Makin hari makin membosankan. Ada suami bukan nak pergi keluar membeli belah."Abang? Tak kerja ke" soal Adelia apabila suaminya duduk bertenang di atas sofa.
"Abang cuti 2 minggu sambil tu kita boleh pergi honeymoon" dari pada haritu lagi si Zayyan ni asyik ulang cakap pasal honeymoon hari lain takle ke.
"Yelah tu cuti 2 minggu!Hurm yelah bila kita nak pergi?" Rasa bersalah pulak kalau tak nak pergi langsung.
"sok"Adelia membuatkan wajah yang tidak faham. Bahasa apa yang dia pakai tu.
"Sok? Apa tu sok? " Zayyan mengeluh kecil nasib sayang kalau tak dah lama buang dekat laut.
"Besok sayang~" meleret Zayyan memanggil Adelia dengan panggilan 'sayang'.seriously besok? Baju pun belum tentu nak bawa apa.
Adelia membawa diri untuk naik ketingkat atas bagi menyediakan pakaian untuk dibawa ke tempat itu. Zayyan pula senyap senyap mengambil kunci motor untuk berjumpa dengan kawannya disedari oleh Adelia. "Tak boleh ke awak tu duduk rumah ni, asyik nak keluar je" omel Adelia hanya dia seorang yang mendengar.
**✿❀ ❀✿**
Motor kawasaki hitam dipakirkan di kawasan dimana orang atasan sahaja. Kali ini dia berada di Tosca empire di mana pejabat untuk ahli kumpulan Tosca. Kaki menjejak langkah memasuki kedalam bangunan besar, terlihat semua pekerja bawahannya tunduk hormat. Ada jugak para wanita yang cair akan ketampanannya.
"Aku rasa aku kena bawa Safana sekali untuk bantu aku cari lokasi persembunyian Aysar,katanya dekat situ ada bahan terlarang" Zayyan memberi cadangan. Aiden dan Aryan pandang satu sama lain, biar betik!
Zayyan melihat Aryan sudah tarik muka. Aryan sendiri kata yang dia nak ikut sama nak beli coklat untuk bakal tunangnya. "Nanti aku belikanlah untuk kau! takyah nak buat muka cengeng kau tu, geli aku"terus bertukar riang seperti anak anak tadika. Aiden yang berdiam diri kini bersuara.
"Kau betul ke nak bawa Safana tu? dia bukan tahu apa apa pun, yang bawa dia kat sini kau ingat tak?" Zayyan memgimbas perbualan dia dan ayahnya sendiri.
Beberapa bulan yang lepas*
"Yan papa rasa buat sementara ni, kamu masukkan budak Safana tu. Papa ada cari maklumat latar belakang dia pandai stalk orang" Zayyan memproseskan ayat yang diberikan Tuan Zarif sendiri. Masukkan Safana?
"Kenapa Yan kena masukkan dia, Papa tahu kan Yan ni dah ada Aiden dengan Aryan yang tolong buatkan semua tu?" Tuan Zarif geleng kepala tanda tidak setuju.
"Safana ni dia pandai cari dia tahu lokasi persembunyian Aysar dimana adanya bahan terlarang"
......
"Zayyan...oh Zayyan, asal kau termenung jauh teringat dekat isteri ke tu?" mula dah Aryan ni kalau takde bab nak mengusik tak sah.
"Aku teringat balik masa aku berbual dengan ayah aku"
"Berbual pasal apa?" Aiden soal.
"Takde apalah lagi satu aku pergi Langkawi besok nanti cakap dekat Safari tu" Zayyan meminta diri untuk pulang tapi dia diseru satu suara.
"Safari?" berhenti sejenak langkah Zayyan. Betullah kan nama dia Safari? Salah ke aku sebut.
Zayyan menoleh kearah pemilik suara lunak tersebut. "Asal ada masalah ke? betul kan Safari" sekali lagi nama Safari itu disebut. Aiden dan Aryan sudah acah acah buat kerja sendiri, walhal takde pun.
"Tapi..nama aku Safana? mana datang Safari?"kebetulan pemilik nama sudah sampai disitu. Kalau tak habis nama cantikku.
"Lantak akulah nak panggil kau Safari ke Senandung" Zayyan mengorak langkah untuk pulang. Apa apa jelah Zayyan asalkan kau suka. Safana yang melihat kecik besar saja, kalau suami ni memang aku dah cubit kaw kaw punya.
"Wow garang nampak? " usik Aiden. Zayyan menjeling. Besok nak pergi honeymoon kena lah mood baik, kalau tak baik mampu kena tempeleng dengan isteri.
"Kenalah garang kalau tak nanti apa nak jadi dengan Tosca ni"Zayyan membuka langkah menuju keluar dari pejabat Tosca, membiarkan Aiden dan Aryan merenung tidak puas hati.
"Ingat ni company dia ke apa?" Aryan membalas.
"Tapi memang betul pun kan? Lupa pulak, Fana besok kau kena ikut Zayyan sampai ke langkawi" melihat Safana yang berdiri tercegat lagi dekat situ, bagitahu je lah.
"Ok, aku dah dengar dah korang berbual tad-" ayat Safana dipotong.
"Kau curi-curi dengar?" Tanya Aryan curiga.
"Erk"
**✿❀ ❀✿**
Baju diambil lalu direnyuk-renyuk seperti hatinya kini. Geram je. Ada suami tapi asyik keluar setiap hari, bukan nak duduk dalam rumah ni hadap muka isteri. "Apa?! Dia ingat kita ni bibik yang jaga dia macam bayi tua?" Monolog Adelia dalam hati.
Adelia baru teringat akan majlis perkahwinan Yeen nanti. Dia terus mengambil baju kurung dan baju melayu lalu diletakkan dalam beg.
Kedengaran tombol pintu bilik dipulas. "Baru sekarang nak balik, huh?! " bisik hati Adelia. Bagai nak meletus macam gunung berapi tapi apa boleh buat!
"Pino dah siap letakkan baju dalam beg? Nak abang tolong tak? " Zayyan mendekati Adelia. Adelia terus bermasam muka. Barang-barang yang berada ditangannya dihempas ke merata tempat, habis berselerak biliknya.
"Hurm, kena pujuk lah ni nampaknya" ngeluh Zayyan walaupun dia tak pandai pujuk wanita lain tapi percayalah kalau dengan Adelia sahaja pujukan dia berhasil.
"Aduh!" Suara jeritan Zayyan mengalihkan permandangan Adelia ke dia. Jari terkena bucu katil ke tu?
"Kenapa ni abang" Zayyan masih mengaduh sakit. Jari yang kesakitan tadi dibetulkan menjadi mini love. Nak pujuk Adelia ke ni, majok ah.
Laju sahaja tangan Adelia menampar manja suaminya. Kita tengah serius boleh pulak main-main. "Ini memang betul sakit nih? " lagi sekali Zayyan mengaduh kesakitan yang diberikan oleh Adelia.
Adelia melangkah keluar dari bilik untuk menjamu makanan yang dibelinya tadi. Sampai sahaja di aras bawah makanan itu lenyap. Baru letak dekat atas meja ni mana pergi?. "Mana kek tapak kuda saya!? Abang makan ke?!! " laung Adelia.
Zayyan baru menuruni anak tangga satu persatu terhenti seketika. Nak bina ayat apa ni. "Erk haah, kenapa sedap sangat jadi abang habis kan.. " dengan selamba badak dia Zayyan jawab begitu.
Walhal baru sebentar tadi kena marah dengan isteri takkan nak kena lagi. Adelia menuju ke arah Zayyan, baju lengan yang labuh dinaikkan ke paras siku.
1
2
3..."ADUHH TULANG BELIKAT AKU" terlihat bangga wajah Adelia. Ini Adelia Raisya lah bekas Taekwondo waktu Sekolah Menengah. Bila dilihat balik macam kesian pula. Zayyan mengaduh sambil meniarap diatas lantai.
"Tapi Pino tak makan jadi abang makan dulu sebelum-"
"Sebelum apa? Huh!? Awak tahu tak saya nak bawa makanan tu besok, jadi boleh kita makan sama-sama" Adelia memegang kolar baju suaminya. Geram sungguh.
"Nanti abang ganti balik ye sayang Pino Universe" dah mula perkataan sweet keluar dari mulut manisnya tu.
Malas nak bertekak lagi. Adelia menolong Zayyan bangun dari perbaringannya tadi, kalau tak tolong mahu merajuk nanti tak pasal-pasal kena pujuk banyak kali. Bagi kaki baru tahu.
"Tak sangka istri aku ni suka smackdown orang rupanya"
YOU ARE READING
Cinta yang kumiliki || OG
RomanceLelaki yang bernama Zayyan Naufal yang dulunya satu sekolah dengan Adelia Raisya kini dipertemukan semula? "Zayyan Naufal kan nama kau? "-ADELIA RAISYA. "Ehh tak lah nama aku beruk yang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari"-ZAYYAN NAUFAL. Ki...