8.Peduli

61 8 0
                                        

Seperti biasa setiap kali masuk waktu rehat, gadis itu akan bergegas ke surau. Mazni dan Hafiz sudah faham sangat rutin kawan baik mereka itu. Dalam 10 minit sebelum waktu rehat tamat, dia akan muncul di kantin.

Sejak dari tingkatan 3, dia perlahan lahan menjadikan solat Dhuha sebagai rutin harian, tidak terlalu memaksa, mana yang sempat sahaja. Tapi lama kelamaan ia menjadi satu kemestian, rasa tak lengkap jika tidak mengerjakannya.

Paip air dibuka perlahan, dengan lafaz niat berwudhu', dia mula berkumur. Selesai mengambil air sembahyang, dia mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat. Berdoa serba sedikit, tak lupa juga doa agar dikurangkan panas barannya.

Kemudian al-Quran dicapai, masa untuk berlatih tarranum pula. Kalau tak berlatih, nanti tak ingat. Bukan untuk tujuan apa apa, cuma ilmu itu terlalu sayang untuk dibiarkan. Memandangkan orang yang mengajar dia sudah tiada lagi disitu.

"Ehemm...ehemm," Dia membetulkan kerongkongnya, nafas ditarik dalam dalam.

"A'uzubillahiminas syaitonir rajim..Bismillahirahmanirahimm.." Hari ini dia memilih membaca surah kegemarannya, surah an-Nisa'.

Kain tirai yang ditarik kasar secara tiba tiba mengejutkannya. Kelihatan Izdiey terpacak di saf lelaki, wajahnya penuh dengan tanda tanya.

"Zinnirah?!" Nadanya terkejut.

"Kenape?"

**************

Izdiey termenung jauh, jarinya mengetuk ngetuk meja. Berfikir sesuatu. Sesekali mata Mahfuz hinggap pada ustaz itu. Tidak pasti samada dia mendengar atau tidak bacaannya.

"Hisy! Tak boleh jadi ni Mahfuz," tiba tiba ustaz itu membentak. Terkejut budak tu dibuatnya.

Majlis Tilawah al-Quran peringkat sekolah akan bermula minggu hadapan, dia kena buat sesuatu untuk memujuk gadis degil itu menyertainya.

"Kenapa ustaz?"

"Kamu tahu tak yang si Zinnirah tu pandai mengaji? Siap dengan tarranum dengan qiraat lagi!" Ujar Izdiey. Mahfuz menggaru kepala, kurang faham.

"Lepas tu kenapa ustaz tak ajak dia masuk tilawah?" Soal naib kapten itu. Izdiey mendengus.

"Saya ajak dah dia. Tapi kamu tahu dia jawab apa? Memang tak la!" Balas Izdiey sambil meniru suara gadis itu. Mahfuz tergelak kecil.

"Kita kena buat sesuatu, kamu kena tolong saya. Kita kena pujuk si degil tu. Dia harapan kita. Last sekolah kita dapat tempat dalam tilawah, 4 tahun lepas tau! Itupun saguhati," bebel Izdiey.

Bukan dia tidak yakin pada kebolehan Mahfuz, cuma budak ni tak berapa mahir tarranum. Tajwidnya memang bagus, tapi tilawah juga akan dinilai dengan tarranum dan qiraat. Dan Mahfuz, dia tiada basic dalam kedua dua hal itu. Dia baru seminggu mengajar pelajar itu, dan tarranumnya tidak selancar Zinnirah.

"Kita nak buat apa ustaz?" Walaupun tahu si Zinnirah tu payah sikit nak dengar kata orang tapi tak salah mencuba.

"Kita jalankan Ops MTQ!"

*************

"Akakkk..pleasee, kitorang mintak maaff," rayu ketiga tiga pelajar itu sambil bergayut pada tangan Zinnirah.

"Lepaslah woi! Hari tu korang kata tak cukup masa kan? Aku dah pulang balik masa korang, nak apa lagi?" Marah gadis itu. Nak telefon mak pun tak senanglah.

"Akak, kitorang tahu kitorang salah. Janganlah buang kitorang dari team," rayu Fatin.

"Tolonglah terima kitorang balikkkk,"

"Betul kak, kitorang sanggup buat apa saja asalkan akak terima kitorang balik. Bola tampar je satu satunya benda yang kitorang pandai, please kakk,"

Zinnirah sekadar memerhatikan ketiga tiga budak itu berdrama. Masa buat tak fikir, bila dah kena buang barulah nak sedar itu ini.

MUHAFIZ [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang