ke tak ni? Ke dah tersumbat telinga kau masuk air waktu mandi tadi?"giliran aku pula membidas.

Dia memandang ke arah aku.
" hrmm, ye la. Besok pukul 8. Kalau lambat aku tinggal. "dia bersuara lalu meninggalkan aku di laman itu seorang diri. Aman dunia. Tenteram jiwa. Aku bangun dan duduk du buaian yang berdekatan . Tenang sangat disini. Angin meniup lembut daun- daun yang berguguran. Cantik . Aku mencapai phone dan ear phone dan mendengar lagu. Aku terlelap disitu. 

Mr vs Mrs AmnesiaWhere stories live. Discover now