Phone yang dari tadi di pegang dilemparkan . Amarahnya dihembuskan dengan kata - kata kesat. Bengang rasanya dia terhadap mesej dan gambar yang baru diterimanya.
" tak guna punya perempuan!. Sepatutnya aku yang kahwin dengan Iz bukan kau. Kau tak layak untuk Iz! " Kamilia menempik kuat melepaskan marahnya. Pernikahan Izmer dan Qaira meyebabkan dendamnya membuak- buak. Kebenciaanya terhadap Qaira makin menjadi- jadi. Dia tidak boleh membiarkan Izmer dan Qaira hidup bahagia. Padanya, hanya dia sahaja yang layak untuk bersama dengan Iz.
"Hello Zack, aku nak kau tolong aku. "Kamilia berkata pada suara yang baru dihubunginya. Dia mesti memiasahkan Qaira dengan Izmer! Dia perlu merencanakan sesuatu!
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Qaira menarik bagasinya yang besar kedalam sebuah bilik yang besar. Dia tercungap- cungap setelah sampai di dalam bilik tersebut. Bukan apa, dia terasa agak penat kerana terpaksa mengangkat beg yang beratnya 5 kilo lebih . Boleh patah tangan dibuatnya kalau terpaksa mengangkat beg seperti ini setiap hari."ish Qaira tak payah la nak angkat beg berat tu. Nanti Iz tolong angkatkan."mummy menegurku setelah melihatku berulang-alik mengusung barang kedalam bilik.
"eh tak pa lah mummy. Ni semua barang Qaira juga. "aku bersuara pada mummy. Mummy hanya tersenyum memandang aku. Kelihatan Iz pula mengangkat barang melintasi aku dan mummy. Laju saja langkahnya. Macam askar la pulak.
Setelah sampai dibilik ,aku melihat Iz sudah terbaring dengan mata tertutup. Tidur agaknya. Aku meliar mencari almari kosong untuk mengisi pakaianku. Kelihatan almari dihujung sudut sudah terbuka luas. Hmm kosong. Boleh la aku isi pakaian aku. Dengan segera aku menarik pakaianku dan memasukkan kedalam almari sehingga selesai . Berpeluh- peluh juga aku walaupun melakukan aktiviti melipat baju sahaja. Dengan itu aku mengambil keputusan untuk mandi. Aku mencapai baju,seluar,kain tuala dan lain - lain lalu dibawa masuk kedalam bilik air.
Usai mandi, keluar dan menyikat rambut di meja solek. Kelihatan pelbagai jenis koleksi minyak wangi tersusun disitu. Kelihatan semuanya mahal- mahal belaka. Boleh tahan membazir jugak mamat ni.
Aku cuba memegang dan memerhatikan satu per satu."jangan usik barang aku. Nanti pecah kau jugak kena ganti" Izmer bersuara dari atas katil.
Eh, bila masa pulak mamat ni bangun. Huish , kedekut gila. Ingat aku tak mampu ke nak ganti semua ni? Aku mampu tau! Hanya hatiku bersuara.
Aku menjeling ke arahnya. Tidak mahu aku berbahas dengan mamat bajet bagus macam ni. Menyampah sangat! Aku menyambung lagi sesi menyikat rambut aku. Izmer memerhati aku lagi. Entah apa yang tidak kena lagi pun aku tak pasti. Yang pasti, aku dah tak usik kan barang dia? Tak puas hati apa lagi mamat ni?
"cantik jugak kau tak pakai tudung ni. Macam nora danish pulak aku tengok. "Izmer bersuara yang menyebabkan aku cepat- cepat menarik kembali tuala untuk menutup rambut aku.
" kenapa kau nak tutup pulak? Aku kan suami kau. Lagipun aku tahu kau suka aku kan? Sebab tu kau ajak aku kahwin. "Izmer berkata sambil mendekatkan dirinya dengan aku.
Ish mamat ni kenapa pulak. Gedik semacam je. Entah- entah gila kot? Aku membisukan diri dan biar dia berbicara seperti orang yang kurang waras disitu.
"Qaira, kau tak takut ke tinggal satu bilik dengan aku ni? Mana tahu entah malam nanti aku...."belum sempat Iz menghabiakan ayatnya aku segera bingkas bangun dan menuju kedalam bilik air. Makin menjadi- jadi nampak penyakit gila dia ni. Nasib baik aku sempat selamatkan diri kalau tak, habis aku!
Izmer kemudian menghamburkan tawanya. Suka benar dia melihat Qaira dalam ketakutan begitu. Biar dia tahu rasa sikit.
"kenapa takut ke Cik Puteri Gunung Ledang Nora Danish? "Izmer berkata sambil menyambung kembali tawanya.
Qaira hanya diam membisu. Ikutkan hati nak je aku sumbat sabun mandi ni dalam mulut mamat tu. Geram betul dia dipermainkan begitu. Tunggulah kau! Hari ni memang hari kau! Esok lusa kau tahu la nasib kau!"Erk cik puteri gunung ledang nora danish, mummy panggil makan dekat bawah. Cik puteri tak nak makan ke? Ke cik puteri makan sabun dalam bilik air tu?
Ketawanya terhambur lagi. Qaira keluar dari bilik air tersebut setelah Izmer berlalu pergi. Fuh, lega dah berambus pun mamat tu. Qaira memakai tudung dan bersiap sedia untuk turun makan bersama ahli keluarganya yang baru.
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...