"So, how your feeling today?"
Zinnirah mengangkat kening. Guru kaunseling itu diperhatikan atas bawah.
"Biar saya teka. Mesti keje cikgu Hasniah kan?" Cikgu Zul tergelak kecil. Ugh! Zinnirah mendengus.
"Kenapa? Dia tu risaukan kamu je, takut trauma ke anxiety ke sebab tu dia arrange kan sesi terapi ni,"
"Ya and saya juga dah bagitau kan, saya okay. O.K.A.Y..okay!" Balas gadis itu. Tak pasal pasal kena hadiri sesi terapi, padahal apa yang jadi malam tu semua dia dah lupa.
"Zinnirah loose up! Awak tahu kan awak boleh cerita apa sahaja dengan saya. Your trauma, your hardship, everything! Saya kan sahabat awak," ujar cikgu Zul sambil tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang putih.
Dia yang buat aku trauma adalah.
"Serius, bila kali terakhir cikgu tengok cermin?"
"Tadi, why? Saya makin hensem kan, ha! Saya tahu lama dah," balas guru itu sambil membetulkan rambutnya.
"Takk! Muka cikgu creepy. Lagi lagi bila senyum macam tu," cikgu Zul tersentak lekas senyuman creepy itu digantikan dengan wajah mendatar. Hensem hensem macam ni dia kata creepy. Di bilik sebelah kedengaran seseorang ketawa.
"Dia memang boleh ke ada kat sini?"
"Dia? Hello, saya cikgu awak tau. Of course lah saya boleh ada kat sini," tempelak Izdiey.
"Saya peliklah, kenapa ustaz nak susah susah bawak saya turun kat bilik sakit tu? Biar je la saya dekat surau," ngomel Zinnirah, dia masih tak puas hati ustaz itu menyentuhnya tanpa kebenaran.
"Takkanlah nak biar awak melepek macam tu. Nanti budak budak naik solat subuh tengok, tak ke kecoh satu sekolah,"
Cikgu Zul sekadar mendengar mereka berdua bertekak. Rolled eyes. Biarlah, terapi jugak tu.
"Tapi perlu ke ustaz yang angkat saya? Entah entah saja nak ambik kesempatan," Izdiey ketawa seakan tidak percaya mendengar kata kata gadis itu.
"Excuse me. Kalau lah si Mazni tu boleh jalan, saya lebih rela dia dengan cikgu Hasniah usung awak tau! Ingat saya nak sangat ke angkat awak, dah la berat macam gajah!"
"Apa?!"
"Apa? Apa?"
Cikgu Zul menarik nafas panjang. Dua orang ni kalau jumpa tak boleh ke tak bergaduh. Wajahnya ditekupkan di meja. Pura pura matilah.
***********
Mazni dan Hafiz segera mendapatkan Zinnirah sebaik sahaja gadis itu keluar dari bilik kaunseling. Wajahnya kelihatan marah, pintu bilik dihempas kuat.
"Yeee, pintu bilik ni memang anti gempa bumi punnn!!" laung cikgu Zul dari dalam.
"Yang, kau kenape?" Soal Hafiz. Zinnirah menjeling lelaki itu tajam. Serta merta dia berdehem.
"Kau kenapa?" Soal Hafiz sekali lagi, kali ini suaranya kedengaran garau. Mazni sudah tergelak di belakang.
"Ustaz Izdiey tu la. Benci betul aku dengan dia! Asyik buat aku sakit hati je," Mereka bertiga mula menapak menuju ke kantin. Masa rehat hanya berbaki 10 minit lagi, lebih baik mereka segera mengisi perut.
"Why?? Dia baik kot," bidas Hafiz.
"Elehh, dulu kau juga yang tak suka dia," Mazni mengingatkan lelaki itu. Asal jumpa ustaz Izdiey je lari.
"Itu dulu, sekarang tak lagi. People change,"
Zinnirah sekadar mengabaikan mereka berdua. Dia menghampiri koperasi sekolah, disebalik kaunter itu seorang budak lelaki berkacamata, berbaju uniform pustakawan tersenyum menyambutnya.

YOU ARE READING
MUHAFIZ [COMPLETE]
Novela JuvenilSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...