Air oren yang berada di hadapanku diteguk pelahan. Ahh nikmatnya. Ditambah lagi dengan cuaca terik yang terus membahang di muka. Memang kenalah! Tekak aku bagaikan bersorak riang menerima tegukkan demi tegukkan. Terasa bahagia sebentar walaupun cuma seteguk air. Kerek betul! Aku mencapai phone di dalam handbag. Masih awal lagi aku nak balik. Baik lepak dulu kan? Bukan senang aku nak keluar sorang macam ni. Kalau orang lain tengok mesti kata aku ni forever alone kan? Arghh lantaklah! Bukan diorang tahu hidup aku. Lagipun aku tak kenal diorang pon.
" Erk assalamualaikum? Awak ni Qaira kan? " satu suara menerjah. Dia mengiringkan kepalanya seolah olah meminta aku untuk mengenalinya.
"Waalaikumusalam. Awak siapa yer? Saya kenal awak ker? " aku bertanya bodoh disitu . Seolah olah orang hilang ingatan. Jap, memang aku hilang ingatan pun. Aduhh. Siapa pulak laa mamat ni? Kawan aku ker?
" Eh ni sayalah! Doktor Sufi yang buat treatment untuk awak haritu. Awak tak ingat ker? " mamat tersebut bersuara sambil ketawa kecil.
Eh mamat ni! Ingat dia sorang kot doktor aku. Dia tak tahu ker aku ni dah berpuluh doktor dah aku jumpa. Memang tak lah aku nak hafal nama korang! Aduh sengal jugak!
"Ouh yaa doktor. Yaa saya ingat! " aku berbasa basi. Berpura pura mengingatinya. Padahal, plastik gila!
"Boleh saya duduk?" dia bertanya
Ish dia ni. Tadi mintak orang kenal.nama dia, lepas tu nak mintak duduk pulak. Ishh. Mengada betul laa orang yang ada title doktor nih.
Aku hanya mengangguk kecil sambil tersenyum macam budak tak cukup umur!
"So awak macam mana sekarang ? Dah semakin pulih ker? "
Ni mesti nak suruh aku pergi hospital dia lagi. Aduh doktor ni memang menyusahkan hidup aku saja.
" Erk, haah. Saya dah okay dah doktor . Dah tak perlu jumpa doktor dah kan? . " aku berkata selamba sambil menampar kecil muka aku. Sakit tak? Memang sakit jugak laa kena tamparan di muka , tapi aku kena belagak seolah olah aku dah sembuh ni.
Doktor Sufi, aka "Doktor Busy Body" ni boleh pulak ketawa sambil mengeleng gelengkan kepalanya. Apa yang kelakar aku pun tak pasti. Aku syak doktor psikologi memang macam ni kut.
Aku hanya memandang kosong ke arahnya. Rasa menyampah mula menyelubungi. Macam nak hentak je kepala dia dekat singki depan tu. Baru dia tahu rasa kena penangan orang sakit macam aku ni.
Dia mula terdiam saat wajahku bertukar serius. Lalu dia melemparkan senyuman ala ala kerang busuk ke arah aku. Aku hanya tersenyum kelat. Malas hendak melayan, aku meminta diri untuk berlalu pergi. Bukan apa, takut nanti ada pulak yang masuk hospital sebab kena penangan aku nanti.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Setibanya dirumah , aku mengerling ke arah tempat garaj kereta. Iz dah balik? Awalnya dia balik? Selalunya petang petang baru la dia balik . Soalan itu aku biarkan sahaja berlegar dalam fikiranku. Langkah kakiku segera ku atur ke dalam bilik.Hampir terkejut aku apabila terlihat sekujur tubuh berselimut diatas katil. Apa kena dengan mamat ni. Takkan tengah hari buta macam ni pun nak berselimut bagai. Biar betul.
Aku segera turun kembali ke bawah untuk mendapatkan Mak Jah di dapur.
"erk mak Jah, kenapa Iz balik awal yer?" aku bertanya.
Mak Jah memandang pelik kearah aku sambil ketawa kecil. Mahunya tak ketawa, bila aku sebagai isteri Iz bertanya tentang Iz dekat dia. Kalau aku jadi dia pun aku pelik."Cik Qaira tak tahu ke? Tuan Izmer demam tu. Sebab tu dia balik awal. Mak Jah dah suruh dia makan ubat tadi , tapi dia tak nak. Cuba Cik Qaira pulak yang suruh. Mana tahu , pujukan seorang isteri ni mampu memujuk hati Tuan Izmer.
Aku hanya tersenyum kelat kearah Mak jah. Yer je la mak jah oi.
Aku mengatur kembali langkahku kedalam bilik. Aku duduk di birai katil ."Iz , awak okay tak ni?" aku bertanya soalan bodoh. Mestilah dia tak okay kan? Dah nama pon demam.
"Hmmmm..." Izmer membalas lemah.
Aku meletakkan tanganku keatas dahinya. Fuh! Tahap panas sampai tak boleh bawak bincang ni.
"Iz, kita pergi klinik yer. Badan awak panas sangat ni." aku berkata perlahan
Namun tiada jawapan yang diterima. Aku semakin gelisah. Mahu taknya , badan dah macam air panas dah tu. Aku segera memanggil Mak Jah untuk membantu aku memapah Iz ke dalam kereta. Aku mesti membawa dia ke klinik. Itu tekadku.
Setibanya di rumah, selesai segala urusan, aku bergegas kedapur untuk mengambil air. Terpaksalah aku menjadi jururawat Tuan Izmer harini. Kain tuala yang kecil juga aku letakkan di atas dahinya. Aku membelek ubat yang diberikan oleh doktor di klinik tadi. Aku teliti satu per satu ibarat jururawat profesional . Cewahh. Perasan laa kejap.
"Iz , awak makan ubat ni." aku berkata sambil menghulurkan beberapa biji ubat kepadanya.
Izmer dengan keadaan yang tidak bermaya mengikut sahaja arahanku. Buat pertama kalinya dia tidak membantah. Metanya kulihat lemah. Tidak pernah aku melihat dia berkeadaan sebegini. Perasaan kasihan mula menyelubungi. Ye la, aku ni nampak je kadang kadang perangai macam rocker, tapi dalam hati aku ada taman tau. Taman bunga rose. Hahahah. Melalut je kerja. Aku segera membaringkan Izmer sambil menyelimuti tubuhnya dengan selimut yang agak tebal.
"Cepatlah sembuh Izmer. Aku tahu kau kuat". Bisik hati kecilku.
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...