Zinnirah mengecilkan matanya, menatap lelaki yang sedang terpacak di hadapan. Mazni di sebelah hanya menguap panjang. Selepas kelas tambahan mereka berakhir tadi, lelaki itu tiba tiba menahan mereka daripada keluar.
"Kenapa senyap? Kau maafkan aku ke tak?"
"Kau..buang tebiat ke? Selalu poyo gila," Sahut gadis itu. Mentang mentang dah nak percubaan, barulah tiba tiba nak bermaafan.
"Adoii, kau ni blur la. Aku serius ni. Akuu...nak kita jadi bestfriend balik,"ujar Shahzan teragak agak.
Selepas diberi semangat oleh Mahfuz, barulah dia yakin untuk berdepan dengan Zinnirah. Memohon kemaafan atas apa yang telah dia lakukan pada gadis itu. Tapi...perempuan tu pulak tak dapat tangkap maksud dia.
"Eleh, bukan kau ke yang taknak kawan aku. Apesal skarang nak kawan balik? Kau tak malu keee aku kawan dengan Apit?" Sindir Zinnirah. Shahzan tersengih bagaikan orang bodoh.
"Aku tahu, aku banyak salah dengan korang. Lagi lagi si Hafiz tu. Aku dah sedar sekarang Ji, Hafiz tu baik. Sebab tu kau kawan dengan dia, Julia pun suka kawan dengan dia. Aku ni yang tak baik, lepas tu jeles tak tentu pasal,"
Zinnirah dan Mazni saling bertukar pandangan sebelum ketawa mereka pecah. Aduhai, romeo betul budak sorang ni.
"Wei, aku lagi suka Shahzan yang poyo daripada yang ni. Geli la!" Naik tegak bulu roma mendengar ayat ayat feeling budak tu.
"Kalau nak kawan, kawan je la. Aku tak pernah anggap kau musuh pun. Semua salah kau, aku dah lama maafkan. Sebab setiap malam, abang aku pesan kena maafkan semua orang sebelum tido," bebel gadis itu.
Shahzan tersenyum lega. Mereka bertiga mula mengatur langkah menuruni tangga, masing masing mahu kembali ke dewan prep.
"Thanks Ji. Nanti bila Hafiz dah balik, aku ingat nak minta maaf dengan dia. Aku harap dia maafkan aku jugak. Yelahh...macam macam aku dah buat kat dia,"
"Kau jangan risau la. Hafiz mesti maafkan, selama ni pun dia tak pernah cakap buruk pasal kau walaupun kau JAHAT," sampuk Mazni. Shahzan mencebik, bukan main pekat sebutan jahat dia tu.
"Eh, by the way..korang dah tahu pasal Mahfuz?"
Mazni dan Zinnirah mengerutkan dahi mereka.
"Kenapa dengan Mahfuz?"
*************
"So, untuk match esok kita akan turunkan Muaz as striker. Yang lain lain tu kekal macam biasalah,"
Izdiey mengangkat kening seakan tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
"Kenapa tak kekalkan Mahfuz je? Dia dah cukup bagus kot," Cikgu Zul segera menepuk dahi.
"Laa, aku lupa nak bagitau kau. Mahfuz, dia dah keluar dari team kita,"
"Hah? Kenapa?" Soal Izdiey terkejut. Cikgu Zul hanya menjungkit bahu.
"Entah. Mungkin dia dah jumpa jalan dia,"
Izdiey membuat muka pelik. Tolonglah si Zul ni, suka betul berkias, dia ingat semua orang boleh faham ke.
Ustaz muda itu kembali menatap senarai nama ahli pasukan bola sepak mereka. Syed Mahfuz, nama itu dikuis kuis dengan pen.
**********
Perlawanan terakhir pasukan SMASyi dan SMK Tun Lela berlangsung dengan penuh meriah. Semua pelajar memenuhi perkarangan padang sekolah SMASyi menyaksikan pertarungan sengit untuk mendapatkan tempat ketiga itu.
Seminggu lagi sebelum peperiksaan percubaan SPM akan diadakan. Jadi para pelajar form 5 menggunakan kesempatan ini untuk menghilangkan tekanan buat seketika. Hafiz sudah dibenarkan keluar dari hospital, sekarang sedang beristirehat di rumah. Nampaknya dia akan sihat sebelum exam tiba.
YOU ARE READING
MUHAFIZ [COMPLETE]
Подростковая литератураSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...