~ 𝑝𝑟𝑜𝑙𝑜𝑔 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑢𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑖~

6.8K 135 0
                                    

Tajuk:Cinta yang kumiliki
Author:Elrosseeyiu1

Start:14 November 2023
End:


10 tahun lepas*

"Aku rasa aku dah jatuh cinta lah dengan Adelia tu" Ujar Zayyan kepada kawan karibnya.

"Dah tu pergi lah ko confess " selamba Aiden menolak bahu Zayyan. Eh dia ni karang ada yang makan penumbuk! Tak silap masuk bilik disiplin kejap lagi.

"Tak nak lah! Yang kau main tolak-tolak bahu aku ni dah kenapa? Nak aku tolakkau masuk longkang besar dekat sana tu? "

"Heh jantan apa kau ni tolak sikit pun dah mengaduh sakit! " tingkah Aiden sambil menyilangkan tangannya di dada. Sementara Zayyan mengintai Adelia dari belakang tempok ada seorang gadis menerjahnya.

"Woi kau ni dah kenapa? Mengintai anak dara orang? Takde kerja lain eh? Mentang-mentang waktu rehat korang mengintai pulak!" Zayyan, Aiden disergah oleh seseorang gadis. Ini kalau Zayyan tak ajak aku mesti aku tak kena marah macam ni. Mereka berdua menundukkan wajah.

"Buat apa tercongok lagi dekat sini? Masuk kelas lah samdol! " mereka berdua berlari anak meninggalkan gadis itu, tidak sempat untuk melihat wajah gadis tersebut. Manakala gadis itu menuju kearah kawannya itu.

Adelia Raisya. Aryeen Qaidina.

"Adel, What's up my gurl" sapa Keyla.

"Key kau tadi marah siapa? " soal Adelia pelik.

"Tadi ada budak lelaki dia mengintai perempuan weh!Tu yang aku tegur yang ping bencinya muka tu aku tak kenal" Keyla mengumpalkan tangannya. Nak je dia tumbuk muka tu biar penyek.

"Dah lah tu kau ni benda tu pun nak terbawak-bawak" Yeen cuba untuk menenangkan kawannya yang seorang itu. Baran tak boleh bawak bincang.

"Baran tak habis lagi ni".

Selepas habis sekolah*

"Mama, Papa, Arfan kakak dah balik ni" Adelia menjejakkan kakinya kerumah.

Kelihatan Arfan berlari anak kearahnya. "Kakak awalnya balik? " ucap Arfan dengan suara kecomelannya.

"Papa dengan mama mana Arfan? " soal Adelia pula.

"Ada tengah bikin romantis di dapur" kaki Adelia menuju kearah dapur.

"Huh! Kantoi bikin romantis Ye dekat dapur? " terjah Adelia. Nasib tidak gugur jantung dibuatnya.

"Kamu ni Adel bagilah chance nak bermakna, bukan selalu" gurau Tuan Razif.

"Adel nanti tolong mama belikan kiub ayam dekat kedai runcit ye? Nak masak sup ayam" Adelia menurut perintah. Dia tahu nak suruh siapa pergi kedai.

Arfan Rais.

"Arfan oh Arfan mama suruh awak pergi kedai runcit beli kiub tomyam" Arfan hanya menganggukkan sahaja. Duit yang berada ditangan Adelia dihulurkan kepada adiknya.

"Bolehlah aku tidur petang, hikhik"

Sementara Arfan ingin melintas jalan dengan menunggang basikalnya ada sebuah kereta laju ingin melanggarnya. Tanpa disedari oleh Arfan. Dia pun terus melintas tanpa memandang kiri kanan.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now