23.Nafas (II)

86 6 2
                                    

"Betul ke jalan ni, Mat?" Soal Rahman, matanya melilau ke kiri kanan. Seram pulak rasanya melalui jalan hutan yang sunyi itu meskipun hari masih siang.

"Betul la ni. Waze tunjuk jalan ni. Tadi kau jugak yang bising nak cepat sampai," bebel Ahmad sambil memeriksa telefon bimbit.

Kedua dua lelaki itu sedang dalam perjalanan menuju ke pekan Cendera menghadiri satu mesyuarat. Malangnya ini kali pertama mereka di Melaka, jadi mereka tidak terlalu mahir selok belok jalan di sini.

"Memanglah, tapi kalau aku tahu jalan shortcut dia tempat jin bertendang...memang tak lah aku nak lalu. Kau tengok tu, kiri kanan hutan je..kalau kemalangan ni, mahu esok baru orang sedar-"

"Hisy, Nauzubillah! Mulut kau ni!" Sergah Ahmad kurang selesa.

Rahman memuncungkan mulut. Dia kembali fokus dengan pemanduannya, sementara Ahmad masih meneliti peta di telefon bimbit. Namun sewaktu mereka semakin menghampiri simpang tiga di hadapan, lelaki itu ternampak sesuatu yang agak mencurigakan.

"Mat! Mat! Kau tengok tu, ada motorlah!" Teriak lelaki itu cemas.

Ahmad bingkas berpaling kearah yang dimaksudkan Rahman. Ketika itulah dia melihat sebuah motor dalam keadaan terbalik hampir memasuki semak. Hatinya mula berasa tidak enak. Rahman mendadak memijak brek. Belum sempat Ahmad menghalang, lelaki itu telah pun lesap meninggalkan pintu yang terbuka.

Rahman berlari sepantas kilat mendapatkan motor yang terbalik itu. Pemiliknya tidak kelihatan. Lelaki itu memeriksa di sekitar semak, sebelum matanya menangkap satu tubuh lengkap berbaju kurung dalam keadaan meniarap di dalam parit.

"Allah!"

"Man! Bahay-"

"Call ambulans, cepat!!!"

*******************

Ziyad duduk seorang diri di ruang menunggu Hospital Besar Cendera, sambil menekup wajah dengan kedua belah tangan. Sejak dari tadi lelaki itu tersengguk sengguk.

Dua pasang kaki berlari lari semakin lama semakin menghampiri lalu berhenti.

"Abang?"

Ziyad mengangkat wajah, matanya merah dan bengkak. Tanpa bercakap banyak, dia terus memeluk erat Zinnirah. Airmatanya pecah lagi. Izdiey hanya mengusap belakang sahabatnya itu, cuba menenangkannya.

"Mak mana?" Soal Zinnirah sebaik sahaja Ziyad meleraikan pelukan.

Jurutera itu menatap lama adiknya sebelum berpaling ke arah sebuah bilik yang terletak di sebelah mereka. Zinnirah tersentak. Dia mahu bertanya jika Ziyad tersilap bilik atau tidak tetapi suaranya seakan tersekat. Serta merta nafasnya menjadi laju.

"Ziyad..cik Zai..."

Zinnirah menapak sambil menahan sakit di dada, sehinggalah dia tiba di muka pintu bilik yang dimaksudkan oleh Ziyad. Bilik mayat.

"Ye cik, boleh saya bantu?" Sapa seorang pegawai bertugas yang baru sahaja menutupi satu jasad dengan kain putih.

"Zai..Zzaidatul,"

"Waris puan Zaidatul?" Duga pegawai itu. Zinnirah mengangguk lemah.

Pegawai perubatan itu lantas menilik satu persatu nama yang tentera pada peti mayat kemudian menarik keluar satu jasad. Zinnirah menekup mulutnya, tidak percaya.

"Aku dah beritahu ayah aku. Soal pengebumian cik Zai, kau tak payah risaulah...imam akan uruskan," ujar Izdiey selepas selesai mengabarkan perihal duka itu pada ayahnya.

"Terima kasih, Diey..Nasib baik ada kau. Aku...."

Izdiey memegang lembut bahu Ziyad. Cuba mengalirkan sedikit kekuatan.

MUHAFIZ [COMPLETE]Where stories live. Discover now