~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏 21~

934 26 2
                                    


Tibanya hari dimana pertunangan Zayyan dan Adelia. Majlis yang sederhana didatangi oleh saudara belah mak, ayah dan kawan Adelia.

"Tak sangka weh! cepatnya kau dah nak jadi tunang orang, sedangkan aku ni masih single lagi?"pinta Keyla dah berhari-hari si Adelia ni dengar dia punya ayat, sampaikan dah nak bernanah telinga.

"Yeen kau seletip ataupun ambik gam gajah lekatkan kat mulut si Keyla ni senang selesai masalah"Adelia melihat dirinya di cermin solek. Air mata hampir gugur kerana hari ni dimana hari terakhirnya dia jadi single buat kali yang terakhir sebelum menjadi tunang Zayyan.

"Mulut tu masin nanti baru tahu"ujar Yeen sambil memperbetulkan tudung Adelia di hadapan cermin dengan bertemakan baju berwarna baby blue. Tak habis-habis si Yeen ni membetulkan tudungnya, katanya nak nampak cantik.

"Sampai hati kau, ye lah mana tak sedih nanti aku sorang je kat rumah sewa tu, lagipun Yeen dah nak kahwin"rungut Keyla lagi. Ada yang kena bantai kejap lagi ni.

Daun pintu bilik dikuak sedikit, kelihatan Puan Arina ibu kepada Adelia masuk ke dalam bilik. "Cantiknya anak mak ni, kamu jadi tunang orang baik-baik tau jangan buat benda yang boleh menyakitkan hati seseorang"tegur puan Arina. Jari jemari Adelia hinggap ke tapak tangan puan Arina. Sebak rasanya.

"Ye mak Adel tahu jadi tunang orang, mak doakan yang baik je".

"Dah tu jangan nak menangis nanti tak nampak cantik habis cair make up tu, jom keluar semua orang dah bersedia dekat ruang tamu tu"Yeen dan Keyla berada dibelakang Adelia manakala puan Arina yang memimpin anak perempuannya ke pelamin.

Kini Puan Salmah mengambil tempat kosong disebelah Adelia. Cincin yang berada didalam bekas diambil lalu disarungkan ke jari manis kanan.

"Jadi tunang Zayyan nanti baik-baik ye Adel.. Kalau Zayyan buat hal bagi je tahu mama"belakang tangan puan Salmah dikucup oleh Adelia.

"Baik mama"

Selepas itu, habis sesi bergambar di pelamin tunang kelibat Zayyan langsung tidak kelihatan. "Weh korang nampak tak Naufal"seru Adelia memanggil salah seorang di meja makan.

"Tak nampak pulak, rindu ke?"usik Aryan. Satu kelibat susuk yang menuju dimana Adelia dan rakan-rakannya disitu.

"Selamat jadi tunang orang, Adelia"tegur jejaka yang berada didepannya. Yeen dan Keyla yang melihat wajah jejaka itu sepertinya  tidak lepas. Dah pahal pulak dengan Yeen dengan Keyla ni.

"Ouh terima kasih, macam pernah nampak muka tapi dekat mana ye?"soal Adelia yang berada didepannya.

"Saya Ariel yang awak jumpa dekat restoran haritu"jawabnya dengan tenang. Keyla yang memandang wajah jejaka yang bernama Ariel sampai tak lepas. Apa yang hensemnya.

"Senang cerita cakap jelah yang kau tu datang rumah aku haritu tiba-tiba nak jadi isteri!"suara Adelia ternaik satu oktaf. Hampir sahaja terkejut si Keyla dan Yeen.

Lalu susuk tubuh Ariel meninggalkan kami. Kelihatan lagi satu susuk yang sangat familiar. "Assalamualaikum tunangku macam mana ok tak"soalan bodoh apa yang si Zayyan bagi ni.

"Nampak muka I ni tengah sedih ke tengah marah! Saja kan nak naikkan darah aku!"cebik mulut Adelia. Aiden dan Aryan yang melihatkan Adegan tersebut berpaling satu sama lain.

Zayyan yang memakaikan baju melayu berwarna baby blue kelihatan kacak. "Hmm dah puas ke pandang macam tak nak lepas je biji mata tu?"sergah Zayyan.

"Eee tak nak kawan..dasar squidward!"dengar sahaja ayat terakhir Adelia, Zayyan terus mendekatkan bibirnya kecuping telinga Adelia dengan jarak yang jauh sedikit.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now