16.Janji

67 6 0
                                        

"Pak Imam! Pak Imam!"

Kedengaran suara seorang budak lelaki menjerit ketakutan diluar sambil mengetuk kuat pintu rumah yang terletak berhampiran surau itu.
Seorang lelaki lewat 40an muncul di muka pintu.

"Ayah mengamuk lagi?" Soal lelaki itu segera membuka luas pintu rumahnya. Budak lelaki itu hanya mengangguk, di belakangnya terdapat seorang gadis kecil sedang menyorok.

"Lekas masuk. Emaknyaa!"

Seorang wanita bersama anaknya menjengah dari ruang dapur sebaik mendengar panggilan dari lelaki itu.

"Ziyad, Yaya..mari sini. Dah makan ke belum?" Soal wanita itu sambil tersenyum mengusap lembut wajah kedua dua kanak kanak itu. Mereka hanya menggeleng.

"Jom kita makan," ajaknya. Anak lelaki wanita itu pantas memaut lengan gadis kecil yang ketakutan itu membawanya ke dapur.

Dari jauh sudah kedengaran suara memekik seorang lelaki. Imam Abbas pantas menuruni tangga rumahnya.

"Pergi balik!" Arah imam Abbas.

"Mana budak tu! Aku tak kira! Aku tak kira!"

"Pergi balik Zaid, biar diorang kat sini," balas Imam Abbas, sedih melihat keadaan lelaki itu.

Dahulu Zaid normal seperti orang lain, seorang ayah dan suami yang sangat baik dan penyayang. Namun selepas ditimpa kemalangan ngeri di tempat kerjanya tiga tahun yang lalu, keadaan lelaki itu berubah sekelip mata.

Zaid dihempap forklift yang dikendalikan rakan sekerja secara cuai. Akibatnya dia dimasukkan ke ICU dan koma selama beberapa bulan, kepalanya yang paling teruk tercedera. Padahal sewaktu itu isterinya, Zaidatul sedang sarat menunggu masa untuk melahirkan Zinnirah. Anak perempuan yang telah lama dinantikan Zaid.

Walaupun Zaid selamat tapi keadaannya tidak seperti dulu. Dia kerap mengalami sakit kepala dan setiap kali sakit kepalanya datang, dia akan mula mengamuk tak tentu pasal. Yang menjadi mangsa adalah anak anaknya, selalu dipukul.

Menurut doktor masih terdapat ketulan darah beku di otak Zaid, mereka tidak membuangnya kerana terlalu berisiko. Ini bermakna Zaid terpaksa hidup dengan rasa sakit itu buat selama lamanya.

Jadi, setiap kali dia mengamuk kerana sakit kepala yang tak terkira, budak berdua itu pasti datang berlindung ke rumah imam Abbas. Kerana lelaki itu merupakan seseorang yang sangat dihormati Zaid biarpun keadaannya sudah tidak seperti dulu.

"Kepala aku sakit!! Diorang asyik bising!! Bising! Bising!" Tempik lelaki itu sambil memukul kepalanya yang sakit berulang kali.

"Sudah! Diorang budak budak lagi Zaid, mestilah bising kalau main. Meh balik, diorang tak kacau kau dah. Mari aku hantar,"

Imam Abbas memegang lembut bahu lelaki itu, menuntunnya kembali pulang ke rumah.

"Takpelah, esok cuti kan. Biarlah diorang tidur sini malam ni. Takda susahnya Zai, diorang dah macam anak anak aku jugak. Kau fokus je dekat si Zaid tu,"

Izdihar terpisat pisat bangun kerana terganggu dengan suara esakan seseorang. Di luar ibunya sedang berbual di telefon dengan cik Zaidatul, emak kepada sahabat baiknya Ziyad.

Kanak kanak lelaki itu melilau mencari punca esakan yang didengarnya. Kelihatan adik Ziyad sedang menangis di samping abangnya yang sudah lama terlena. Dia mengukir senyuman, lalu mengusap lembut ubun ubun gadis kecil itu.

"Yayaa..nape tak tidur lagi?" Soal kanak kanak itu.

"Ya tatut..ti ba atang,"
(Yaya takut..nanti abah datang)

"Nak takut apa? Abang kan ada dengan Yaya. Abang sentiasa ada jaga Yaya. Jangan takut ye," ujar kanak kanak itu sambil tersenyum manis.

"Anji?" (Janji?)

MUHAFIZ [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang