Petang itu aku bersendirian di rumah dan hanya ditemani oleh orang gajinya,Mak Jah.Akumenuruni anak tangga dan menuju nke dapur untuk membasahkan tekaknya.
"Cik Qaira nak makan apa-apa?Mak Jah boleh tolong masakkan."tiba -tiba Mak Jah menyapa aku dari belakang membuatkan air yang diteguk aku hampir tersembur.
"Ish Mak Jah ni bagi la salam dulu terkejut Qaira tau.Nasib baik air ni tak tersembur."
Mak Jah hanya mengganguk meminta maaf kepada akau.Aku hanya tersenyum sahaja melihat telatah Mak Jah yang kuat melatah ni.
"Cik Qaira, boleh Mak Jah tanya sikit?"
"Tanya je lah Mak Jah.Buat tak biasa pulak"
"Cik Qaira ni sakit apa?Datin cakap apa tu penyakit Qaira,,erk,,amne..amnesi apa entah?
"Amnesia la Mak Jah.Amnesia tu penyakit untuk orang yang hilang ingatan.Penyakit ni terjadi sebab ada hentakkkan dekat kepala Qaira ni meyebabkan ada getaran pada saraf otak Qaira.Tapi doktor cakap Qaira ni half amnesia.Ada sesetengah perkara saja yang Qaira ingat.Sebab tu Qaira boleh ingat mama,papa Mak Jah kawan-kawan Qaira."jelasku panjang lebar mengalahkan doktor pulak.
"Oh,habis tu Qaira tak ingat la dekat Iz?"Mak Jah bertabya lagi
"Iz?ye la tunang Qaira."Mak Jah berkata
Aku hanya menggeleng kepala sahaja.Tidak mampu aku berkata apa-apa mengenai lelaki itu.Tiada lansung memori aku bersamanya.Telefon di ruang tamu berdering membuatkan aku mengatur langkah dengan cepat.Itu mesti panggilan dari mama pada jangkaanku.
"Asslamualaikum, "aku memulakan bicara
"Hello, boleh aku cakap dengan Qaira?"satu sura garau pula yang menyahut disitu
"Ye saya,ada apa?"aku cuba berbasa basi pada suara itu
"Ni aku Izmer,aku nak jumpa kau boleh petang ni.Ada hal sikit aku nak cakap dengan kau.Starbuck cafe Pavillion pukul 5 petang."
Tut..tut..talian dimatikan.Fuh ,salam tak dijawab tiba tiba ajak aku keluar.memang mamat ni bukan setakat hilang ingatan,gila pulak.Lagi teruk dari aku.Haishh dia ni nak ajak aku keluar dating ke?Ishh mati aku karang.
********************************
Dicelah manusia yang ramai aku cuba menyelinap masuk setelah aku memakirkan kereta.Aku melirik pada jam di tangan aku.Masih awal.Pukul 4.50.Aku mencari disekitar mencari satu susuk tubuh yang ingin bertemu dengan aku.Entah cukup berdebar perasaan aku.Aku cuba membetulkan tudung aku.Sempurna .
Tiba -tiba satu suara berdeham di belakangku menyedarkan aku.
"Bila masa pulak dia ni sampai?aku mula bertanya dalam hati je la.Aku mengikut saja langkahnya sehingga dia melabuhkan di salah sebuah kerusi di situ.Aku duduk menghadap dirinya.
Dia memesan minuman.Aku juga.Lama kami berdiam di situ.Kelu tanpa bicara.
"Kau tahu kan?"akhirnya dia bersuara mengejutkan aku.
"Maksud kau?"aku menyoal kembali.
"Aku tak suka perkahwinan ini."dia menjawab selamba.
"Ahh aku pun tak suka ingat kau sorang ke?"aku membidas kembali
"Oh bagus la kalau macam tu!Kau mintak la kau parents kau untuk putuskan pertunangan ni kan?Mudah kan?
"Tak mungkin!" aku bersuara laju.Entah dari mana aku dapat keberanian sebegitu rupa untuk bercakap dengannya.
"Aku dah janji dengan parents aku tak nak sakitkan hati diaorang.Engkau pun tak sepatutnya sakitkan hati mereka."aku berceramah pula disitu.
"Habis engkau sanggup habiskan hidup kau dengan orang yang kau tak cinta?"dia berkata pula.
Aku terdiam disitu.
"Sorry aku nak ke ladies"aku cuba mencari ruang disitu.
Setelah aku kembali, dia tiada lagi disitu.Dah balik agaknya.Menyusahkan hidup aku ja.Haishh mamat ni.
****************************
Aku memandu keretaku tanpa tujuan.Hendak balik,tiada siapa.Mama dengan papa pun bercuti lama sangat.Hadoihh..
Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.Mira.Apa khabar dia sekarang .Dah lama aku tak jumpa dia sejak kemalangan haritu.Baik aku ke rumahnya.
"Assaalamualaikum,"aku memberi salam.
"Waalaikumussalam,"suara di dalam menyahut.Aku cukup mengenali suara itu.
"Ya Allah Qaira."lantas dia memeluk aku.Berjujuran air matanya seperti melihat cerita korea yang part sedih pulak dekat sini.
Aku mengesat air matanya."Tak nak jemput aku masuk ke?"aku menyoal.
'"Ehh masuklah Qaira,."Mira berkata kepadaku
"Kau macam mana sekarang?Sihat?"Mira menyoal aku.
"Macam ni la aku.Lost memori."aku berkata sambil tersenyum kepadanya.
Dia menggangguk tanda memahami.
"Aku mintak maaf la Qaira, aku tak boleh melawat engkau waktu kau kemalangan haritu.Aku baru lepas bersalin"ujar Mira
"What, kau dah bersalin Mira?Baby boy ke Baby girl?.aku bertanya teruja.
Girl.Mira berkata sepatah.
Mira bingkas bangun dan mendukung bayi comelnya yang berada dalam buaian.Aku tersenyum melihat kebahagiaan Mira
"Husband kau mana?"aku berkata.
"Dia kerja la.Mira mejawab.
"Qaira, kau dengan Izmer macam mana?.Mira cuba bertanya.
Aku terdiam sejenak di situ
"Entahlah Mira,aku sendiri pun tak faham dengan situasi aku sekarang.Banyak sangat yang berubah tentang life aku sekarang ni.Tentang mamat tu ,entah.Tak menyenangkan hati langsung."aku bersuara
Mira hanya ketawa kecil kepada ku.Apa yang lucunya aku pun tak tahu.
"haish kau ni Qaira, dulu bukan main sayang sekarang, benci pulak?Adoihh."Mira berkata sambil menyambung kembali ketawanya.
Aku hanya tersenyum.Sayang?Betul ke aku sayang dekat dia dulu?Hurm menyampah adalah.
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...