"JANGAN DEKAT DENGAN AKU LAH!"
teriakku kepada tuan Razif namun diabaikan. Selangkah demi selangkah dia mendekatiku dan aku membelakangi sehingga ke dinding."Lah kenapa kebelakang ..marilah kedepan" ujar tuan Razif tangannya merangkul pinggangku.
"Pa nape buat Adel macam ni.Ye adel tahu adel salah sebab dekat dengan lelaki"ujarku ketakutan.
"Dah berapa kali kan aku pesan.."suara tuan Razif membuatkan bulu roma Adelia meremang.Aku cuba untuk melepaskan genggaman tuan Razif dari pinggangku malah pegangannya jadi lebih kkuat
"KELUAR LAAA"suaraku semakin tinggi terhadap lelaki di depan aku.
"Kalau aku tak nak"ujarnya sambil membelai rambutku yang halus itu.
Mataku berjurai kebawah tidak dapat ditahan lagi dengan situasi begini sementara ada yang mendengar.
**✿❀ ❀✿**
Zayyan yang baru keluar dari bilik mandi dengan memakaikan tuala aras pinggang, bergegas pergi ke telefon bimbit miliknya yang berdering dengan agak lama.
"sape yang telefon waktu macam ni"omelku dalam hati yang sudah siap mandi.
"Ouh Raisya" tombol hijau aku terus tolak ketepi dan diletakkan di telinga.
"Raisya ada apa call aku ni"ujarku kepada Adelia.
"Raisya ouh raisya.." Zayyan menyahut namanya masih tiada jawapan yang aku dengar adalah suara lelaki dan perempuan yang menangis teresak-esak di hujung panggilan.
"RAISYA KAU OK TAK NI" suaraku meninggi tapi masih tiada jawapan.
Aku nak buat macam mana ni sape yang ada dengan raisya.Haa Arfan kan ada.
Arfan
Arfan kau kat mana sekarang-Zayyan naufal
Offline*
"Eyy budak ni ..takkan merempit pulak heish, aku ni dahlah tak pakai baju lagi"omelnya didalam hati.
Setelah siap Zayyan terus mengambil kunci motor dan memecut kerumah Adelia kalau naik kereta dah tak sempat nak pecut.Beberapa minit kemudian dia terus meluru ke rumah Adelia takdelah jauh sangat cukup 5 minit je sampai sebab dekat.
"Kenapa pintu pagar terkunci ni takkan aku nak panjat kott agak-agak lah nanti jiran nampak macam pencuri"omelku dalam hati sambil mata meluas mencari jalan masuk.
Kedengaran suara perempuan menjerit di dalam rumah aku segera memanjat pagar itu.Orang nak tangkap gambar pun biarlah janji viral masuk facebook sekali sekala apa salahnya.
Masuk dirumah itu tiada orang yang berada di dalam ruang tamu.Suara perempuan dari tingkat atas terus sahaja aku meluru macam orang olympic naik tangga.
"Banyak nye bilik ni mana satu takkan kena cari memang pagi besok tak jumpa"bisik Zayyan dalam hati. Boleh pula dia fikirkan half bilik.
Mata melilau cari suara yang menjerit tadi.Akhirnya jumpa pun daun pintu yang di buka sedikit lalu aku serbu dengan mudah.Nasib baik takde bodyguard kalau tak dah masuk tanah dah.
Setelah memasuki bilik itu kelihatan Adelia berada di atas katil dan seorang figura lelaki mataku mencari wajahnya yang terselindung dengan kayu katil. Tuan Razif.
"Wehh bapak jenis apa kau ni"terus aku menolak tubuhnya jatuh ke lantai.Tangan Adelia aku tarik dengan berlapikkan baju hoodie hitam.
Kelihatan wajah Adelia ada lebam dan luka yang dalam.Selepas aku tarik lengan Adelia masuk kedalam kereta cumanya dia tak pakai tudung...
"Ya allah kau kuatkanlah iman aku ni"omelnya dalam hati dengan menjaga menundukkan pandanganku ke arah lain.
Manakala Adelia mencari benda untuk menutupi kepalanya yang tidak menyarungkan apa-apa langsung.......
**✿❀ ❀✿**
"Alamak aurat aku macam mana ni"omelku dalam hati dengan mata melilau cari benda dalam kereta Zayyan."hah jumpa pun selimut jadila buat tutup kepala"ujarku dengan suara perlahan manakala Zayyan hanya menyibukkan diri ke telefon.
"Erk dah ke nak aku hantar kau kat rumah family aku"ujarnya kepadaku.
"Hantar aku dekat rumah keyla jela"ujarku dengan suara ketakutan.
"Keyla aku dah wasap dia tak ada dekat rumah ...dia keluar dengan Aryan"ujarnya kepadaku kembali.Mata kami bertembung seketika cepat-cepat aku mengalihkan ke tempat lain.
Adelia membisu sahaja di dalam perjalanan ke rumah Zayyan.
Beberapa minit kereta tepat berhenti di sebuah rumah.
"Raisya dah sampai kau boleh turun"ujar Zayyan.
"Tapi N-Naufal aku takut...dahlah tak pakai tudung ni pun pakai selimut kereta kau"ujar Adelia tergagap.
"Buat apa kau nak takut aku anak tunggal tak ada adik pun masuk je"ujar Zayyan sambil memandangku sayu.
Pintu kereta dibuka oleh Zayyan.Kaki melangkah keluar dari pintu kereta terlihat susuk perempuan berada di depan pintu pagar.
"Yan mari sini sekejap " panggil puan Salmah kepada nama panggilan Zayyan.Zayyan hanya turuti sahaja manakala aku berdiri pegun depan pagar rumah...besarnya rumah ni berapa tingkat ni macam hotel pun ada jugak.
Mataku melilau pandang ke arah taman,kereta dan yang paling teruja sekali motor sebab aku memang minat motor dari dulu itu yang ada motor kawasaki hitam.
"Yan sape perempuan tu" puan Salmah bercakap tentang aku?
"Bakal isteri Yan lah mama"bisik Zayyan kepada maknya.Adelia cuma berdiri di situ seperti menyanyi lagu Negaraku pulak!
"Mama cakap elok-elok boleh pulak mama buat lawak"ujar puan Salmah seakan geram dengan tingkah laku anak tunggalnya.
"Panjang ceritanyaaa.."ujar Zayyan.
"Pendekkan"ucap puan Salmah pula.
"Tak boleh".
Aku hanya melihat karenah dua beranak itu. lucu. Bukan seperti keluarganya.
"Raisya jom masuk buat apa kat situ"lamunan Adelia terus terhenti akan panggilan Zayyan tadi.
"Ha yeye"kakiku terkedek-kedek menuju ke daun pintu rumah.
"Haih nasib baik comel kalau tak aku dah jual kau kat bangla dah"ujar Zayyan malah didengari aku.
"Jual pun tak laku macam mana" perlahan suara Adelia terhadapnya. Zayyan yang melihatnya berasa simpati. Banyaknya ujian terhadap Adelia sekarang ini.
"Mari Aunty bawak kamu naik kebilik" arah puan Salmah kepada Adelia yang masih lagi kaku.
Adelia hanya turuti perintah mama kepada Zayyan. Dia sendiri pun tak tahu lagi selok-belok dalam rumah ni. Bukan selalu sangat datang dekat sini.
Up coming bab10
YOU ARE READING
Cinta yang kumiliki || OG
RomanceLelaki yang bernama Zayyan Naufal yang dulunya satu sekolah dengan Adelia Raisya kini dipertemukan semula? "Zayyan Naufal kan nama kau? "-ADELIA RAISYA. "Ehh tak lah nama aku beruk yang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari"-ZAYYAN NAUFAL. Ki...