Hening.
Mahfuz menggaru kepala sebelum tersengih seorang diri. Mungkin dia terlalu bersangka buruk pada Shahzan. Jelas tiada apa apa pun di situ. Jangan jangan lelaki itu berlari masuk ke sini untuk melepaskan hajat. Semoga dia istinjak dulu la sebelum mereka berlanggar tadi.
"Tolongggg!!!"
Satu jeritan mengejutkan remaja itu, dia pantas berpaling ke arah mana suara itu datang. Ketika itulah dia melihat seorang gadis sedang menggelongsor jatuh ke bawah tebing. Dan gadis itu ialah...
"ZINNIRAHH!"
*************
Cik Zai menjengah anak bujangnya yang sedang melipat baju di ruang tamu. Dia tersenyum nipis sebelum mencapai sesuatu dari dalam laci meja soleknya. Dia lantas menghampiri Ziyad lalu duduk bersimpuh di sisi anak lelakinya itu.
"Abang.."
"Ye mak? Nak air ke? Meh abang buatkan," sahut lelaki itu seperti biasa. Jika Ziyad ada di rumah, jarang sekali ibunya melakukan apa apa pekerjaan. Semuanya pasti dibereskan oleh si jurutera itu.
Cik Zai pantas memegang lutut anaknya, menghalang lelaki itu dari pergi. Ziyad kembali duduk.
"Mak, nak cakap sikit ni,"
Sebuah buku kecil dikeluarkan dan dihulur pada Ziyad. Cik Zai menggenggam tangan anaknya itu kemas. Dahi Ziyad berkerut.
"Ni buku ASB mak. Guna untuk adik sambung belajar ye,"
Ziyad tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Tak payahlah mak. Mak simpan je, buat pergi haji. Hal belajar adik tu, biarlah..abang kan ada," jawab lelaki itu. Kembali menyerahkan buku itu pada cik Zai.
"Ambiklah..memang mak dah asingkan siap siap. Kalau nak pergi haji tu, kan dah ada tabung haji. Mak dah tukarkan penama ni jadi nama adik, dan abang sebagai penjaga. Nanti kalau ada apa apa senanglah abang je terus uruskan. Mak tak pandai sangat, lagi lagi online online tu,"
Ziyad tertawa sambil menggelengkan kepala. Nak buat macamana, sudah niat ibunya.
"InsyaAllah, mak," jawab lelaki itu perlahan.
Cik Zai hanya membisu memerhatikan tingkah laku Ziyad yang kembali melipat baju. Serasa baru sahaja dia melihat anaknya itu masuk ke sekolah rendah, kini sudah besar panjang. Terbit dihatinya perasaan sedih, kerana sejak dari kecil Ziyad sudah tahu membawa diri.
Dengan ayah yang sakit juga adik yang masih bayi, lelaki itu banyak mengalah dan selalu membantunya menguruskan Zinnirah. Sebagai seorang ibu, dia merasa bersalah. Di usia 6 tahun seperti Ziyad, dia sepatutnya masih bermain seperti kanak kanak lain bukan sibuk menjaga adik dan mengurus rumah.
"Mak, minta maaf abang..." ujar cik Zai sambil mengusap lembut kepala anak sulungnya itu. Ziyad memandangnya aneh.
"Minta maaf kenapa, mak?"
"Minta maaf...sebab curi masa kecil abang. Minta maaf sebab paksa abang jadi dewasa. Minta maaf sebab-"
"Ya Allah, mak...kenapa cakap macam tu? Memang tanggungjawab abang kan? Abang kan anak lelaki," potong Ziyad. Tidak suka melihat ibunya kesedihan.
Kalau boleh dia tidak mahu ibunya dihantui masa lalu. Benar, dahulu kehidupan mereka penuh kesedihan dan kesulitan namun mereka sudah bahagia sekarang. Semakin bahagia.
"Terima kasih abang sebab sentiasa ada untuk adik. Dia tak pernah sekalipun benci abah, sebab abang,"
Ziyad tidak membalas. Selama ini dia sedaya upaya menjadi abang yang terbaik buat Zinnirah persis seperti abah mereka. Sepertimana layanan Zaid terhadapnya dan cik Zai seperti itulah layanan Ziyad kepada mereka. Dan dia tidak pernah jemu mengingatkan Zinnirah bahawa sebelum ayah mereka sakit, dia adalah lelaki paling penyayang di dunia.

ANDA SEDANG MEMBACA
MUHAFIZ [COMPLETE]
Teen FictionSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...