Pen di jari dipusing pusing beberapa kali. Muzik yang berirama dari corong radio mewah disebelah tidak dihiraukan. Kamilia mengetap bibirnya dengan geram sambil mengecilkan sebelah kelopak matanya. Amarah dan dendam dia sudah membuak buak terhadap Qaira. Dia mengenggam sekeping gambar di hadapannya.
" aku tak akan biarkan kau bahagia Qiara. Walau sesaat pun aku takkan biarkan kau terus bahagia dengan Iz. Ini sumpah aku" Kamilia mencampakkan gambar yg digenggamnya tadi.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sinaran mengenai kelopak mataku memaksa aku untuk membuka mataku perlahan lahan. Aku memerhati sekeliling keadaan tubuhku yang berada dia atas sofa. Aku mengambil masa untuk memikirkan dan mengambil teknik 'flash back' untuk mengingati apa yang berlaku ." tak payah la kau nak loading lama lama sangat . Aku yang angkat kau tidur atas sofa tu. Dah kau menyibuk sangat tidur atas katil aku apahal? " suara yang baru keluar dari bilik air menerpa kearahku ibarat peluru yang tak dikawal. Setiap bicaranya sungguh menyakitkan hatiku. Eh dasar mamat. Tak sedar diri ke? Yang aku tolong dia bagai nak rak semalam sebab dia demam , bukan nak berterima kasih, memekak lagi adalah. Sumpah meluat aku !
" awak dah nak pergi kerja ke? Dah betul betul sembuh? " aku bertanya basa basi sekadar kasihan dan prihatin sahaja. Kalau ikutkan hati memang tak lah nak tanya macam tu.
" aku dah okay la. Kau tu je yang melebih tidur macam la kau yang demam. " Izmer mengeluarkan lagi peluru tak berpandunya terhadap aku sambil membetulkan necktie nya.
" takde lah, awak semalam dah macam nyawa nyawa ikan tau. Saya kesian tengok awak. Kalaulah saya takde semalam memang harini rumah ni dah buat kenduri arwah dah . " aku membidas kembali sambil melipat selimut yang aku gunakan. Aku memerhati riak wajahnya. Ada sedikit riak wajah orang yang nak berperang saja lagaknya. Padan muka kau. Tu laa sapa suruh sombong sangat. Kan dah kena. Sengaja aku melipat selimut membelakanginya . Menyampah pulak nak berhadapan dengan Si Izmer Kerek Sedunia . Orang dah tolong pun still berlagak.
Tangan kananku serasa ditarik dengan agak kuat dengan tiba tiba berhadapan dengan mamat tu. Jarak kami sekarang sangat dekat sehingga hembusan nafas panasnya mulai membahang di dahiku . Dengan tiba tiba , tanganku pulak diletak di dada bidangnya . Serta merta jantungku berdengup kencang memerharti anak mata coklat milik mamat tu .
"Thanks Qaira, kau sudi tolong aku semalam sampai aku sihat sekarang . Sebagai balasan, malam ni aku belanja kau makan . Okay ? " Izmer bersuara perlahan seakan akan berbisik
Jantung yang sememangnya tadi berdegup kencang kini bagai dilanda ombak ribut taufan pulak silih berganti dengan Tsunami. Tidak pernah lagi Izmer berkelakuan sebaik ini dengan aku. Tak suka betul situasi macam ni. Cepat cepat la berlalu detik ni . Tak mampu aku berhadapan bertentang empat mata dengan si Iz ni .
" Eh , saya rasa awak ni tak betul betul sihat lagi Iz" aku membidas laju kata kata Izmer sambil menarik pantas tangan aku yang melekap didadanya
Kelihatan wajahnya terpinga pinga cuba memebetulkan keadaan sambil berdehem beberapa kali. Dia segera memusingkan badannya membelakangi aku sambil mencapai stoking serta beg kerjanya . Mungkin dia juga malu sangkaanku.
"Takpa la , aku pergi kerja dulu. Nanti kalau kau dah ubah keputusan sebab kau lapar ke, nak makan free ke bagitau aku. " balas Izmer setelah kami berdua tiada suara yang berbunyi antara kami selama beberapa minit.
Aku mencari beberapa nafas panjang setelah melihat si Izmer berlalu pergi dari bilik ini. Pelik betul aku dengan sikap aneh Izmer pagi ini. Tiada angin tiada ribut tiba tiba nak berbaik dengan aku siap nak belanja makan bagai. Teruk betul effect demam dia semalam sampai berubah habis perangai dia . Atau , dia dah suka aku ? Ei tak mungkin takmungkin. Si izmer kerek tu suka aku ? Fuhh , tak masuk dek akal betul. Boleh jadi cerita dongeng , tak pun drama novel yang si lelaki sombong tiba tiba jatuh hati dekat perempuan yang dia benci . Cliche betul kan ?
**********************************************************************************************
Mata tajam Izmer menatap beberapa keping gambar di hadapannya . Lagaknya tak ubah seperti detektif yang cuba menyiasat kes pembunuhan kejam. Fikirannya mula giat menyusun satu demi satu alur cerita dan bukti yang baru dia temui.
" Woi , Iz ! Aku tengok kau dari tadi asyik tenung macam nak tembus je dekat gambar tu . Kau tengok apa tu ? Nak tengok boleh ?" Haikal yang dari mana muncul menyergah Izmer yang kurang peka dengan Haikal yang masuk ke biliknya secara tiba tiba.
" Kau kan mangkuk , boleh tak lain kali bagi salam dulu ke apa ke hantar Whatsapps ke , bagi hint ke apa nak masuk bilik aku? Ni tak main sergah je orang tak tentu pasal ! haishh penat jugak la siapa yang jadi isteri kau ni." Izmer segera menyimpan kepingan gambar tadi sambil bersuara menyampah menegur perbuatan Haikal yang seperti kebudak budakkan tu
" Hehheheh , sorry laa bro . Aku risaukan kau. Dari awal kau masuk office , sampai sekarang kau tak de update apa apa. Nadira cakap kau taknak di ganggu sampai waktu lunch . Kau okay tak ? Demam kau dah okay?" balas Haikal sambil tersenyum seperti kerang busuk disitu
" Aku okay je Kal. Banyak sangat perkara yang ada dalam kepala aku ni . Sampai aku rasa tak tahu nak buat apa keputusan dalam hidup aku" Izmer membalas
" Takpe Iz , masalah tu kau letak tepi dulu. Kau jangan pikir apa apa lagi, sebab lagi kau pikir, lagi sakit kepala kau nanti" Haikal cuba menenangkan kecelaruan Izmer
Izmer menghembuskan nafas beratnya , menyakinkan dirinya bahawa semua pasti ada penyelesaiannya .
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...