Aku menarik nafas sedalam- dalamnya. Cuba untuk mencari kekuatan sendiri. Aku sendiri tidak pasti dengan segala keputusan yang aku sendiri putuskan. Tika dan saat ini ingin rasanya aku putarkan kembali waktu agar aku tak berada pada hari ini. Ya Allah berikan lah kekuatan untuk aku. Berikanlah petunjuk jika jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang benar Ya Allah. Aku merintih sebentar menyebut namaNya untuk memperoleh kekuatan.
"Qaira, dah siap ke belum? Pengantin laki dah sampai tu." mama muncul dari arah pintu menegurku.
Aku hanya mengganguk lemah memandang kearah mama.
Mama mendekati aku dan meletakkan selendang diatas kepalaku."Qaira, mama harap Qaira dapat menjadi isteri yang baik buat Izmer. Mama faham perasaan Qaira sekarang. Tapi mama percaya Izmer mampu membahagiakan Qaira. Ingat Qaira, mama selalu ada untuk Qaira. Mama sayangkan Qaira." mama bersuara sehingga mengalir air mata di pipiku ini.
" dah jangan nangis lagi. Nanti rosak make up tu" mama berkata.
Aku memeluk mama.Tiba di ruang tamu, kelihatan sanak saudara dan rakan taulan memenuhi rumahku. Meriah sungguh. Kalaulah hati aku boleh semeriah ni kan best. Kelihatan Mira turut berada di situ melambai- lambai ke arah aku. Tersenyum bahagia macam dia pulak pengantin dekat situ.
Aku duduk bersimpuh di atas sebuah karpet yang berwarna putih dihiasi dengan beberapa jambangan bunga ros merah. Cantik.
Papa melirik kearah aku untuk bertanya jikalau aku sudah bersedia atau belum. Mamat poyo tu pun ada menghadap papa turut memandang ke arah aku dengan tersenyum. Agak lama mataku bertentang dengan matanya. Kekok rasanya situasi ini. Cepat- cepat aku melarikan pandangan. Tidak mahu situasi ini berpanjangan . Kenapa jantung aku berdegup kencang ni? Aduh!Acara ijab dan kabul dimulakan.
"Izmer Fayyad bin Malik, aku nikahkan dikau dengan anakkku Qaira Syaleeda binti Khaleed dengan mas kahwinnnya dua ribu ringgit tunai""Aku terima nikahnya Qaira Syaleeda binti Khaleed dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai."
Dengan lafaz itu, maka sahlah aku bergelar isteri kepada mamat poyo tu. Whatno? Aku dah jadi isteri dia? Macam tak percaya sahaja. Aku bagaikan berada di dalam alam mimpi. Yup! Mimpi buruk!
Selesai membaca doa upacara menyarung cincin dilakukan. Sebentuk cincin yang dihiasi manik berlian berwarna putih disarungkan dijari aku. Aku menyalami dia. Dia yang baru sahaja bergelar suami kepada aku. Izmer. Lelaki yang aku sendiri baru aku kenal. Izmer mengucup dahiku. Bergetar perasaan aku saat ini. Aku tidak pasti perasaan bagaimanakah ini? Adakah aku takut? Atau sebaliknya? Hatiku meronta ingin menangis . Tapi aku tahan jua.
Izmer. Ya namanya. Aku terpaksa memanggil dengan meyebut namanya. Tiada lagi gelaran mamat poyo . Sebab apa? Sebab dia dah jadi suami aku. Aku tak nak nanti jadi kebiasaan . Lagipun papa dengan mama dah melarang aku untuk panggil dia mamat poyo. Terpaksalah aku panggil nama dia.
Izmer memandang tepat ke mataku.
"aku harap kau akan suka bila dah jadi isteri aku. Ini yang kau nak kan? " Izmer bersuara perlahan berbisik di telingaku.Eh, dia ni. Apasal pulak main bisik- bisik. Kalau berani sangat cakap la depan orang ramai terus. Kan senang. Nampak sangat penakut. Aku hanya tersenyum sinis membalas katanya. Geram pulak aku tengok muka dia ni. Macam nak baling je pasu bunga ros ni kat muka dia. Biar dia tahu rasa sikit. Poyo je lebih. Menyampah.
Puan Sri Fauziah kemudian mendekati aku. Aku menyalaminya. Cantik aunty ni. Baik pulak tu. Kenapalah anak dia sikit pun tak ikut perangai dia.
" Qaira nanti jaga Iz elok- elok ye." aunty tersebut bersuara setelah aku meyalaminya.
Insyallah aunty. Qaira akan lakukan apa yang termampu.
"ish janganlah panggil aunty. Panggil lah mummy . Kamu tu kan dah jadi isteri Iz. Lagipun aunty yakin Qaira mampu bahagiakan Iz."mummy bersuara penuh yakin .
Aku hanya tersenyum ."mudah- mudahan macam tu la hendaknya kak Fauziah. " mama pulak menyampuk disitu. Aku hanya tersenyum.
Setelah selesai acara bergambar pula, semua jemputan menikmati makanan yang disediakan. Aku tiada selera untuk menikmati makan tersebut. Aku hanya berada diatas buaian dibelakang laman.
" Hi new bridal! " Mira datang menyapa aku dari arah belakang. Membuatkan aku terkejut.
"ish kau ni. Kut la nak bagi salam dulu. Terkejut aku tau. Naaib baik la aku tak de penyakit jantung, kalau tak dah memang arwah dah aku kat sini."aku membalas kata- kata Mira. Suka sangat terkejutkan orang dia ni. Hrmm tapi walau macam mana pun dia lah sahabat susah dan senang aku dari bangku sekolah lagi.
"anak kau mana Mira? "aku bertanya kepada Mira. Rindu pulak aku dengan anak dia yang comel tu.
" dekat habib aku la" Mira berkata seraya mengangkat sebelah bahunya.
" ouh patut la kau senang- lenang. Kau pass anak kat suami kau " aku menyindir Mira.
Dia hanya hanya tersenyum macam kerang busuk ."Qaira" Mira berkata sepatah.
"Hurm?"aku juga sepatah sambil melirik memandang Mira." Aku happy sangat untuk kau. Akhirnya kau kahwin jugak . Macam - macam jadi dekat kau. Aku sedih tengok saat- saat kau sakit haritu. " Mira bersuara sebak dan akhirnya menitis juga air matanya. Alamak Mira ni dia buat pulak drama korea part sedih pulak dekat sini. Aish Mira, Mira.
" aku okay je la Mira. Dah tak de apa yang perlu ditangisi dekat sini. Aku okay selagi kau ada dekat sisi aku. Dah , jangan nangis dah. Nanti anak kau tengok kan dia pikir apa pulak. Nanti dia cakap umi dia ni kuat menangis kalahkan dia pulak"aku cuba menenangkan hati Mira yang lembut ni. Sambil menyapu air matanya.
Dia tersenyum ke arah aku. Kami mula bercerita tentang zaman persekolahan kami.
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...