Qaira merebahkan badannya di atas riba mamanya, menikmati kehangatan yang hanya seorang ibu mampu berikan. Walaupun sudah dewasa, sifat manja Qaira tetap terpancar setiap kali dia bersama Datin Maria. Rasa selesa dan tenang menyelubungi hatinya, seolah-olah segala masalah hilang sebaik saja dia mendekatkan diri dengan mamanya.
"Qaira macam mana hari ni? Banyak kerja?" soal Datin Maria sambil mengusap lembut kepala anaknya, suaranya penuh kasih sayang.
"Kerja banyak juga, tapi Qaira rindu sangat kat Mama. Letih pun, Qaira sanggup datang tau, nak jumpa Mama," balas Qaira, suaranya lembut dan penuh kerinduan.
Datin Maria tersenyum mendengar jawapan Qaira, namun wajahnya perlahan-lahan berubah serius. "Ish, kamu ni dah besar panjang, perangai kena la jadi macam orang dewasa. Qaira dengan Iz dah okay ke? Ada apa-apa yang berlaku sampai kamu bawak diri jauh dari Izmer hari tu?"
Qaira terkejut mendengar soalan mamanya yang tiba-tiba menusuk. Dia bingkas bangun, memandang mamanya dengan wajah penuh kehairanan. "Mama tahu?" suaranya bergetar, tak percaya.
Datin Maria mengangguk perlahan. "Mama tahu laa, Pakcik Nazri kamu ada call Papa, cakap kamu datang rumah dia."
"Pakcik Nazri?" Qaira mengerutkan dahi, cuba mengingat kembali. "Siapa tu, Mama? Qaira tak kenal la..."
Datin Maria ketawa kecil melihat kehairanan anaknya. "Ya Allah, budak bertuah ni. Pakcik Nazri tu ayah kepada Dr. Sufi la. Kamu tersesat sampai ke rumahnya katanya. Mujur kamu jumpa Pakcik Nazri dengan Makcik Suhaila. Kalau tidak, mahunya kamu jumpa orang yang tak dikenali, siapa tahu apa yang boleh terjadi. Kamu ni suka betul buat perkara tanpa berfikir panjang."
Qaira semakin keliru. Dia cuba menyusun segala maklumat dalam kepalanya, tapi semuanya terasa kabur. "Jap, Qaira tak faham... Macam mana Abah dengan Umi Dr. Sufi boleh kenal dengan Papa? Mama pun kenal mereka?"
Datin Maria mengusap lembut rambut Qaira, dan tiba-tiba air matanya mengalir, perasaan sedih seorang ibu tak mampu ditahan lagi. "Kamu tak ingat ye, Qaira?"
Qaira menggeleng lemah, semakin tertekan dengan kekosongan dalam ingatannya.
Datin Maria mengesat air mata, cuba mencari kekuatan untuk menceritakan kisah yang lama terpendam. "Dulu, masa Papa kamu ditugaskan untuk berkhidmat di Port Dickson, keluarga Pakcik Nazri tu adalah jiran kita. Kamu rapat sangat dengan keluarga diorang. Dr. Sufi pula kawan baik kamu masa kamu kecil-kecil dulu. Bila kita pindah ke KL, kita jarang dah ke sana, tapi Papa dan Pakcik Nazri masih selalu berhubung. Berita tentang kemalangan Qaira dengan Izmer tu pun mereka tahu, sampai Dr. Sufi sendiri yang volunteer untuk rawat kamu tau."
Qaira memandang mamanya, cuba mencerna semua yang baru didengarnya. "Jadi, Qaira memang kenal rapat dengan diorang?"
"Ya, sayang. Kamu rapat sangat dengan mereka dulu. Sebab tu Mama tak hairan bila kamu tersesat sampai ke rumah diorang hari tu. Mungkin, dalam bawah sedar kamu, tempat tu masih kekal sebagai satu tempat yang selamat untuk kamu."
Qaira menarik nafas panjang, rasa bersalah mula menguasai dirinya. " Macam mana Qaira boleh lupakan mereka semua? Patutlah Qaira rasa rapat dan mesra je dengan keluarga diorang mama dan kampung tu pun Qaira rasa selamat and tenang sangat "
" Pakcik Nazri dengan Makcik Suhaila kamu tu dah maklum yang kamu ada penyakit Amnesia. Sebab tu mereka tak tanya apa apa masa kamu kat rumah mereka. Mereka tahu yang kamu anggap mereka sebagai orang baru dalam hidup kamu. "sambung Datin Maria lagi
Qaira memejamkan matanya perlahan dan mengeluh lembut memikirkan apa yang telah terjadi.
Datin Maria memegang tangan Qaira erat-erat, menyalurkan kasih sayang dan kekuatan seorang ibu. "Tak apa, sayang. Mama faham. Amnesia ni bukan sesuatu yang kamu minta. Tapi percayalah, dengan masa, ingatan kamu akan kembali. Sementara itu, Mama nak kamu tahu yang tak kira apa pun, semua orang masih sayangkan kamu, sama macam dulu."
Qaira mengangguk perlahan, hatinya yang berkecamuk sedikit demi sedikit tenang dengan kehadiran mamanya. "Terima kasih, Mama. Qaira bersyukur sangat sebab Mama sentiasa ada untuk Qaira."
*****************************************************
Malam itu, suasana di rumah baru mereka dipenuhi dengan kehangatan. Lampu-lampu kecil yang menyala lembut mencipta suasana yang romantis. Qaira dan Izmer duduk di sofa, berdua menikmati teh hangat di beranda setelah urusan pindah rumah mereka selesai. Qaira merenung wajah suaminya dengan senyuman kecil di bibir, hatinya terasa tenang dan gembira melihat layanan Izmer terhadapnya sekarang. Perasaan Izmer yang berada di hatinya semakin lama
semakin menebal."Izmer," Qaira memulakan dengan suara lembut, "Terima kasih untuk hari ini. Rumah ni memang cantik. Saya selesa sangat."
Izmer membalas dengan senyuman, matanya penuh kasih. "Apa saja untuk kau, Qaira. Aku cuma nak pastikan kau gembira. Rumah ni adalah permulaan baru untuk kita, untuk hidup bersama."
Qaira tersenyum, tetapi kemudian, dia perasan perubahan di wajah Izmer. Suaminya kelihatan seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan.
"Qaira," Izmer mula berbicara, suaranya agak perlahan. "Ada benda yang aku dah lama nak cakap dengan kau."
Qaira memandang Izmer dengan penuh perhatian. "Apa dia, Izmer? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
Izmer menarik nafas dalam, mencari kekuatan untuk meluahkan isi hatinya. "Sebenarnya... aku dah lama ingat semuanya, Qaira. Aku dah sembuh dari amnesia ni dah lama. Tapi aku takut untuk beritahu kau."
Qaira terkejut dengan pengakuan itu, matanya membesar. "Izmer... kenapa?"
Izmer menghela nafas, rasa bersalah tergambar di wajahnya. "Aku takut, Qaira. Aku takut kau takkan terima aku kalau kau tahu aku dah ingat semuanya. Aku takut kau akan menjauh dari aku."
Qaira menggeleng, air mata mula bergenang di matanya. " Ingatan saya mungkin tak sama macam dulu Iz , tapi pertama kali saya nampak awak , saya memang dah jatuh hati . Awak untung sangat sebab masih ingat kenangan kita . Sedangkan saya ? Saya takde memori langsung pasal kita dulu"
Izmer memegang lembut tangan Qaira. " Maafkan aku Qaira , aku pengecut . Aku tak berani berhadapan dengan kenyataan , padahal aku takut sangat kehilangan kau . Aku cintakan kau.
Qaira tersenyum ke arah Izmer. " Saya pun cintakan awak jugak Izmer . Sampai akhir nafas saya"
Izmer menghela nafas lega, kemudian dia tersenyum nakal. "Kalau kau betul-betul cintakan aku, boleh tak kau tukar cara panggil aku? Panggil aku dengan nama yang lebih... sweet. Macam... sayang ke, abang ke?"
Qaira tergelak kecil, memukul lembut lengan Izmer. "Awak ni, tak habis-habis nak buat lawak. Saya dah selesa panggil awak Izmer lah."
"Tapi aku nak dengar kau panggil aku dengan nama yang lain. 'Izmer' tu macam formal sangat. Lagipun, kita dah suami isteri, takkan panggilan pun nak skema lagi?" Izmer mengusik, senyuman nakal terukir di bibirnya.
Qaira tersipu-sipu malu, tetapi dia tersenyum manis. "Habis tu, awak nak saya panggil apa?"
Izmer mendekatkan dirinya, matanya penuh dengan keghairahan. "Panggil aku 'abang'... macam tu lagi romantik. Kan sweet?"
Qaira tergelak kecil, menggeleng kepala. "Awak ni... malu lah nak panggil macam tu."
"Alah, cuba je sekali," Izmer memujuk sambil memegang tangan Qaira. "Please?"
Qaira akhirnya mengalah, lalu dengan nada lembut, dia berkata, "Abang..."
Izmer tersenyum lebar, berasa sangat gembira. "Itu dia! Aku suka dengar kau panggil macam tu. Mulai hari ni, panggil aku macam tu selalu, ya sayang?"
Qaira tertawa, namun ada kehangatan dalam senyumannya. "Baiklah, abang yang berlagak macho dan kerek ! "
Izmer mencuit manja hidung mancung milik Qaira. " Ouh dah pandai mengata abang yer ! Macam nak kena hukum dah dia malam ni "
"Hukuman apa ? " Qaira menyoal hairan
Izmer bingkas bangun mendukung Qaira menuju ke dalam sambil berbisik di telinga Qaira " Nanti awak tahu laa bila kat dalam sana". Izmer bersuara nakal sambil memuncungkan mulutnya ke arah bilik mereka
Muka Qaira merah padam menahan malu diperlakukan oleh suaminya.
Malam itu, mereka berdua menghabiskan masa selayaknya suami dengan kehangatan, menutup tirai hari dengan hati yang penuh cinta dan kebahagiaan.
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...