Qaira berdiri di hadapan bilik yang tertera nama Dr. Sufi di depannya, rasa gugup jelas terpancar di wajahnya. Tangannya mengetap erat tali beg di sebelah, sementara matanya meliar memerhati keadaan sekeliling. Bunyi tapak kaki dan perbualan pesakit di lorong membuatnya semakin resah.
Dia menarik nafas panjang, lalu mencapai handphone dari dalam beg. Setelah membuka lock screen, matanya segera meneliti notes yang tertulis di skrin. Dia membaca dengan teliti, memastikan tarikh rawatan selanjutnya bersama Dr. Sufi benar-benar tepat. Selepas itu, dia mengangguk perlahan, puas hati.
"10 pagi," bisiknya kepada diri sendiri, meyakinkan dirinya sekali lagi sebelum memasukkan kembali handphone ke dalam beg.
Qaira memasuki bilik Dr Sufi setelah namanya di panggil. Dia mengatur langkahnya dan merebahkan punggungnya di kerusi yang disediakan berhadapan dengan Dr Sufi. Kelihatan Dr Sufi yang tekun menulis mendongakkan kepalanya memandang Qaira lalu tersenyum ke arahnya.
Qaira hanya diam membisu menundukkan kepalanya
Dr Sufi yang melihat keadaan Qaira mengerutkan sedikit keningnya cuba mentafsir situasi Qaira dihadapannya. "Awak okay ke Qaira?" saya tengok awak lain je harini . Tak seceria macam selalu"
Qaira tersenyum kelat kearahnya . "Dr, sebenarnya saya nak mintak maaf dekat Dr. , Ummi dan Abah juga"
"Mintak maaf ? Kenapa Qaira" Dr Sufi bertanya kehairanan
"Saya rasa serba salah sebab tak ingat dan cam Dr sekeluarga. Saya tak ingat apa apa langsung berkaitan Dr, Umi dengan Abah" Qaira menjawab perlahan dengan suaranya bergetar getar menahan sedih
Dr Sufi tersenyum ke arah Qaira. " Laa, itu ke yang awak pikirkan dari tadi ? Saya ingat apa lah tadi. Saya okay je Qaira. Umi Abah pun dah faham keadaan awak sekarang. Awak sakit kan sekarang. Tak apalah , jangan dipikirkan sangat hal tu"
Qaira terdiam mengkuir senyuman yang masih mengandungi rasa serba salah
"Saya sedih dengan apa yang menimpa awak, sebab tu saya nak sangat tolong awak. Saya nak awak dapat balik ingatan awak dan memori kita. Sekarang , awak dah ada depan saya , saya rasa happy sangat Qaira. Saya boleh tengokkan awak dan rawat awak sampai awak betul betul sembuh"
Qaira tersenyum kelat, menyeka sedikit air mata yang hampir tumpah di hujung matanya. "Terima kasih, Dr. Saya akan cuba untuk kembalikan lagi ingatan saya."
"Dan saya akan sentiasa di sini untuk awak. Jangan risau," balas Dr. Sufi dengan keyakinan.
Suasana bilik itu menjadi sunyi seketika, namun di dalam hati Qaira, masih penuh dengan suara-suara yang tidak mampu diusirnya.
*******************************************
Izmer masih tenggelam dalam dunia sendiri, matanya terpaku pada langit malam yang dipenuhi bintang-bintang halus berkerlipan. Sesekali, bunyi kenderaan yang lalu-lalang di jalan raya di bawah kondominium mereka kedengaran, mencipta irama yang berbaur dengan desiran angin malam.
Langkah-langkah perlahan Qaira mendekati dari belakang, membawa bersamanya aroma manis coklat panas yang menyentuh deria Izmer sebelum dia menyedari kehadirannya. Dia muncul dengan senyuman kecil, memegang dua mug putih di tangannya. Sejurus kemudian, dia menghulurkan salah satu kepada suaminya yang masih tenggelam dalam lamunannya.
"Hot chocolate?" Qaira menegur lembut, suaranya seakan berbisik dalam keheningan malam.
Izmer menoleh, wajahnya sedikit terkejut, tetapi senyumannya muncul sejurus selepas itu. "Wah, kegemaran abang! Terima kasih, sayang." Dia menyambut mug tersebut dengan penuh rasa teruja, lalu menghadiahkan senyuman manis buat Qaira .
YOU ARE READING
Mr vs Mrs Amnesia
Teen Fiction"Mr vs Mrs Amnesia" Kehidupan bahagia Izmer Fayyad dan Qaira Syahleeda hancur sekelip mata apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan tragis. Kejadian itu bukan sahaja meragut ingatan mereka, malah menghapuskan semua kenangan indah yang pernah me...