24.Kosong

52 4 0
                                    

Kanak kanak lelaki itu mengusap lembut ubun ubun adiknya yang sedang nyenyak tidur sambil berzikir. Dia menjengah ke bilik ayahnya, nampak gaya lelaki itu juga sedang nyenyak tidur. Perlahan lahan kanak kanak itu merebahkan badannya pada tilam yang dibentang betul betul di depan pintu bilik adiknya.

Kelibat ibu mereka tidak kelihatan kerana ada jenazah yang perlu diuruskan wanita itu pada petang ini. Dia cuba memejamkan mata, menghilangkan lelah buat seketika. Sepatutnya hari ini dia berada di sekolah menghadiri kelas persediaan UPSR tetapi bagi kanak kanak berumur 12 tahun itu, adiknya adalah keutamaannya. Gadis kecil itu tidak boleh dibiarkan bersendirian bersama bapa mereka.

"Assalamualaikummm..."

Matanya kembali celik sebaik mendengar suara yang agak tidak asing. Lantas dia berlari menjengah. Seorang lelaki berkemeja garis garis sedang berdiri di samping motor di hadapan rumahnya.

"Waalaikumsalam, cikgu. Cikgu ada apa datang rumah saya?" Soal kanak kanak itu sambil menyarung selipar. Tangan guru itu disalam penuh hormat.

"Ziyad tak datang sekolah, jadi cikgu datanglah. Ni ada kertas soalan target, boleh buat ulangkaji,"

Si gadis kecil terpisat pisat bangun. Dia menggosok mata berulang kali lalu menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat ibu atau abangnya. Namun tiada sesiapa disitu

"Huuu...huuuu..." si gadis kecil itu mula menangis.

"Huuuuu...makkk...huuu.."

BAM! Pintu bilik dihempas kuat. Si gadis kecil tersentak, di hadapannya seorang lelaki sedang bersandar pada daun pintu sambil memegang kepalanya yang sakit.

"Kau ni...memekak! Memekak! Memekak! Kepala aku sakit tahu tak!" Jerkah lelaki itu. Si kecil yang ketakutan itu segera memeluk lutut.

"Abanggg....Badiii...." panggilnya. Namun tidak mampu didengari abangnya Ziyad yang asyik berbual di laman.

"Diam!" Teriak lelaki itu lantas menerkam si gadis kecil.

Leher gadis itu dicekik sekuat hati. Tubuhnya meronta ronta cuba melepaskan diri, tetapi apalah daya anak sekecil 6 tahun dengan kudrat lelaki berumur hampir 40 tahun.

"Abahh...sakitt.." rayu gadis kecil itu sambil cuba meleraikan cengkaman bapanya.

"Aku nak tido! Kau memekak je!" Cengkaman tangan di leher gadis itu semakin diperketat.

"Abahh...adik minta maaff..."

"Mati kau!"

"Abahhh..."

"Aku nak kau matii!!!"

***********

"Terima kasih cikgu, nanti saya buat semua ni," ujar Ziyad sambil memeluk erat kertas soalan pemberian gurunya itu.

Kanak kanak lelaki itu berlalu masuk ke rumah dengan wajah girang. Tapi senyumannya mati tatkala melihat seorang lelaki keluar dari bilik adiknya dengan wajah berang. Dengan sepantas kilat Ziyad berlari masuk.

"Adik!"

Kelihatan si gadis kecil sudah terlentang di tengah katil yang berantakan, bibirnya kebiruan. Ziyad menghampiri adiknya dengan tangan yang terketar ketar dia meletakkan jari telunjuk di hidung gadis kecil itu. Mata Ziyad terbutang, tiada nafas yang dirasai.

"Adikk!! Adikk! Bangunnn!" Teriak kanak kanak itu sambil menggoncang tubuh adiknya sekuat hati. Airmata mula membasahi pipi.

"Adik kau dah mati!" Sahut ayahnya di bilik sebelah.

Tanpa berlengah Ziyad segera menggendong tubuh kaku adiknya, berlari keluar untuk mencari bantuan.

"Tolong! Tolong!" Teriak kanak kanak itu sepanjang jalan dengan airmata yang berjujuran.

MUHAFIZ [COMPLETE]Where stories live. Discover now