5.Waris

57 7 0
                                    

Izdiey bergegas menuju ke bilik warden sebaik mendengar berita dari cikgu Hasniah pagi tadi. Sesampainya dia disitu kelihatan semua warden telah berkumpul. Ketua warden, ustaz Wan Hadi, timbalan ketua warden, cikgu Hasniah dan juga warden disiplin aspura, cikgu Zul. Izdiey mengeluh sebelum menyertai mereka semua.

Lelaki itu mengambil tempat disebelah cikgu Zul. Pagi tadi dia mendapat mesej daripada cikgu Hasniah meminta semua warden untuk datang ke bilik warden kerana malam tadi pak guard sekolah telah menangkap 2 pelajar fly. Lebih mengejutkan, mereka berdua adalah ahli majlis tertinggi asrama. Jadi pelajar yang dimaksudkan itu, budak berdua inilah.

"Jadi ada sapa sapa nak ceritakan apa sebenarnya yang terjadi? Macam mana pak guard boleh tangkap kamu berdua dekat belakang sekolah?" Soal ustaz Wan Hadi tegang. Dua pelajar dihadapannya sekadar membisu.

"Cakaplahh!" Bentak ustaz Wan Hadi sambil menghentak meja.

Zinnirah menjeling ke arah Mahfuz. Budak sebelah tu sudahlah pengawas, naib kapten aspura, skema pulak tu mesti dia akan terlepas cakap nanti. Apa nak buat ni, fikir cepat!

"Sebenarnya ustaz..." lelaki itu tiba tiba bersuara.

"Sebenarnya saya yang fly!" Potong Zinnirah tanpa sempat Mahfuz menghabiskan kata katanya.

Semua yang ada dalam bilik warden itu tergamam kecuali ustaz Wan Hadi. Dia mencebik, seakan sudah menjangkakan perkara itu.

'Apesal kau cakap macam tu?' Bisik Mahfuz.

'Entah, aku takut kau terlepas cakap,' lelaki itu mengeluh. Kenapalah yang dia nak bela sangat budak dua orang tu.

"Kamu fly? Nonsense," balas Izdiey tidak percaya.

"Kenapa ustaz tak percaya pulak? Budak ni memang suka buat hal, susah nak diajar. Kan saya dah ingatkan ustaz hari tu, dia ni takkan berubah," tingkah ustaz Wan Hadi. Zinnirah menggetap bibir.

"Aspuri buat fire drills kot malam tadi, semua budak nampak dia ada kat situ. Kenape dia tiba tiba je nak fly? Lagipun dia tahu yang saya akan turun bagi taklimat. Even orang bodoh pun tahu yang benda ni tak masuk akal," jawab Izdiey tajam, matanya menikam tepat wajah ketua warden itu. Tidak suka dengan nadanya.

"Setuju," sokong cikgu Zul, santai.

"Saya pun fikir yang sama. Saya tak tahu apa, tapi Zinnirah..kamu macam nak sorokkan sesuatu je" Cikgu Hasniah memandang gadis itu penuh curiga.

"Ehh, takde. Saya cakap betul cikguu. Memang saya sukarela.."

"Sudah! Tak payahlah nak tipu lagi," Mahfuz mencela. Zinnirah memandang lelaki itu.

"Biar saya bagitau perkara sebenar. Memang betul bukan dia yang fly, hakikatnya dia yang tangkap budak fly,"

'Mahfuz, jangaannn.." bisik Zinnirah terdesak.

"Sebenarnya....Saya yang cuba fly,"

"Hah?!" Keempat empat warden itu terkejut. Zinnirah melopong, tidak menjangkakan itu.

"Kamu? Kenapa?!" Soal ustaz Wan Hadi tidak percaya. Budak baik seperti Mahfuz, buang sampah merata pun tak. Inikan pulak fly.

"Saya dengar malam tadi ada funfair. Saya teringin nak tengok, jadi lepas semua dah tido..saya senyap senyap keluar. Masa cuba panjat pagar tu, tiba tiba Zinnirah muncul. Dia halang saya,"

Ustaz Wan Hadi memicit kepalanya. Sukar untuk menerima. Apa yang diperkatakan Mahfuz hampir sama dengan cerita pak guard pagi tadi. Ada seorang budak lelaki cuba memanjat pagar dan seorang budak perempuan sedang melihat.

"Kamu keluar dulu, Zinnirah," arah ustaz Wan Hadi.

"Tapi ustaz..."

"Aku kata KELUARLAH!" Tengking ketua warden itu. Zinnirah kelam kabut bangun meninggalkan bilik tersebut. Izdiey memandang ustaz Wan Hadi tak puas hati. Perlu ke nak tengking tengking?

MUHAFIZ [COMPLETE]Where stories live. Discover now