Bau rempah kari yang menembusi ke dalam aroma hidung aku membuatkan aku menapak keluar dari bilik itu. Aku menuruni anak tangga dengan cepat. Tidak pasti kenapa aku berbuat demikian . Adakah aku lapar atau perasaan ingin tahu aku mengatasi segala-galanya. Aku menjengah ke dapur memerhati. Tepat tekaan aku bau masakan Mummy. Aku mendekati Mummy.
" Ada apa-apa yang Qaira boleh tolong ke Mummy?"aku bertanya pada susuk tubuh yang membelakangi aku.
Dia tersenyum .
" Eh tak pa la Qaira. Qaira kan baru balik dari hospital. Pergi la berehat. " Mummy berkata.
" Tak pa la Mummy. Qaira boleh je tolong mummy. Tak pa biar Qaira potong bawang ni yer?" aku menawarkan diri sambil memulakan kerja pemotongan bawang. Lepas ni comfirm berair mata aku macam baru lepas tengok movie hindustan.
" Mama masak lauk apa tu?" Aku bertanya setelah selesai memotong bawang.
" Kari ikan. Ni makanan fav Iz tau. Dia kalau nak makan kari mesti suruh mummy yang masak. Tak nak orang lain dah. Qaira pon nanti kena la tahu masak kari ni. Suami ni kena pandai pikat perut dia dulu. " mummy bercerita panjang lebar.
Aku tersenyum memandang ke arah mummmy. Kalau la mummy tahu betapa menyampahnya aku dekat anak dia mesti dia tak sanggup cakap macam tuh. Kenapa la Iz tak boleh baik macam mummy dia?
•••••••~•••••••••••••••••••••••••
Usai makan dan mengemas aku meminta diri untuk naik ke dalam bilik. Aku malas hendak menonton tv bersama mereka. Bukan apa, aku malas menghadap mamat tuh yang acah-acah sweet depan family dia. Ada ke patut dia cakap aku yang ajak dia pergi honeymoon? Haish dasar sewel punya mamat!
Aku membuka laptop dihadapan aku. Macam biasa, aku akan kembali menulis novel-novel aku yang dah lama aku tinggalkan. Aku terpana melihat gambar-gambar yang terdapat dalam laptop tu. Kebanyakan gambar aku dengan mamat tu. Macam tak caya pulak tuh gambar aku dengan dia.
Aku segera menutup kembali laptop setelah menangkap bunyi pintu yang terkuak.
Mamat tu. Sedang memerhati ke arah aku. Aku berpura-pura tidak perasan dan mencapai handphone aku berserta bantal dan selimut. Macam biasa aku akan tidur dekat tempat fav aku. Atas sofa.
" Daddy dengan Mummy nak kita pergi honeymoon hujung bulan ni. " mamat bajet bagus tuh akhirya bersuara.
" Aku tak nak. " jawab aku ringkas.
" Kau fikir aku nak ke?" soalan sinis muncul dari mulut mamat tu.
" Habis tu tak payah la pergi" aku berkata.
" Dulu ada la sorang minah ni pernah nasihat aku. Dia cakap kita tak patut sakitkan hati parents dan hancurkan harapan mereka. " Iz bersuara mengejek.
Aku menjeling penuh kebenciaan. Ada saja la benda yang menyakitkan hati kalau cakap dengan mamat ni. Aku mengeluh panjang.
"Hmm. Suka hati kau la. " aku berkata malas melayan.
Dia menghamburkan tawanya dengan meriahnya. Apa yang kelakar pon aku tak tahu. Aku memandang tepat ke arahnya. Dah sewel agaknya.
" Kau ni memang spesis yang pelik kan? "dia bertanya kepada aku yang membuatkan telinga aku berdarah.
" Pelik? Aku rasa kau lagj pelik. Ketawa tanpa sebab." aku membidas kembali.
" Tak la , aku ketawa sebab kau tu mudah sangat percaya orang. Lurus bendul sangat. " dia menyambung lagi sesi mengutuk aku. Amboi banyak cantik muka kau. Dari tadi cakap aku macam-macam. Tak boleh jadi ni. Aku bingkas bangun dan memukul badan mamat tu. Dengan bantal la. Sekuat-kuat hati. Geram aku rasanya. Aku tersenyum puas .
" Kau ni kenapa? Senyum sorang-sorang? Dah gila agaknya.
Alamak! Aku berangan je la tadi. Ishh malu la.
" Eh tak dak apa la. Nak pergi honeymoon dekat mana? " aku bertanya mengubah topik.
"Bila masa pulak nak pergi honeymoon ni? Aku cakap kau kena ikut aku balik kampung hujung minggu ni. "dia membalas.
Aduhai ! Apa kena dengan aku ni? Berangan tak tentu pasal.
" Ouh ye ke? Haa . Tak pa la aku ikut kau nanti . Erk, haa bye. Goodnight. Aku tidur dulu. " aku segera menarik kembali selimut setelah menghabiskan ayat aku. Malunya hanya Allah je yang tahu. Aduh!
" Ke kau memang teringin nak pergi honeymoon? Kalau nak honeymoon dekat sini pun boleh." mamat tuh berkata lagi. Gulp.
Dia buat dah.Haishh. Padan muka aku sapa suruh cari penyakit sangat. Kan dah kena.
" Diam laa!". Aku bersuara.
Tawanya terhambur laju. Seronok la tu dapat kenakan aku.
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...