Hafiz dan Zinnirah melopong melihat epal yang bertimbun di atas meja Mazni. Mereka berdua saling berpandangan, habislah kita.
Mereka segera mengerumuni Mazni, ingin membaca kad ucapan milik pengawas itu. Kebanyakannya dari pelajar junior yang ingin menjadikan dia sebagai kakak angkat. Sementara Mazni tercari cari jika ada epal dari Azan. Gadis itu mengeluh hampa.
"Azan tak bagi pun aku epal," keluh gadis itu.
"Alahh..baru hari first kot, esok lusa ada la tu dari dia," ujar Hafiz cuba memujuk. Mazni merebahkan kepalanya diatas meja.
Thalha muncul di muka pintu, dia menjenguk ke dalam kelas mencari seseorang. Pelajar itu kemudian tersenyum sebaik menjumpai orang yang dicari. Dia segera menghampiri meja Mazni.
Zinnirah yang melihat kedatangan budak koperasi itu segera menyiku Mazni.
'Tuu, sampai lagi sebijik,' bisik Zinnirah. Mazni segera bangun, moga moga ia dari Azan.
"Hai, semua," sapa Thalha riang seperti selalu, dia menyeluk tangan ke dalam beg yang dibawanya. Sebiji epal dikeluarkan lalu diberikan kepada...
"Apit?!" Teriak Zinnirah dan Mazni hampir serentak.
"Kakak aku yang bagi kot," tutur Hafiz tenang, dia mengambil epal yang diberikan Thalha. Kedua gadis itu bingkas bangun ingin melihat dari siapakah epal itu datang.
Kepada: abang Hafiz (5 Umar)
Saya dah lama ada crush dengan abang.
Dari: Julia (3 Ali)
Hafiz membatu, sangkaannya meleset sama sekali. Manakala Mazni dan Zinnirah saling berpandangan.
Hafiz dah ada peminat!!
*********
Uwekkk! Uwekkkk!
Rozita mengurut dadanya yang perit. Sudah beberapa hari ini dia tidak sedap badan. Semua makanan yang masuk pasti keluar semula.
Uwekkk!
Pintu salah satu tandas disampingnya tiba tiba terbuka. Zinnirah keluar sambil mengangkat sebelah kening, melihat gadis itu penuh curiga. Rozita sedaya upaya menahan loya, tidak mahu Ajk disiplin itu syak yang bukan bukan.
Senior itu berlalu selepas membasuh tangannya di sinki. Sebaik sahaja dia menghilang, Rozita terus termuntah lagi.
Uwekkk!
"Hisy, jom pergi klinik," gadis itu tiba tiba muncul semula lantas mengheret Rozita, menuju ke rumah Izdiey.
Menurut firasatnya Rozita mungkin mengalami keracunan makanan, mereka perlu segera membawanya ke hospital.
"Eh, kak, kejap!"
Ambulan datang dan pergi silih berganti di unit kecemasan Hospital Besar Cendera. Perkarangannya seperti tidak pernah lengang sentiasa penuh dengan manusia.
Zinnirah dan Izdiey menunggu Rozita di ruang pesakit luar. Sesekali mata ustaz itu mengerling pada gadis disebelahnya. Macam nak runtuh pintu rumahnya digegar gadis itu tadi, nak berak pun tak senang.
Rozita menggoyangkan kaki, gementar. Sebaik mendengar yang gadis itu mengalami simptom keracunan makanan, doktor segera meminta ujian air kencing dijalankan. Seorang jururawat masuk ke bilik doktor sambil membawa sehelai kertas.
Dr Fauzi, doktor yang bertugas pada malam itu mengarahkan dua ujian dijalankan pada urine pelajar tersebut. Dia terkejut apabila membaca hasil ujian Rozita, doktor itu segera keluar mendapatkan pelajar itu. Namun dia sudah tiada.

ANDA SEDANG MEMBACA
MUHAFIZ [COMPLETE]
أدب المراهقينSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...