Mahfuz....
"Mahfuz?!"
Huh?! Jejaka itu tersentak. Wajah ketat bapanya menghiasi pandangan. Masih sabar menunggu jawapan.
"Ehmm..." Dia masih teragak agak.
"Boleh la? Mahfuz satu satunya yang tinggal, kalau tak kamu..siapa lagi?"
Lelaki itu mengeluh lagi, wajah diusap perlahan dengan kedua telapak tangan. Padahal dia baru sahaja menerima jawapan daripada hospital yang dipilih untuk housemanship, tiba tiba ayahnya muncul dengan satu permintaan pula. Serba salah dia jadinya.
"Alah, abang ni...biarlah dia atur jalan hidup dia sendiri," kedengaran suara puan Khadijah di dapur.
"Tapi-"
"Abah.." potong Mahfuz sebelum sempat ibu dan bapanya bertekak. Dia tersenyum sambil menatap wajah penuh pengharapan di depannya itu. Bagaimana mungkin dia berkata tidak?
"Boleh..cuma Mahfuz pun ada satu permintaan,"
**************
Para jemaah mula meninggalkan surau satu demi satu. Zinnirah keluar dari ruangan solat wanita lalu bergabung dengan abangnya yang sudah menunggu di luar. Kedua beradik itu berjalan beiringan mendapatkan selipar.
"Alamakkk...." Desis Ziyad perlahan apabila seorang lelaki menghampiri mereka. Zinnirah mengangkat wajah.
"Emm,boleh cakap kejap?"
Gadis itu terdiam kaku menghadap Izdiey yang segak berbaju melayu biru cair dan berkain pelikat hitam.
"Hmm, abang gi borak ngan imam kejaplah," ujar Ziyad memberi ruang kepada mereka berdua.
"Ha? Eh,abang!" Halang Zinnirah namun lelaki itu sudah mencicit lari mendapatkan imam Abbas yang sedang duduk di perkarangan surau.
Baik Izdiey mahupun Zinnirah, kedua duanya kelihatan kekok bersama. Padahal sebelum ini, asal jumpa jer bertekak.
"Nak..cakap apa?" Soal gadis itu agak gementar, cuba untuk tidak bertentangan mata dengan Izdiey.
"Saya..." Izdiey menggaru tengkuknya, janggal. Namun mata lelaki itu dengan segera menangkap cincin pemberiannya tersarung kemas di jari manis Zinnirah. Satu senyuman bahagia terukir.
Zinnirah dengan lekas menyembunyikan tangan sebaik menyedari apa yang dilihat Izdiey. Dia memejamkan mata, malu.
"Terima kasih sudi terima saya.." ujar lelaki itu akhirnya.
"Elehh, ustaz ingat saya nak sangat ke terima ustaz? Saya cuma tuntut janji ustaz jer.. Ustaz kan yang janji nak kawin dengan saya dulu?" jawab Zinnirah bersahaja. Izdiey tersenyum memandang gadis disebelahnya. Padahal Izdiey yang dipaksa berjanji bukan bukan dengan si kecil Yaya, Izdiey juga yang kena.
"Saya sayang awak, Zinnirah," Mata gadis itu membulat saat mendengarnya, serta merta jantungnya berdegup laju.
"Saya taknak awak hilang lagi dari hidup saya. Saya taknak awak pergi lagi..saya tak mampu.."
"Saya nak awak ada dengan saya selama lamanya..dan izinkan saya jadi Muhafiz awak,"
Dahi Zinnirah berkerut.
"Muhafiz?" Soal gadis itu kurang mengerti. Ustaz muda itu mengangguk.
"Pelindung awak..untuk selamanya.."
Mata mereka saling bertaut. Segala perasaan yang dipendam selama 15 tahun mengalir ke hati perlahan lahan. Ini wajah yang mereka cintai buat pertama kali. Ini wajah yang sentiasa ada dihati. Namun kerana dia kawan baik abangnya, juga dia adik kepada kawan baiknya maka semua rasa ditutup rapat dan diselindungkan atas nama sahabat.
YOU ARE READING
MUHAFIZ [COMPLETE]
Подростковая литератураSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...