Aku memerhati sekeliling melihat beberapa ragam manusia di hospital. Masing masing dengan cerita masing- masing. Kebanyakkan dekat sini banyak wajah yang masam mencuka. Mungkin mereka juga seperti aku. Terpaksa. Atau sebaliknya? Entah. Aku cuma mampu meneka dengan rasa hatiku yang tidak pasti. Membuat andaian kosong. Aku terus meluru ke kauter. Terdapat dua orang jururawat dekat situ. Mungkin sebaya aku. Dia melemparkan seyuman buatku.
" Erk nurse? Boleh saya jumpa dengan Doktor.."kata- kataku terhenti disitu. Alamak! Aku lupa nama doktor pulak. Aduih!
Aku mencapai beberapa keping kertas yang diberikan oleh papa. Hendak mencari nama doktor tu punya pasal la!"Cik ni nama Qaira Syahleeda ke? "nurse tersebut bertanya.
" Ahaa. Ye nama saya. "aku menjawab laju.
" Ouh cik ni la yang doktor Sufi cari tadi. Dia dah lama tunggu cik. Cik ada appointment dengan dia. Sila ikut saya. " nurse tersebut berkata ramah. Dengar macam pelik je kan? Yelah , selalu patient yang tunggu doktor. Ni tak. Doktor yang tunggu patient kan?
Aku dengan nurse tadi berhenti melangkah apabila kami tiba di hadapan sebuah bilik. Tertera di hadapan bilik itu 'bilik rawatan psikologi' . Nampak agak menakutkan. Jelas terpampang disitu nama Doktor Sufi. Entah rawatan apa lah yang dia nak buat dekat aku.
Setelah mengucapkan terima kasih kepada nurse tersebut aku melangkah memasuki bilik rawatan tersebut. Kelihatan seorang doktor sedang duduk diatas kerusi sambil membelakangi aku. Terdapat juga seorang nurse yang berada ditepinya bersama beberapa file.
"Assalamualakum " aku memberi salam .
"waalaikumussalam." doktor bersama nurse tadi menjawab serentak.
" Ya! Awak mesti Qaira kan? Anak Dato Khaleed?"
Aku hanya mengangguk dan tersenyum membalas pertanyaan doktor tersebut.
"Hmm akhirnya dapat jugak saya jumpa awak. Dah berapa kali awak cancel appointment dengan saya. By the way, nama saya Doktor Sufi. Saya akan merawat awak sepanjang tempoh terapi psikologi awak ni. "dia berkata panjang lebar. Kedengaran ada sedikit nada memerli aku disitu . Amboi doktor ni bukan main perli aku?
Aku hanya mengganguk dan tersenyum. Berharap sesi ini akan berakhir dengan cepat. Doktor yang kelihatan muda ini juga tersenyum lama memandang aku. Aik? Dah kenapa doktor ni? Tenung muka aku macam nak telan aku hidup- hidup je. Tahu la aku tak datang appoinment dengan dia. Nurse disisinya berdeham berberapa kali menyedarkan doktor ni.
Dia tersedar dan tersenyum sendirian. Memang doktor psikologi memang macam ni kot?
" So, cik Qaira should we start your treatment? " doktor itu bertanya. Aku hanya mengganguk. Lagi cepat mula, lagi cepat la habis kan?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Kamilia berjalan laju di airport. Dia tidak peduli sesetengah org yg memerhati ke arah nya. Baginya tidak ada yg lebih penting melainkan Izmer."Hello, Rina kau kt mana? Aku dah sampai ni!" Kamilia bersuara kasar pada suara yg baru singgah ditelinganya melalai corong phonenya.
Dia mematikan talian beberapa saat kemudian. Terasa panas dan bahang saja mukanya. Dia merenget sendirian kepanasan. Haish mentang-mentang baru balik dari luar negara katakan. Memang menyampah.
Seketika kemudian muncul gadis berskirt pendek dan berbaju kemeja ketat dengan kasut kasut tinggi nak mampus!
"Lia! " Rina menjerit memanggil Kamilia.
" I miss U so much darl. Mana U pergi ni? U tahu kan, Izmer dah kahwin? I ingat dia kahwin dengan U. What happen beb?" Si Rina bertanya laju apabila bersua dengan Kamilia.
" Eh, kau ni, tak boleh ka jangan tanya soalan yang menyakitkan hati?
"erk , sorry laa aku excited sangat nk tahu psal ni. " Rina tersenyum macam kerang busuk memandang ke arah Kamilia.
"dah la aku lapar ni. Jom pergi makan. " Kamilia bersuara sambil mengheret bersama beg rodanya.
••••••••••••••••••••••••
Izmer menangkap satu bunyi ketukan dari arah pintu biliknya.
" Masuk" . Izmer bersuara tanpa memandang ke arah pintu.
" Woi , sibuk semacam je aku tengok. " Haikal bersuara setelah berjaya meloloskan diri daripada pintu itu. Dia duduk di atas sebuah sofa empuk menghadap ke arah meja Izmer.
"Ada apa kau masuk ni? Dah siap ke kerja? " Iz bersuara kepada Haikal tanpa memandang.
Haikal tersenyum tanpa dipinta.
" Kau ni dah masuk waktu lunch dah ni. Kau tak nak pergi lunch ka? " Haikal bertanya.
" Banyak lagi kerja yang aku belum siap ni. Dah seminggu aku tak masuk office . Macam-macam kerja aku kena buat." Izmer bersuara separuh merungut.
" Tu laa kau masuk office awal sangat? Tak macam pengantin baru langsung. "Haikal berkata kepada Izmer. Dia sebenarnya agak kagum dengan Iz ni. Walaupun dia bos, tapi kerja tetap mahu siapkan tepat pada masanya.
" Woi kau ni kenapa? Tengok aku semacam je? Jangan-jangan kau ni.." izmer bersuara.
" Woi kalau kau habiskan ayat kau tuh aku pecahkan muka kau" Haikal bersuara geram sambil menunjukkan penumbuk.
Izmer dengan laju menghamburkan tawanya.
" Kau macam mana sekarang lepas kahwin? Qaira macam mana?" Haikal bertanya.
Izmer memandang tepat ke muka Haikal dengan wajah yang terkejut. Wajah nya macam oranh kena sampuk hantu je.
" Alamak, aku lupa la Kal. Aku kena ambik minah tuh dekat hospital. " Izmer bersuara cemas sambil mencapai kunci kereta.
" minah mana pulak ni? " Haikal bertanya bingung.
"Qaira. " jawab Iz sepatah.
" Habis tu aku nak lunch dengan siapa woi? " Haikal bertanya . Namun soalannya tidak dijawab. Izmer keluar dengan tergesa-gesa.
Hai la Iz, sayang jugak kau dekat bini kau tuh. Sampai sanggup tinggal aku. Haikal menggeleng kepalanya memandang nasibnya yang tidak lagi mempunyai teman hidup. Aduhai nasib.
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...