14.Kebenaran

66 7 2
                                    

Dua pasang mata mengintai dari celah warung cik Zai. Kelihatan Tok Awang sedang bersiap sedia mengenakan but kuning, mahu ke kebun. Ziyad dan Zinnirah saling mengenyit mata, bersedia untuk menjalankan plan mereka. Tambahan pula cuaca hari ini sangat bagus, memang sesuai untuk cari pasal dengan orang tua tu.

Ziyad membaiki pakaiannya. Kemudian dengan satu helaan nafas yang panjang, dia lenggang lenggok menghampiri pagar rumah Tok Awang.

"Assalamualaikummm," sapa pemuda itu. Tok Awang tersenyum lantas membuka pagar.

"Waalaikumsalam,"

"Tok Awang siap dah? Kalau macam tu jomlah kita ke kebun baiki kandang kambing Tok Awang tu,"

Sedang dia berbual cuba mengalihkan pandangan lelaki tua itu, tangan kanannya dengan perlahan mencapai mangga yang tersangkut di pagar dan dimasukkan ke dalam saku. Kemudian tangan kirinya mengeluarkan mangga yang hampir serupa dan digantungkan pada pagar.

"Eloklah, biar tok kunci pagar dulu ye," Ziyad mengangguk sambil tersengih bodoh.

Tok Awang merapatkan kedua belah pagarnya sebelum mencapai mangga yang telah digantikan Ziyad tadi lalu menguncinya. Nampak seperti dia tidak syak apa apa.

"Marilah," ujar lelaki tua itu.

"Haa,ye..mari, mari!"

Mereka berdua membonceng motorsikal cabuk milik Ziyad dan berlalu menuju ke kebun Tok Awang di kampung sebelah. Beberapa hari lalu lelaki tua itu ada meminta pertolongan Ziyad untuk membaiki kandang kambingnya yang roboh ditimpa dahan pokok reput dan seperti yang dijanjikan, hari ini mereka ke sana ingin membaikinya.

Zinnirah terjengket jengket menghampiri pagar rumah berkenaan sebaik sahaja kelibat mereka lesap dari pandangan. Gadis itu mengeluarkan kunci milik mangga yang ditukar Ziyad lalu membuka pagar tersebut secepat mungkin.

"Usamm! Usammm!" Panggil Zinnirah sambil mengetuk pintu. Tiada sahutan.

Gadis itu segera memeriksa kalau kalau ada tingkap atau pintu yang tidak berkunci. Salah satu tingkap di ruang tamu kelihatan tidak tertutup rapat, dia lantas membuka dan mengintai ke dalam.

Walaupun keadaan di dalam agak gelap dek kerana langsir yang menghalang cahaya dari menembusi, tapi dia masih dapat melihat dua sosok kecil sedang terbaring di ruang tamu. Satu di atas sofa, satu lagi di lantai.

"Usam! Usam, bangun!!" Teriak Zinnirah sambil mengetuk kaca tingkap.

Perlahan lahan sosok yang baring di lantai itu bangun. Dia menoleh ke arah suara Zinnirah.

"Kakyah?"

"Yee, kakyah ni. Bukak pintu cepat," gesa gadis itu. Walaupun dia tahu membaiki kandang akan memakan masa yang lama, tapi dia tetap bimbang jika orang tua itu tiba tiba muncul.

"Atok mana?" Soal kanak kanak itu risau.

"Atok takda, dia pergi kebun. Cepatlah bukak pintu sebelum dia balik,"

Usamah segera berlari ke pintu hadapan lalu membukanya. Zinnirah tergamam sebaik sahaja melihat keadaan budak lelaki itu yang kusut masai.

"Ya Allahh..kenapa comot sangat ni? Adik mana?" Soal Zinnirah.

"Adik tidur lagi kat dalam," jawab Usamah. Zinnirah perasan ada lebam yang baru pula di pipi kanak kanak itu. Hisy, Tok Awang ni memang nak kena!

"Pergi kejut adik cepat, kita gi rumah kakyah,"

Usamah mengangguk lantas berlari mengejutkan adiknya Wadea yang nyenyak tidur. Hampir 10 minit juga dia menunggu sebelum esakan Usamah menusuk ke telinga.

MUHAFIZ [COMPLETE]Where stories live. Discover now