Bab 32

12 1 0
                                    

Izmer duduk di meja kerjanya, tangannya memegang sebuah fail tebal yang dipenuhi dengan dokumen-dokumen penting. Matanya menatap kosong pada skrin komputer di hadapannya, namun fikirannya melayang jauh. Setiap kali dia cuba fokus pada kerja, bayangan Qaira yang  muncul kembali dalam mindanya. Pertanyaan yang selama ini dia pendam semakin mendesak untuk dijawab.

Tiba-tiba, pintu pejabatnya terbuka tanpa ketukan, dan Haikal melangkah masuk dengan senyuman nakal di wajahnya. "Boss, macam mana kerja? Dah hilang ke rindu dekat isteri?" usik Haikal sambil melangkah mendekati meja Izmer.

Izmer mengangkat pandangan dan tersenyum hambar. "Kau ni... tak habis-habis ," jawab Izmer, cuba menyembunyikan kegelisahan dalam suaranya.

Haikal menarik kerusi di hadapan meja Izmer dan duduk. "Hahah gurau je, Iz. Tapi aku serius nak tahu, macam mana keadaan Qaira? Kau dah explain semua yang jadi dekat dia?"

Izmer menghela nafas panjang. "Dah , aku dah cerita semua dekat dia. Dia okay sekarang... Tapi ada benda yang bermain dalam fikiran aku sekarang."

Haikal mengerutkan dahi. "Maksud kau?"

Izmer meletakkan fail di tangannya ke tepi dan memandang Haikal dengan serius. "Aku rasa Kamilia ada kaitan dengan kemalangan aku dulu and apa yang berlaku bukan kebetulan, Haikal."

Haikal terkejut mendengar kenyataan tersebut. "Kamilia? Kau serius ke, Iz? Kau ada bukti?"

Izmer menggelengkan kepala. "Belum ada bukti kukuh, tapi aku dah lama rasa ada yang tak kena dengan dia. Sebelum kemalangan tu, Kamilia tiba-tiba muncul balik dalam hidup aku. Dia cuba rapatkan diri dengan aku, dan bila aku tolak, dia jadi marah. Lepas tu, tak lama kemudian, kemalangan tu berlaku."

Haikal menyandarkan diri ke belakang, memikirkan kata-kata Izmer. "Ish kalau benda ni betul betul kerja si Kamilia tu , ni dah jadi kes besar Iz."

Izmer mengeluh. "Aku tak pasti, Haikal. Aku tak nak tuduh tanpa bukti, dan masa tu, aku sendiri keliru dengan apa yang berlaku. Kalau Kamilia berani perangkap aku haritu tak mustahil dia boleh buat lebih dari tu. Aku kenal Kamilia tu macam mana. Dia akan buat apa saja kalau dia nak kan sesuatu. Aku ada perasaan yang kuat mengatakan bahawa Kamilia ada kaitan dengan semua ni. Aku tak boleh duduk diam selagi aku tak pasti. Itu sebabnya aku perlukan bantuan kau lagi. Kau tolong aku masa kita cari rakaman CCTV yang buktikan Kamilia perangkap aku dulu. Nasib baik CCTV tu masih berfungsi. Sekarang, aku nak kau tolong aku pulak siasat  tentang kemalangan tu.  Sekarang aku tak boleh duduk diam. Aku perlu tahu kebenaran."

Izmer menarik nafas panjang sebelum menjawab, "Mengikut laporan, kereta aku hilang kawalan. Tapi kau tahu tak, masa kemalangan tu, brek kereta aku langsung tak berfungsi. Padahal, aku baru je lepas servis kereta. Aku tahu, kalau brek kereta ada masalah, biasanya ada tanda-tanda awal seperti pedal brek yang rasa lembut, lampu amaran menyala, atau brek yang berbunyi ketika digunakan. Tapi kereta aku tak ada sebarang tanda-tanda tu. Mustahil untuk masalah besar macam ni terjadi secara tiba-tiba tanpa amaran."

Haikal mengerutkan dahi, berfikir sejenak. "Hmm... betul jugak tu. Time tu kau pergi bengkel  mana ?" tanyanya lagi, jelas tak mahu melepaskan sebarang butiran.

Izmer cuba mengingati, namun wajahnya menunjukkan sedikit kekeliruan. "Itu yang aku tak ingat sangat, Haikal. Bengkel tu bukan tempat biasa aku pergi."

Haikal mengangguk perlahan, matanya masih memerhati Izmer dengan penuh fokus. "Mungkin kita boleh mula siasat dari situ. Aku akan cuba dapatkan maklumat lebih lanjut tentang bengkel tu. Kalau ada apa-apa yang tak kena, kita akan tahu."

Izmer kembali memandang ke arah dokumen di atas mejanya, namun fikirannya masih terpaut pada kejadian itu. "Laporan polis dah siap, semua maklumat teknikal dah dimasukkan. Tapi aku masih tak puas hati, Haikal. Menurut prosedur, lepas kemalangan, polis akan ambil kenyataan daripada semua pihak terlibat, periksa keadaan kereta, dan kalau ada syak wasangka, mereka akan panggil pakar untuk periksa kereta tu secara terperinci. Dalam kes aku, brek yang tak berfungsi tu sepatutnya dah jadi amaran awal yang sesuatu tak kena."

Mr vs Mrs AmnesiaWhere stories live. Discover now