~𝑍𝑎𝑦𝑑𝑒𝑙𝑖𝑎 𝑏𝑎𝑏 26~

808 17 0
                                    

"Awak Aysar? Kenapa awak ada dekat sini? Mana kawan kawan saya? " riak wajah Adelia bertukar cemas. Dia kini terkurung di sebuah tempat yang berada di pertengahan hutan.

"Kenapa sayang? Awak tak ingat saya ke? Kita dulu kan pernah bersama? " Aysar menyentuh dagu Adelia namun dia ditepis.

"Aku nak balik Aysar! Aku ni dah jadi isteri orang kau tahu tak?! "Ternaik satu oktaf suaranya. Anak buah Aysar kini mendekati Adelia dengan pisau yang tajam tapi dihalang Aysar sendiri.

" Aku nak korang jaga luar! Mana tahu ada penceroboh masuk.. Lagipun Adelia awak tak tahu ke pasal latar belakang Zayyan Huh?! "sinis suara Aysar apabila memberi arahan kepada anak buahnya sendiri.

"Kau tak payah nak masuk campur lah muka macam hauk ada hati nak masuk campur rumah tangga orang" dagu Adelia dicengkam kuat oleh Aysar.

"Kau dengar sini perempuan kalau kau nak tahu si Zayyan tu mafia.. Dulu kau pun pernah cakap yang kau benci orang jahatkan! "Tegas suara Aysar mengatakan Zayyan adalah mafia.

"Tak mungkin dan aku percaya yang suami aku tu dia tak jahat macam kau ni! " tiba-tiba pintu bilik diketuk. Mereka membincangkan hal apa pun aku sendiri tak tahu. Lantas Aysar bergegas keluar dengan membawa barang miliknya.

"Ya Allah, aku tak nak terperangkap dekat sini nanti Zayyan risaukan aku, macam mana kalau aku terperangkap kat sini selamanya? " omel hatinya. Jantung yang kian perlahan dari tadi terus laju apabila terdengar bunyi dentuman pistol yang dahsyat diluar sana. Apa jadi dekat luar?

"Ouh, Sial tu datanglah" Aysar kini jejak keluar dari bilik kini tinggal Adelia seorang sahaja disitu. Sape sial yang dikatakan Aysar tadi.

"Hi Bro! " Aysar mengangkat tangannya dengan selamba apabila Zayyan berada dihadapannya yang berlumuran dengan cecair pekat akibat darah yang memancut dari manusia yang berlawan dengannya tadi.

Zayyan mendekati Aysar dengan memakai helmet, pistol yang dipegangnya tadi diletakkan balik di tempat yang disimpan.

"Lama tak jumpa kan? Jomlah kita pergi ngeteh sambil tu aku nak bincang macam mana kau boleh kahwin dengan Adelia dengan pantas eh? Kenapa tak ajak aku? " Penumbuk yang digenggam melucur laju ke wajah Aysar. Kakinya pula melayang ketempat ke arah perutnya.

"Sial punya Zayyan, bawa keluar perempuan tu nak sangat tengok bini sendiri mati depan mata kan!!" terdengar suara Aysarmenjerit dari luar. Tiba tiba seseorang lelaki berbadan tegap datang menghampiri Adelia yang sudah terikat antara dia dan kerusi.

"Lepaskan akulah lelaki hodoh, kaulah kan yang culik aku tadi, lainkali culik Budak kecik bukan aku yang dah nak mereput" mulut Adelia kini berterusan membebel kepada lelaki yang sedang memakai helmet melepaskan ikatannya.

"Boleh diam tak? Pino abang tak rindukan abang ke? Abang dah selamatkan awak dah" riak wajah Adelia bertukar hairan.

Habistu sape yang yang ada dengan aku sekarang ni. Bila ikatan sudah dileraikan lelaki dihadapannya membuka helmet cuma separuh sahaja. Tak nak kantoi.

"N-naufal? macam mana awak boleh dekat sini? jadinya siapa dekat Aysar tu?"

"Nanti saya ceritakan segalanya, sekarang ni nak selamatkan ke atau duduk sini?" Adelia memukul lengan Zayyan perlahan.

"Lamanyalah Si bangang ni bawa Adelia!! Woi cepatlah, terhegeh-hegeh" Aysar memusingkan kepalanya ke arah pintu yang dikurung Adelia. Tanpa membuang masa Zayyan dan Adelia keluar melalu tingkap yang pecah didalam bilik itu.

Bila pintu yang ditenung Aysar tidak bergerak dia memusingkan kepalanya ke arah dimana Zayyan berdiri dihadapannya.

BUKK!

Penumbuk yang dasyat melayang ke wajah Aysar. "Sian kau kena gula-gulakan oleh Zayyan, hei jantan aku bukan Zayyan yang kau nak lah!!" Aiden mengorak langkah keluar dari situ dan menuju ke kereta. Aryan yang memberi isyarat melalui alat komunikasi pendengaran kepada Aiden. Siapa kata Aryan takde kerja? dia ada je cuma menyiasat.

"Pino? Awak okey tak ni ada apa-apa luka tak jantan tu buat?" Zayyan membelek-belek badan Adelia di dalam kereta.

"Ehem, bukan korang berdua je tahu ada dalam sini! kitorang pun ada jadi jangan nak buat sarang semut pulak kat sini"ujar Keyla yang duduk dibelakang sekali bersama Yeen. Maklumlah yang menyelamakan 2 orang tapi yang ikut kampung jiran seberang.

"Hehe maaf"

**✿❀ ❀✿**

"Abang?" panggil Adelia sayup.

"Hm" Adelia terekdek-kedek datang ke arah Zayyan yang leka dengan menonton cerita K-Drama. Nak tahu sape ajar tentulah Adelia Raisya dang isteri tercinta.

"Boleh abang bagitahu perkara apa yang abang nak jelaskan dekat saya" Adelia meletakkan secawan kopi di meja yang terletak di depannya. Siaran K-Drama tadi diberhentikan seketika sebelum Zayyan mengubah posisi bertentangan Adelia.

"Nak abang cerita dari mana Pino?" Zayyan mengangkat sedikit keningnya. Ini kalau janda sebelah tengok memang aku korek biji mata dia lepastu tanam, ada hati nak tengok suami orang, tahulah suami aku ni kacak dan lagi tampan yang diminati perempuan janda.

"Saya nak awak cerita dari A sampailah Z!" arah Adelia tegas.

"A adalah Adelia dan Z adalah Zayyan, dah habis cerita" lawak yang diberi Zayyan langsung tak membuat riak wajah Adelia bertukar ketawa riang seperti kanak-kanak ribena.

"Saya tengah series ni Zayyan, cepatlah sebelum parang dekat dapur tu terbang melayang pergi dekat leher awak!" terkedu Zayyan seketika. Tak tahu nak beri penerangan apa kepada Adelia.

"Sebelum saya selamatkan Pino Aiden dan Aryan ada masa saya melepak, pada masa yang sama...ada nombor Pino yang telefon. Ingatkan Universe yang telefon tapi disebaliknya ada suara jantan tercekik batu yang telefon. Pastu jantan tu kata Pino dah ada dengan dia, apalagi masatu abang peliklah tapi-"

"Awak masih tak nak mengaku lagi ke?"

Jeda.

"M-mengaku apa?" Zayyan terdiam seketika dengan ayat yang diberikan oleh Adelia. Terkejut lalu terkentut.

"Abang siapa sebenarnya, apa yang Aysar cakap dekat saya tadi betul ke yang awak ni ketua kumpulan Tosca?" terlopong mulut Zayyan sampaikan lalat pun boleh buat sarang dekat situ, tak tunggu masa lama Zayyan terus menafikan hal itu dan menukar ke topik yang lebih seronok.

"Pino tengok cerita K-Drama ni, sedih abang tengok laki tu dia tinggalkan lelaki tu mengalami kecederaan parah lepastu perempuan tu pulak curang!? abang tak suka kalau Raisya pulak yang curang" takde topik lain ke si Zayyan nak beritahu tapi Adelia hanya melayankan saja mungkin apa yang Aysar kata tu tak betul.

"Abang betullah abang cakap tadi, perempuan tu jahat! sanggup dia tinggalkan suami dia yang baru lepas kemalangan?! dasar perempuan tak cukup satu" Zayyan yang mendengar bebelan si isteri hanya tersenyum kecil. Buat sementara waktu biarlah soalan yang ditanya Adelia tadi simpan dahulu, bukan masanya untuk menceritakan hal itu sekarang.

"Kan abang dah cakap.. Kalau Pino jadi perempuan tu lepastu abang jadi lelaki tu memang kecederaan abang hilang serta-merta" Zayyan yang mendengar hingus Adelia yang kini tersedut-sedut masuk kedalam. Tisu kotak yang telah disediakan meja kecil diambil Zayya dan dihulurkan kepada Adelia.

Adelia menghembus hingusnya ke tisu. DIa punya hembus macam tak cukup nafas. "Ish cepatnya cerita ni habis baru nak nangis lagi" Adelia membuat wajah masam.

"Alololo jangan merajuk baby tua jom tidur, besok awak ambil cuti buat sementara waktu kalau jantan tu ada buat apa-apa kat awak" Adelia hanya menganggukkan kepala tanda 'setuju' akan cadangan yang diberi suami sendiri.

"Lagi satu saya bukan baby tua ye? Ingat umur kita sebaya tak payah nak tua sangat"

Cinta yang kumiliki || OGWhere stories live. Discover now