~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏 39~

327 19 2
                                    

LULUH jantungnya apabila mendapat panggilan mengejut dari Aiden bahawa Zayyan berada didalam hospital.

"Zayyan.. " Air mata sudah bergenang turun ke pipi. Telefon yang dipegang dihempaskan ke katil. Puan Arina yang terdengar hempasan telefon cepat-cepat dia naik keatas. Badan turun melorot jatuh ke permukaan bumi.

"Adel.. Kenapa menangis ni, apa yang dah jadi? "Pujuk Puan Arina. Tangan naik mengusap belakang badan Adelia bagi redakan tangisan.

"Adel.. Bagitahu Mama pls, apa dah jadi" sekali lagi Puan Arina menyoalkan soalan tersebut. Adelia masih lagi tersedu sedan. Air mata masih berjuraian. Tuan Razif yang lalu di depan pintu bilik berasa hairan. Kini Tuan Razif mengulangi soalan yang dikatakan oleh Puan Arina sebentar tadi.

"Adel kenapa menangis ni? " tangisan Adelia bukan lagi meredakan tapi semakin kuat.

"Ma, Pa.. Zayyan.. " mendengarkan nama Zayyan meniti dari bibir Adelia. Kedua ibu bapanya tahu mesti ada hal yang buruk berlaku.

"K-kenapa dengan Zayyan, Adel? " Puan Arina cuba memujuk Adelia lagi. Belakang badan diusap. Tidak pernah dia melihat anak perempuannya menangis teruk sebegini.

"Zayyan kemalangan.. "

"Ya Allah, sekarang ni dia dekat mana? " cemas Puan Arina menyoalkan.

"Ma Jom kita ke hospital sekarang" tangisan yang kuat tadi semakin perlahan.

"Siap sekarang, papa tunggu dekat depan" Tuan Razif mula keluar dari bilik dan menghidupkan kereta.

"Adel boleh bangun tak ni" Puan Arina memegang bahu Adelia. Adelia menggeleng lemah. Sedaya upaya Puan Arina menolong Adelia untuk bangun dan membuka langkah menuju ke kereta. Sempat lagi mencapai tudung yang tersangkut di belakang pintu.

**✿❀ ❀✿**

"Adel! " Yeen dan Keyla berlari anak menuju ke arah Adelia yang menghampiri mereka dengan langkah longlai.

Turut juga Puan Salmah dan Tuan Zarif yang sudah ada disitu mula mendekati Adelia. Puan Arina, Tuan Razif dan Arfan hanya membiarkan mereka.

"Adel.. Jom duduk dulu" tegur Puan Salmah meleret.

Adelia hanya turuti arahan Mak metuanya. Wajah Adelia masih lagi tersembab dek menangis tadi.

"Macam mana dengan Zayyan, Aiden? " kini Adelia bersuara perlahan. Aryan pula masih dipujuk oleh Keyla dek menangisnya dari tadi.

"Dia masih lagi dekat dalam, doktor pula sedang buat pembedahan sedikit dibahagian kepalanya.. " pantas Adelia menoleh kearah Aiden. Pembedahan? Kepala?

"Kenapa kena buat pembedahan ? " laju Adelia menyoal. Yeen cuba menenangkan Adelia sebelum hilang kawalan. Dugaan apa lagi ni Ya Allah.

"Sebelum kau sampai sini tadi, doktor sahkan dibahagian kepala Zayyan banyak kehilangan darah dan.. Ada retak dikepala dia buatkan keadaan menjadi parah.. " teragak-agak Aiden ingin mengatakan hal yang perit itu.

Terus Adelia kaku. Takut, cemas semuanya ada dalam dirinya sekarang ini. Dia takut tak boleh menghadapi dugaan yang seterusnya di hari lain.

Kemudian Aiden menoleh ke arah Arfan yang seperti kehilangan darah. Aiden mendekati Arfan.

"Kau okey ke tak ni? " sejurus itu Arfan pandang kearah Aiden. Wajahnya seperti pucat.

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now