Petang itu, sinar matahari yang mulai redup menyelimuti kampung halaman dengan cahaya keemasan. Qaira berjalan perlahan menyusuri jalan kecil yang dipenuhi dedaunan kering. Angin sepoi-sepoi menyapa, membawa dingin yang menenangkan hati yang sedang dirundung duka. Qaira tidak tahu ke mana kakinya melangkah, tetapi akhirnya dia tiba di sebuah pondok usang yang penuh kenangan.
Pondok itu kelihatan sunyi dan sedikit terabai, namun masih berdiri teguh di bawah lindungan pokok besar. Qaira melangkah masuk, hatinya terasa berat saat dia melihat sekeliling. Pondok ini pernah menjadi saksi dia jatuh kedalam bendang dan ketika itu, Wan lah yang merawat dan mengurut kakinya yang terseliuh.
Qaira duduk di bangku kayu yang usang, pandangannya tertumpu kepada dinding pondok yang sudah pudar warnanya. Matanya menangkap ukiran nama dia dan Izmer, bersama dengan tarikh yang diukir kasar di dinding itu. Ingatan masa lalu datang mengisi ruang fikirannya—waktu dia pernah bertanya kepada Izmer tentang ukiran itu, tetapi tidak dibalas .
Suara langkah kaki kedengaran dari luar pondok, semakin mendekat. Qaira tidak perlu menoleh untuk mengetahui siapa yang datang. Izmer muncul di depan pondok, memandang Qaira . Dia teragak-agak sebelum melangkah dan duduk di sebelah Qaira.
Suasana di antara mereka sepi, hanya ditemani oleh angin petang yang menerbangkan daun-daun kering di sekitar pondok. Qaira masih memandang ukiran di dinding, sedangkan Izmer menarik nafas panjang, mencari kekuatan untuk memulakan bicara.
"Pondok ni masih kukuh rupanya," katanya perlahan, seolah-olah bercakap kepada dirinya sendiri. "Kau tahu, Qaira, bumbung pondok ni macam perasaan kita. Dulu, bumbung ni bocor sedikit masa hujan lebat. Tapi kau tahu apa yang aku buat? Aku tutup bocor tu dengan daun pisang. Hasilnya, air tetap masuk tapi... aku dapat satu shower semula jadi percuma!"
Izmer ketawa kecil, berharap dapat menceriakan suasana. "Mungkin aku patut jadi tukang paip, kan? Kalau semua orang tahu cara aku baiki bocor, aku boleh kaya."
Qaira mendengar jenaka Izmer, dan walaupun hatinya terluka, senyum kecil hampir terbentuk di bibirnya. Namun, dia segera menahan diri, tidak mahu membiarkan Izmer melihat kelembutan yang dia sembunyikan. "Saya tak rasa ada orang yang akan bayar awak untuk perkhidmatan macam tu, Izmer," balasnya dengan nada yang masih dingin, walaupun sedikit terhibur di dalam hati.
Izmer menyedari Qaira cuba menahan senyumnya, tetapi dia memilih untuk tidak menekan lebih jauh. Sebaliknya, dia duduk di sebelah Qaira, pandangannya serius kembali.
"Qaira," Izmer berkata dengan lembut, pandangannya kini serius. "Aku tahu sekarang bukan masa yang terbaik untuk bercakap hal ni, tapi aku tak boleh biarkan kau terus salah faham. Ada banyak perkara yang kau tak tahu, dan aku nak jelaskan semuanya."
Qaira mengalihkan pandangan dari ukiran di dinding, suaranya perlahan dan penuh dengan kekecewaan. "Saya tak tahu, Izmer. Saya tak tahu sama ada saya boleh percayakan awak lagi."
Izmer menghela nafas, hatinya sakit melihat Qaira begitu terluka. "Aku faham kenapa kau rasa macam tu. Tapi percayalah, gambar tu bukan apa yang kau fikir. Ada banyak perkara di sebaliknya yang kau tak tahu. Aku cuma nak kau tahu kebenaran sebelum kau buat apa-apa."
Qaira menoleh memandang Izmer, walaupun rasa sakit masih jelas di wajahnya. "Kebenaran? Apa lagi yang awak nak jelaskan, Izmer?"
Izmer mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka mesej-mesej serta gambar yang disimpannya. "Ini... semua bukti yang aku ada. Kau boleh lihat sendiri. Kamilia cuba perangkap aku, dan aku tak bersalah dalam hal ni. Aku cuma nak kau faham situasi sebenar."
Qaira mengambil telefon itu dengan sedikit ragu-ragu. Matanya mula membaca mesej-mesej tersebut, dan semakin lama dia membaca, semakin goyah keyakinannya terhadap apa yang dia sangka selama ini. "Izmer..."
"Aku tak nak kau terus terluka kerana salah faham ni, Qaira. Kau penting untuk aku, dan aku tak nak kita berpisah hanya kerana sesuatu yang tak betul. Aku kena perangkap Qaira"
Perasaan yang bercampur aduk menyelubungi dirinya setelah membaca bukti yang diberikan oleh Izmer. Rasa percaya yang mulai tumbuh kembali kini disertai dengan rasa bersalah yang mula mengikis hatinya.
Qaira menunduk. "Saya... saya tak tahu apa yang perlu saya fikir sekarang, Izmer. Kalau semua ni betul, saya rasa bersalah sebab tak percayakan awak dari awal."
Izmer menoleh ke arahnya, suaranya lembut. "Kau tak perlu rasa bersalah, Qaira. Apa yang kau lihat memang cukup buat sesiapa pun salah faham. Aku cuma nak kau tahu yang aku takkan buat benda macam tu pada kau."
Qaira menarik nafas panjang, cuba mengumpul kekuatan untuk mengungkapkan apa yang bermain di fikirannya. "Izmer... siapa sebenarnya Kamilia dalam hidup awak? Kenapa dia benci sangat dekat saya, and kalau awak nak tahu dia ada beberapa kali datang serang saya sebelum ni , sedangkan saya tak pernah kenal dia?"
Izmer diam seketika, pandangannya menerawang jauh, seolah-olah kembali ke masa lalu. "Kamilia... dia bekas kekasih aku, masa aku belajar di luar negara dulu. Masa tu, aku sangka dialah cinta sejati aku. Tapi, dia curang dengan lelaki lain... Mereka berkahwin tak lama selepas tu."
Qaira terkejut mendengar penjelasan Izmer, tidak pernah menyangka hubungan masa lalu suaminya begitu dalam. "Tapi... kalau dia dah kahwin, kenapa dia masih nak ganggu awak sekarang?"
Izmer menggelengkan kepala, suaranya serak. "Dia baru saja bercerai. Bila dia tahu aku dah berkahwin, dia cuba dekati aku semula, mungkin sebab dia rasa ada peluang untuk dia balik pada aku. Tapi aku tak pernah layan dia, Qaira. Aku sayangkan kau, bukan dia."
Qaira menelan air liur, dia terpana pada ayat terakhir Izmer . Hati yang tadi dingin mulai berbunga bunga . Ceh inilah lumrah perempuan , mudah je touching kalau dah di pujuk . Qaira juga ada merasakan rasa cemburu dan bimbang menyusup masuk. "Jadi, dia buat semua ni untuk hancurkan perkahwinan kita... sebab dia masih sayangkan awak?"
Izmer mengangguk perlahan. "Mungkin. Tapi aku takkan biarkan dia berjaya. Kau adalah isteri aku, dan aku tak nak sesiapa pun merosakkan apa yang kita ada."
Qaira tersentuh mendengar luahan dari Izmer . Entah mengapa sikap Izmer kini makin berubah dibandingkan Izmer yang dulu penuh dengan amarah , dan bengis. Qaira diselebungi rasa bersalah dan ketidakpastian bercampur baur dalam dirinya.
Izmer memegang tangan Qaira dengan lembut, matanya penuh dengan kejujuran. "Qaira... aku harap kau akan beri aku peluang untuk betulkan semua ni. Aku tak nak kehilangan kau."
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Novela Juvenil"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...