Syg, sabtu ni jom lepak kat uptown. Ada funfair
Okiess. Pukul berape nak jumpe?
Pukul 1 pagi. Bby tnggu kt tmpat biasa
*********
Mazni berlari lari anak cuba menyamakan langkahnya dengan Zinnirah. Selepas dia tarbiah budak berdua tadi, ingatkan dia mahu terus duduk di dewan prep. Rupanya dia kembali ke tempat lepaknya semula.
"Kau jangan cakap pape," Mazni yang baru ingin membuka mulut membatu. Zinnirah menjelingnya sambil mengemas buku buku yang ada diatas meja batu itu.
"Dah, kau kemas kemas ni nak gi mane pulak?" Soal Mazni, Zinnirah sudah menyandang begnya.
"Gi mana lagi? Pergi prep la..kan aku dah jadi ajk Disiplin sekarang, brrr," ujar Zinnirah. Rolled eyes. Mazni ketawa senang hati segera dia mengejar rakannya yang entah keberapa ratus kali selalu meninggalkannya di belakang.
"Oh, shit!" Latah Zinnirah terkejut, nyaris berlaga dengan Izdiey yang tiba tiba muncul.
"Kamu berdua, ikut saya," ujar ustaz itu seraya berpaling menuju ke pejabat asrama. Mereka berdua saling berpandangan sambil mengangkat bahu, lalu menuntun langkah ustaz tersebut.
Cikgu Hasniah, Syafiqah, Hayati dan juga Insyirah sudah lama berada di situ. Sewaktu mereka berdua sedang sibuk berdrama di belakang asrama, warden telah memanggil semua majlis tertinggi untuk berkumpul di pejabat asrama hanya mereka sahaja yang tiada. Oleh itu, Izdiey bertindak untuk mencari mereka.
"Hah, bagus! Sekarang semua dah ada, boleh la kita start meeting kita," bicara Cikgu Hasniah sebaik melihat Izdiey, Zinnirah dan Mazni masuk. Mereka mengambil tempat di sebelah Insyirah. Manakala Izdiey lebih selesa berdiri, janggal kerana dia seorang sahaja lelaki di situ.
"So memandangkan hujung minggu ni kelas tambahan masih belum bermula, dan kamu semua takde aktiviti..saya dan ustaz Izdiey cadangkan kita buat latihan kebakaran malam Jumaat tu,"
"Latihan kebakaran? Perlu ke?" Bisik Zinnirah.
SHHHH! Serentak Izdiey dan Mazni menegur Zinnirah. Gadis itu mencebik kembali mendengar. Di suatu sudut, Syafiqah sekadar mengamati gadis dihadapannya itu dalam dalam. Dari raut wajahnya, pakaiannya, tingkahlaku dan juga kepandaian tiada apa yang istimewa.
Memang betul pun, wajah Zinnirah boleh dikatakan biasa biasa je. Cantik tak, huduh pun tak. Zinnirah kalau dibandingkan dengan Mazni pun, cantik lagi Mazni inikan pulak Syafiqah. Pelajar perempuan paling cantik di sekolah, sudahlah cantik, pandai, pengawas, naib kapten aspuri pulak tu. Pakej lengkap. Tapi kenapa Mahfuz lebih tertarik pada Zinnirah?
Sejak dia melihat Mahfuz mengejar Zinnirah di kantin tempoh hari, hatinya dirudum cemburu. Mahfuz kalau terserempak dengan dia atau pelajar perempuan lain, jangankan tegur pandang pun tidak. Tunduk sahaja, jaga pandanganlah sangat. Tapi bila dengan Zinnirah, bukan main lagi siap berkejar, berborak lepas tu senyum senyum pulak. Menyampahnya!
Takkanlah Mahfuz yang hensem, baik, lelaki kiriman tuhan tu suka dengan perempuan macam Zinnirah. Tak sama level langsung.
"Kau apahal tengok aku camtu? Ada masalah ke?" Syafiqah tersentak tanpa disedari Zinnirah sedang merenung dia kembali. Dia segera tersenyum.
"Eh, takde apa. Mengelamun je, bukan tengok kau,"
"Baiklah, memandangkan semua dah setuju..jadi saya serahkan tanggungjawab untuk mengetuai latihan kebakaran ni pada team disiplin dan keselamatan lah, sebab ini berkaitan dengan keselamatan kan," cikgu Hasniah mengerling ke arah Izdiey dan Zinnirah. Ustaz itu hanya mengangguk manakala pembantunya hanya membatu.

ANDA SEDANG MEMBACA
MUHAFIZ [COMPLETE]
Novela JuvenilSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...