"Hello sayang, you ada dekat mana?I nak jumpa you sekarang kat tempat biasa.Malam ni I datang jemput you okay"Izmer terus mematikan talian telefon setelah menghabiskan kata-kata itu.
Izmer yang berpakain baju t berkolar bulat bersarung jaket mahalnya memandu keretanya.Tujuan hanya satu, dia mesti memberi tahu Kamilia mengenai gadis Qaira yang muncul dalam hidupnya tanpa di undang.Kehadiran Qaira beberapa hari lepas dalam hidupnya membuatkan dia berasa satu musibah yang melanda hidupnya.Pada fikirannya Qaira hanya perempuan murahan yang meminta simpati untuk berkahwin dengannya.
"Ahh, tak mungkin aku akan kahwin dengan perempuan yang macam tuh!Kenapa mama dengan papa beria-ria nak aku kahwin dengan dia?Apa yang istimewanya perempuan tuh?Tak kan disebabkan aku hilang ingatan mama dengan papa nak aku kahwin dengan perempuan tu?Argghh!!"
Kemarahan Izmer makin membuak-buak.Hanya amarah, benci dan meyampah saja yang mampu dia tafsirkan jika teringatkan hal Qaira.
Setibanya kereta Izmer dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat,muncul seorang gadis yang berskirt singkat.Kelihatannya tergesa gesa memasuki kereta Izmer.
"You ni kenapa?Macam ada masalah jer?Kenapa you kalut sangat ni?Ada apa-apa hal ke?Izmer mengaju soalan
"Eh tak da apa-apa la.You la lama sangat.Penat tau I tunggu you."gadis berambut perang itu bersuara manja sambil menghadiahkan kucupan di pipi Izmer
"Lia, sebenarnya I ajak you sebab I ada hal nak you tahu tentang family I.I tak tahu macam mana semua boleh berlaku.Yang I tahu parents I nak I kahwin dengan perempuan mana entah yang tiba-tiba muncul sebagai tunang I.Izmer bersuara.
"What?Habis I macam mana?I sayangkan you Iz.I nak kahwin dengan you.Takkan you sanggup tinggalkan I sebab nak kahwin dengan perempuan tu?"
"Lia ,listen I pun tak hadap nak kahwin dengan perempuan tuh.I sayangkan you.Tak mungkin I nak kahwin dengan dia.
"Habis tu sekarang macam mana?Takkan you nak melawan cakap parents you?"Kamilia menyoal Izmer
Izmer hanya mampu meraup wajah tampannya seraya melepaskan keluhan yang berat.Dia hanya memandang jauh tanpa sebarang kata.
"Iz, why not you mintak perempuan tu putuskan sendiri pertunanagan you dengan dia.?Mesti dia setuju kan?Sebab si Qaira tu kan tak cintakan you?Kamilia cuba memberi idea sambil tersenyum sinis
"Hurmm..bagus juga idea you tu.At least bila parents I tanya I boleh cakap yang dia sendiri nak putus tunang kan?Bijak la you ni.Tak sia sia I jumpa you!Tapi mana you tahu nama dia Qaira?"
"Erkk,, tadi kan you ada sebut.Mesti you lupa kan.?"Kamilia menjawab dengan tergagap-gagap.
Izmer hanya menggangguk sambil tersenyum.Kini dia hanya perlu berjumpa dengan Qaira untuk memastikan rancangannya berjaya.Perkahwinan antara dia dan Qaira tidak boleh terjadi pada hasratnya.Dia tidak mahu gadis bernama Qaira menjadi isterinya.
*******************************************
"Qaira .."mama memanggil namaku dengan lembut menyedarkan aku dari lamunan.
"Ya ibu ,ada apa?Ibu panggil Qaira ke tadi?"aku cuba mandang wajah manis ibu.Benar kata orang, wajah ibu saling tak tumpah macam arwah nenek.Rindu aku pada nenek semakin terasa.
"Kamu ni termenung jauh sangat sampai ibu panggil pun kamu tak sedar."ibu meleter
"Tak la ibu.Papa mana ibu?Pergi pejabat ke?"Qaira cuba mengubah topik
"Papa kamu tu pagi pagi lagi dah keluar.Dia ada mesyurat dekat JB dengan Ahli Lembaga Pengarah."
"Oh.Lama rasanya Qaira tak pergi office ma.Kesian dekat papa uruskan office tu sorang-sorang"aku mengadu
"Kamu tu yang penting bagi betul betul sembuh dulu baru fikirkan hal orang lain pulak.Ibu tahu kamu sebenarnya fikirkan pasal tunang kamu tu kan?"Mama cuba membaca fikiranku
Aku mendongak memandang lembut muka seraut wajah mama.Lantas satu senyuman aku hadiahkan buat ibu.
"Ma, macam mana life Qaira dengan mamat tu dulu?Erk, tak maksud Qaira macam mana Qaira boleh bertunang dengan dia dulu?Mama dengan papa ke yang aturkan?aku menyoal
"Qaira sayang mama dengan papa tak?"soalan aku dibalas dengan soalan dari mama.
"Mama ni, mesti la Qaira sayang.Walaupun Qaira hilang ingatan ke, hilang harta ke, atau hilang segala-galanya,tapi sayang Qaira tak kan hilang buat papa dan mama tau"aku berkata separuh merajuk
"Kalau Qaira sayangkan mama dan papa,Qaira janganlah kecewakan mama dan papa.Qaira kahwinlah dengan Iz yer?"
Mama tersenyum kepadaku tanpa sebarang kata lalu mengatur langkahnya ke arah dapur meninggalkan aku dengan seribu pertanyaan mengenai mamat tersebut.Benar dirinya masih tidak dapat menerima kehadiran lelaki tersebut.Bagaimana dia mahu menjalani kehidupan dengan orang yang langsung tidak ingati dan dicintai?Ahh, kepalanya terasa berat lalu dia mengambil keputusan untuk berehat di dalam biliknya.
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...