"Apa maksud awak?"
Mereka berdua saling menatap tajam. Para pelajar yang melintas di parkir itu tersenyum sesama sendiri saat melihat mereka berdua. Pasangan secocok fikir mereka.
"Zinnirah tu bukan macam yang awak sangka. Dia tu kurang ajar, panas baran lepas tu tak hormat cikgu. Takkan awak nak berkawan dengan orang macam tu,"
"Awak fikir saya ni baru 5 tahun ke?" Soal Mahfuz.
"Tak, saya cuma nak awak berhati hati je. Awak tak kenal dia, awak baru pindah sini," jelas Syafiqah. Dia tidak mahu Mahfuz tersalah erti dengan niat baiknya.
"Saya dah besar. Saya boleh nilai sendiri yang mana baik dan buruk. Terima kasih banyak," balas Mahfuz. Dia memulakan langkah deras tidak mahu berlama di situ bersama Syafiqah.
"Kenapa awak suka dia hah?!" Teriak Syafiqah tiba tiba. Para pelajar yang berada di situ spontan menoleh ke arah mereka. Mahfuz memejamkan matanya, cuba bertenang.
"Awak dengar ye, saya..tak suka dia sama macam saya tak suka awak. Faham?"
Gadis itu terdiam. Betul ke apa yang baru didengarinya? Lelaki itu baru sahaja menolaknya. Itulah kali pertama dia ditolak, dia tidak pernah ditolak oleh mana mana lelaki sebelum ini.
"Awak tunggulah nanti! Dia akan tunjuk rupa sebenar dia!!"
*********
Hari sukan membuka tirai. Hari yang paling disukai oleh para pelajar kerana tak payah belajar obviously. Masing masing berkumpul di khemah rumah sukan memberikan sokongan kepada atlet mereka yang terlibat.
Bagi para warden, hari sukan tiba pada waktu yang tepat. Sekurang kurangnya para pelajar akan mula melupakan tragedi menakutkan yang berlaku di aspuri baru baru ini.
Thalha dan konco konconya seperti biasa, menjadi orang yang paling function sekali. Apa je yang mereka tak jual, selagi boleh jual, mereka jual. Makanan, minuman, kipas tangan hatta payung juga dijual. Dasar budak koperasi.
Wisel ditiup, para peserta acara larian 200 meter dilepaskan. Para penonton bersorak hebat memberi semangat. Zinnirah dan Hafiz turut sama terpekik memberikan sokongan kepada Mazni yang menyertai acara tersebut.
"Mazni! Mazni! Mazni!" Teriak mereka berdua.
Zinnirah mengenakan baju sukan rumah kuning, Hafiz rumah sukan biru manakala Mazni rumah sukan hijau. Nampak sangat warna tidak memisahkan mereka bertiga.
Di khemah rumah Merah, Mahfuz tersengih melihat gelagat mereka berdua. Seketika matanya lekap pada senyuman Zinnirah.
Dub. Dab. Dub. Dab.
Dia segera membuang pandangan pada Mazni yang sudah diraikan kerana mendapat tempat pertama. Dia perasan Azan juga berada tidak jauh dari Mazni, memerhatikannya sambil tersenyum. Hatinya terdetik sesuatu.
Betul ke kita tak suka? Atau kita yang tak sedar?
"Zinnirah!" Lengan gadis itu ditarik kasar. Teacher Fazilah dengan segera mengheret Zinnirah menuju ke khemah urusetia.
"Eh, eh, Mem! Nape?" Soal Zinnirah blur, tengah sibuk berhibur tiba tiba kena tarik pulak.
"Kita kena cepat. Awak kena gantikan Suhaida, dia tercedera masa lumba tadi," ujar guru biologi itu, tangannya ligat mendaftar nama Zinnirah untuk acara 400 meter.
"Apa?! Mem saya tak minat berlariii.." rengek Zinnirah sambil menghentak kaki. Guru itu menjeling lantas memulas telinga gadis itu.
"Adehh! Sakit mem!"
"Kamu langsung takde masuk acara apa apa tau! Bila atlet rumah sendiri masuk, dia pergi sokong atlet rumah lain. Nak ke taknak ke, awak kena ganti dia!"
YOU ARE READING
MUHAFIZ [COMPLETE]
Teen FictionSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...