Bab 14

136 10 0
                                    

Derap beberapa langkah manusia yang cuba melusuri ruang-ruang yang terdapat di restaurant itu sudah cukup membuatkan aku sedikit terganggu. Anak mataku mula meliar mencari tempat duduk. Aku memerhati meja di hujung sekali. Nampak tenang dan jauh dari kesibukan orang ramai. Dengan segera aku melabuhkan punggung disitu. Selesa. Makanan mula dijamah. Air yang dingin dan kelihatan menyelerakan mula diteguk. Namun sesi melahap makanan aku terganggu dek kerana susuk tubuh yang mengganggu pandangan kasarku.

" Kau Qaira kan?" soalan mula diaju setelah gadis tersebut duduk dihadapanku tanpa dijemput. Entah dari manalah datangya perempuan ini? Kenapa aku  seperti mengenalinya?

" Kau siapa?" aku menjawab pertanyaannya dengan soalan . Sengaja aku menguji dirinya. Salam tidak diberi. Duduk tidak dijemput! Memang agak kurang ajar namanya!

"Hey, penting ke kau tahu nama aku? Aku cuma nak sedarkan kau yang Izmer tak layak kahwin dengan kau! Kau dah rampas Iz dari aku!" dia bersuara kasar dengan nada menjerit. Beberapa pasang mata memerhati ke arah mejaku dek kerana muncul perempuan yang berperangai aneh ini.  Makhluk apa la dia ni? Ada jugak manusia macam ni? Aduh parah hidup.

" Macam ni la Cik Puan Datin Tanpa Nama, saya tak tahu apa yang awak cakap macam orang gila ni. Tapi cik dah ganggu ketenteraman saya di tempat awam. Saya harap cik boleh beredar dari sini sebelum saya menelefon polis dan mendakwa cik mengganggu ketenteraman saya. Sila beredar! " aku bersuara tegas kepadanya. Sengaja aku menekankan sedikit perkataan polis disitu. Aku memandang tepat kearahnya sambil mengangkat sebelah kening.

" Kali ini kau memang terlepas , tapi ingat aku tak akan berdiam diri selagi Iz berada dekat tangan kau!" satu ayat yang menyakitkan hati dihadiahkan buat aku sebelum perempuan alien tuh berambus.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Selera melahap aku terbantut disitu. Segera aku meninggalkan makanan yang baru setengah dijamahku. Aku bingkas bangun dengan segera meninggalkan restaurant itu.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Assalamualaikum". Aku memberi salam .

" Waalaikumusalam". Satu suara yang aku rindui  menyahut dari dalam rumah. Suara mama.

" Ya Allah Qaira. Masuklah. Dah lama ke sampai?" mama bertanya.

"Eh takla , baru je sampai ni." aku bersuara.

" Ishh budak bertuah ni nak datang tak nak bagitahu. Ni Iz mana? Kenapa tak datang sekali?" mama bertanya soal menantu kesayangannya. Ingat nak tanya khabar aku ke, ni tak mamat tu yang dia tanya dulu.

" Dia tak datang mama. Dia kerja. Qaira datang sorang je. Saje rindu dekat mama. " aku bersuara sambil memeluk erat mama.

" Ye laa tu kamu ni. Baru je pindah dah rindu mama. Kamu dah mintak izin suami kamu ke nak datang rumah mama ni? " mama bertanya lagi.

"Eh takkan nak ke rumah mama sendiri pun kena mintak izin ma?" aku bersuara.

" Astaghfirullahlazim Qaira, dia tu kan suami kamu. Mestilah kamu kena mintak izin. Kamu tu tanggungjawab dia. Nanti dia balik mesti risau tengok kamu tak dak dekat rumah. " mama dah mula dah sesi meleternya. Aku hanya mengangguk saja tanpa membantah.

" Dah, kamu call la suami kamu tu cakap kamu datang rumah mama." mama berkata. Aku hanya menggangguk.

" Mama minggu depan Qaira nak balik kampung Iz. " aku memberitahu kepada mama.

" Eh eloklah tu boleh laa la kamu rapat dengan keluarga Iz. Nanti dekat sana kamu jagalah diri kamu elok-elok. Jaga etika sama. " mama dengan seribu pesannya.

Mama cakap bagus? Aduh! Aku ingat mama tak setuju. Macam mana aku nak sesuaikan diri dengan keadaan disana? Dengan family dia? Dah la jauh. Aduh!

" Mama Qaira rindu nak makan masakan mama la. Mama masak untuk Qaira yer? " aku dengan nada separuh memujuk. 

" Ye laa . Jum tolong mama masak. " mama berkata kearah aku .

Aku bingkas bangun kearah dapur mengikuti mama. Kejap lagi aku nak makan puas-puas! Geram rasanya apabila aku tidak sempat makan disebabkan perempuan tu!

Mr vs Mrs AmnesiaWhere stories live. Discover now